Monday, December 6, 2010

TAHUN BARU 1432 H

Saya sedang termenung mungkin sebab banyak makan ikan termenung (ikan kembung)...sambil berfikir secara ilmiah supaya tidak dikategorikan sebagai membuang masa.

Setahun lagi bakal berlalu dan saya...

- sudah mempunyai dua orang anak

- masih memegang gelaran Mrs.Jie

- masih belum menamatkan pengajian sarjana..dah masuk tahun ketiga dan tiada niat untuk memecahkan mana-mana rekod pengajian paling lama

- bekerja sebagai suri rumah separuh masa pertama dan juga sebagai pelajar separuh masa kedua

- masih kurus dan mempunyai masalah berat badan tak ideal walaupun menjadikan makan sebagai hobi sejak azali (banyak cacing kot..)

- amalan dan ibadah yang masih di tokok lama dan tak berubah-ubah..


Tak ada azam tahun baru cuma nak memperbaiki kerosakan diri yang sedia ada dan istiqamah saja.

Salam Muharram 1432 H

Monday, November 29, 2010

26th..

SANAH HELWAH

Selamat Ulangtahun yang ke-26 buat saya pada 21 Nov yang lalu..

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Sebaik-baik manusia menurut panbdangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Terima kasih buat semua doa dan ingatan daripada teman-teman di FB..hadiah tak ada ker?

Tuesday, November 16, 2010

BERKORBAN APA SAJA..

Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha a.k.a Hari Raya Korban...

Suatu hari...

Kita tengah sibuk, khusyuk dan tawadduk melayan blog dan facebook bila tiba-tiba terdengar kuat berkumandang suara azan lalu kita ber'korban' tinggalkan terus blog dan facebook untuk menyahut panggilan azan dan solat dengan penuh rasa sibuk, khusyuk dan tawadduk mengadap Ilahi...

Ingat berkorban sekadar sembelih lembu dan kambing saja ker?

Salam Aidiladha daripada Ummu Ziyad a.k.a Mrs. Jie sekeluarga

Friday, October 1, 2010

ALAMAK!!! KAN DAH KENA?

Ketika kita sedang asyik memandu, kemudian berhenti di satu tempat tiba-tiba ada seorang hamba Allah datang terjah kita dengan mikrofon dan kamera macam orang nak shooting filem kat muka kita sambil tanya soalan, "Akak tahu tak anak akak tadi keluarkan kepala dan tangan dia kat tingkap masa akak tengah memandu?".

Apa yang kita nak jawab??

"Akak tak perasanlah...", sambil cover rasa bersalah dan malu tersipu-sipu.

"Eh, apa ni dengan kamera-kamera ni...??".

"Mana ada anak saya buat macam tu"...Padahal anak dia memang tengah syok menghirup udara yang dicemari ekzos kereta maknya di tempat duduk belakang.

Apa-apa ajelah jawapan akak-akak ni. Tapi, itulah soal jawab yang saya sempat tonton dalam satu rancangan di TV1 sebentar tadi. Yang pastinya, bila wartawan tu tanya soalan macam tu tak pasal-pasal kena marah balik dengan ibu-ibu tu. Kesian wartawan yang kononnya nak tunjuk rasa prihatin rakyat 1Malaysia tu.

Siapa-siapa pun akan marah kalau tiba-tiba diterjah soalan-soalan yang menampakkan orang yang disoal tu bersalah gilerr macam penjenayah kes dadah. Pulak tu masuk TV. Malulah satu Malaysia tengok kesalahan yang dibuat tu.

Tapi, saya rasa tak patutlah bila akak-akak yang merangkap ibu-ibu marah-marah kat wartawan tu walaupun cara dia approach akak-akak tu mungkin tak kena. Sepatutnya wartawan tu datang dengan polis sambil tunjuk surat saman RM 300 biar terbeliak dan bisu seketika untuk berkata-kata sebab cuai membiarkan anak-anak buat aksi berani mati yang membahayakan semua pengguna jalan raya. Adakah peraturan macam tu? Saya hantam saja...Tapi itu hal teknikal yang kalau dibahaskan 40 hari 40 malam pun belum tentu selesai. Hal yang penting adalah tindakan anak-anak akak-akak tu yang keluarkan kepala dan tangan kat tingkap masa ibu-ibu mereka tengah memandu. Kalau akak tak sayang anak-anak akak, itu hal akak tapi berterima kasih dan berbudi bahasalah dengan orang menegur dengan niat membuat kebaikan.

Sebagai seorang ibu beranak dua yang baru setahun jagung berbanding akak-akak tu yang dah setua jagung, saya rasa terkilan bila wartawan tu tanya, "kalau ada motor lalu kemudian langgar kepala dan tangan anak akak macam mana?".

Ada seorang akak tu jawab, "Peduli apa....". Marah bebenor akak ni yer. Kot ye pun fikir dulu sebelum jawab. Mulut ibu ni masin tau akak. Ibarat doa tu kalau betul-betul jadi pada anak akak nanti macam mana. Menyesal tak sudah agaknya kan....Kalau saya jadi anak akak, mesti saya rasa kecil hati dan sedih sebab sanggup ibu saya cakap macam tu seolah-olah tak risau pun kalau anak dia kena langgar betul-betul...huhuhu

Akak seorang lagi pulak jawab,"...orang lain banyak lagi, kenapa sibuk-sibuk hal saya..". Pulak dah. Patutlah banyak kes buang bayi sekarang ni. Mungkin jawapan sebeginilah yang menjadi puncanya. "Anak aku, aku punya sukalah nak jaga macam mana".

Kalau saya, saya akan ucapkan terima kasih sebab wartawan tu ingatkan saya akan ketidaksedaran saya atas tingkah-laku anak-anak saya yang boleh mendatangkan bahaya pada saya dan mereka juga. Saya akan minta maaf kerana cuai menjalankan tanggungjawab saya sebagai ibu yang baik dan prihatin. Biarlah satu Malaysia tengok saya dalam TV atau satu dunia tengok saya dalam Youtube sambil menangis-nangis menyesal dengan kecuaian saya tu. Orang akan kata, baguslah dia ni...isteri sapalah ni? Suami dan keluarga saya akan turut bangga termasuk anak-anak saya sebagai pelakon tambahan (oh....berbaur riyak..istighfar..istighfar).

Bukan nak kata, memang banyak kali dah saya tengok budak-budak yang suka-suki saja buka tingkap kereta lepas tu buat aksi macam Kate Winslet dengan Leonardo Di Caprio terbang kat depan dek kapal dalam cerita Titanic tu. Sepupu-sepapat saya pun serupa. Cari penyakit betullah budak-budak ni. Ibu dan bapa budak-budak ni pula boleh buat-buat tak nampak aksi-aksi berani mati anak-anak mereka. Kita yang dok tengok pula mengucap panjang.

Tak salah kan kalau ibubapa pesan siap-siap pada anak-anak mereka sebaik saja melangkah naik ke kenderaan. Jangan buka tingkap dan keluarkan kepala, tangan, kaki dan sebagainya masa kereta tengah bergerak. Jelaskanlah bahaya yang bakal mereka dapat kalau buat aksi berani mati macam tu. Kalau ada orang luar yang tegur, terimalah dengan penuh berlapang dada dan redha. Kalau boleh ucap terima kasih pada orang yang tegur tu kerana masih ada rakyat yang prihatin dan sayang dengan anak-anak orang lain walaupun bukan anak-anak mereka. Tak perlu dibalas teguran dengan kata "Anak aku, biarlah..kau jaga anak kau sendiri". Rasa macam nak bagi rasengan + chidori jer kat orang yang jawab tu. Salah anak sendiri tak perlu nak letak pada orang yang menegur.

Kepada anak-anak pula, dah rasa lama ker hidup di atas muka bumi ni sampai berani buat aksi berani mati macam gitu. Patut ikat saja anak-anak yang tak makan saman nasihat ibu bapa ni. Kita sebagai manusia biasa tak layak nak tunjuk bodoh sombong dengan manusia lain. Sesuatu kesalahan dan kesilapan yang ternyata kita atau ahli kelurga kita lakukan harus kita betulkan sekiranya terdapat teguran daripada pihak lain. Dengan syarat teguran tu membawa kebaikan. Kebenaran tu kan pahit untuk ditelan. Kalau kena tegur sikit saja nak marah, lebih baik pindah duduk dalam gua seorang diri.

Cuba kita contohi sikap Rasulullah SAW. Sepanjang hidup baginda berdakwah, bukan setakat kena marah, kena maki hamun, dibaling najis, dibaling batu sampai luka-luka, diancam bunuh, tapi sikit pun baginda tak melenting. Tarik muka pun tak akak. Redha saja.

Tapi nanti akak kata, "itu Nabi yang maksum, aku ni manusia biasa saja".

Kalau macam tu contohilah saya akak. Saya ni manusia biasa yang tak maksum, banyak dosa macam akak jugak. Kalau saya kena marah, saya diam saja. Kadang-kadang saya buat muka senyum kambing. Marah ni kan api dari syaitan. Saya tak nak berkawan dengan syaitan. Akak nak ker?

Kalau saya yang kena, saya akan kata pada anak saya " kenapa Abang Long dengan angah buka tingkap keluarkan kepala dan tangan masa ibu tengah drive tadi. Tak tahu ker bahaya buat macam tu. Kalau ada motor terlanggar tadi macam mana, ibu yang susah tau. Tak pasal-pasal masuk hospital. Tak sayang nyawa ker...tak sayang ibu dengan abi lagi ker...Tengok,,tak pasal-pasal ibu masuk TV tadi. Satu Malaysia kenal ibu lepas ni macam artis!..Err, tudung ibu elok tak masa interview dengan wartawan tu tadi? Muka ibu nampak comot tak?"...pastu marah dan marah lagi supaya anak-anak saya insaf dan berjanji dan bertaubat nasuha tak nak buat dah.

Allah Yang Maha Mengetahui.

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Semalam, semasa habis shopping sedikit barang di Giant Bayan Baru, Pulau Pinang, saya ke tandas sebentar. Suamiku yang mithali duduk di luar menunggu sambil mendukung Auni dan membimbit dua beg plastik hasil shopping sebelumnya. Keluar saja dari tandas, seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an datang ke arah saya dan suami.

Kata wanita itu:
"Ni, opah bagi duit raya kat baby".

Saya dan suami saling berpandangan terkejut beruk tiba-tiba ada orang datang nak bagi duit raya.

Wanita itu berkata-kata lagi dalam erti kata lebih kurang la:
"Bukan senang nak tengok suami dukung anak macam ni".

Saya pulak yang kembang-kempis hidung perasan bangga. Suami saya apatah lagi, rasa macam tak cukup ruang kerusi yang dia tengah duduk masa tu.

Saya dan opah tu bersalaman tapi terlupa pula nak tanya nama opah tu. Tak sempat juga nak berkenalan sebab lepas saja opah tu bagi sampul duit raya, dia pun pergi. Kami pun bergegas juga keluar sebab dah dekat waktu nak berbuka puasa.

Dalam kereta semasa sedang menunggu mama dan adik-adikku yang sedang menghabiskan sisa-sisa waktu petang dengan bershopping sakan di Giant walaupun waktu nak buka puasa dah dekat, saya pun terasa gatal tangan lalu membuka sampul raya. Oh ada sekeping duit warna merah. Murah betul hati opah tu. Saya pun berkata kepada suami:
"Kalau Ziyad ada sekali tadi, banyaklah duit raya opah tu bagi".

Mungkin tersangat kagum melihat seorang suami merangkap bapa mendukung anak kecil dan menjaga seorang lagi anak yang sedikit besar dari anak yang didukungnya sambil menjaga dua beg plastik yang berisi barang-barang shopping di Giant sementara menunggu isteri merangkap ibu pergi ke tandas...

Murah betul hati opah tu..mungkin opah rindu kat anak-anak dan cucu-cucu yang dah lama tak balik kampung kot. Semoga Allah murahkan rezeki opah.

Kepada semua muslimin dan muslimat termasuk opah, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kepada anak-anak dan cucu-cucu opah, cepatlah balik raya. Kesian opah rindu kat anak-anak dan cucu-cucu opah...

Terima kasih daun keladi opah
Tahun depan kalau kita jumpa lagi di Giant Bayan Baru, Pulau Pinang

bagilah duit raya lagi

P/S: tahun depan kalau jumpa opah lagi mungkinkah suami saya dukung baby yang lain pula????

Tuesday, August 24, 2010

PENYABARKAH KAMU?

Soalan ni patut ditanya kepada diri setiap seorang daripada kita yang bernama manusia. Lebih-lebih lagi buat para pengantin baru mahupun pengantin lama, yang bakal bergelar ibu dan bapa atau yang akan menambah lagi gelaran ibu dan bapa dengan erti kata lain menambah bilangan anak-anak mengikut saiz kereta yang mungkin digunakan atau bakal digunakan kemudian hari.

Sebelum anda menjawab soalan ini, saya sudah terlebih dahulu menjawabnya. Hasilnya, lahirlah entry terbaru yang bertajuk seperti di atas. Jawapannya saya peroleh selepas melalui pelbagai pengalaman. Antaranya......

***********************************

Semalam, anak saya yang kedua Auni yang berusia 29 hari sepanjang hari terganggu tidurnya. Tidurnya hanya lima minit kemudian menangis-nangis. Ketika menyusu dia tertidur, letak di tilam terus terjaga. Berulang-ulang kali terjadi sampailah menjelang malam. Anak sulung Ziyad pula sibuk dengan aktivitinya me'tunggang-langgang'kan (kepada pembaca blog yang ambil exam karangan Bahasa melayu sila jangan tiru perkataan rekaan ini dalam karangan anda) rumah.

Saya masih sabar lagi melayan kerenah si tuan puteri ni dan tuan putera yang sesekali datang mengusik menyebut "adik...adik" walaupun tak pasti punca yang membuatkan dia tak mahu tidur dengan bersungguh-sungguh seperti kebiasaan bayi-bayi yang seumur dengannya. Suami saya yang pulang dari tarawikh di masjid dengan matanya yang kuyu lantas mengambil auni daripada ibunya. Mungkin kasihan dengan ibu yang tak berhenti-henti menyusu dan menggedik-gedikkan kaki supaya Auni tidur sejak sebelum abi pergi ke masjid sampailah abi pulang dari masjid.

Suami saya pun tak berjaya nak menidurkan Auni meskipun sudah hampir pukul 11 malam. Dah tentulah sebab abi tak boleh menyusukan Auni. Saya dah pasrah. Dah tak ada senyuman yang menghiasi wajah saya sebab dah letih. Tapi, masa ni saya tengok suami saya sabar lagi melayan kerenah Auni dan Ziyad sekali. Langsung tak masam muka. Padahal mata dah tinggal setengah bukaan saja. Diambilnya minyak Yu Yee Cap Limau, disapu dan diurut-urut perut Auni supaya dia tak kembung. Kemudian, tolong salinkan diaper yang dah basah supaya dia tak rasa sakit, gatal atau geli punggung.

Pun begitu, Auni tak mahu juga tidur. Akhirnya, saya susukan Auni sambil berbaring dengan harapan dia mungkin tidur. Auni tertidur juga sambil hisap susu. Suami saya pun terus tertidur. Tapi, tak ada satu perkataan marah atau bengang yang keluar dari mulutnya walaupun terpaksa melayan kerenah anak-anaknya dalam keadaan mengantuk tahap power rangers. Saya dah dapat jawapan. Oh suami saya lebih penyabar daripada isterinya.

*******************************

Disebabkan Auni buat perangai semalam, jadi mak saya yang ambil alih tidurkan Ziyad dalam buai. Sambil susukan Auni, saya pun tertidur juga. Dalam keadaan separuh sedar saya rasa macam dengar suara Ziyad menangis dari luar bilik. Kemudian, suara tangis tu jelas kedengan dari luar bilik. Saya terus kejut suami yang tidur di sebelah Auni. suami saya tak respon. Saya kejut lagi sambil henjut-henjut kakinya. Terus dia bangun dan ambil Ziyad di luar bilik yang tidur dengan Maktoknya.

Kemudian suami saya tanya Ziyad, "nak mamama (bahasa Ziyad yang bermaksud susu)?".

Ziyad jawab "mamama (susu)".

Suami saya tengok saya sambil tersengih dengan mata merah "Yang, tolong bancuh susu".

Tak sampai hati nurani nak tolak permintaan yang tulus tu..he...he...he

Suami saya pun sambung tidur hanya dalam kiraan 3 saat. Inilah kelebihan suami saya yang boleh tidur sepantas kilat. Tapi, tak ada satu perkataan marah atau bengang yang keluar dari mulutnya walaupun terpaksa melayan kerenah anak-anaknya dalam keadaan mengantuk tahap kamen Rider. Saya dah dapat jawapan lagi. Oh suami saya memang lebih penyabar daripada isterinya. Buktinya, kalau anak-anak kami buat perangai, suami saya yang akan handle mereka dengan penuh kesabaran. Tak pernah naik tangan tak macam isterinya yang memang tak penyabar.

*********************************

Moral of the story, nak jadi ibu dan bapa perlu SABAR sebab kerenah anak-anak tu 1001 malam...eh 1001 macam. Nak jadi suami dan isteri pun perlu SABAR. Mula-mula kahwin, nampak isteri kita tu pijak semut pun tak mati. Punyalah lemah-lembut (isk saya ler ni...). Dah ada anak 2-3 orang, bukankan semut, dinasor pun boleh mati mendengar isteri membebel kepada anak-anak dan kadang-kadang tempias membebel tu terkena juga pada batang hidung suami. Suami yang terkena kejutan budaya melihat perubahan isterinya kena SABAR. Anggap jer bebelan isteri tu umpama nyanyian merdu Datuk Siti Nurhaliza. Percayalahhhh.....

Suatu hari, seorang isteri tertunggu ucapan SELAMAT HARI LAHIR daripada suaminya yang berada jauh di sebuah negeri lain. Tapi, sepanjang malam tu telefon tak berdering pun samada SMS atau call daripada si suami. Pagi esoknya semasa bersiap-siap nak pergi kerja barulah si suami telefon ucap selamat hari lahir. Alasannya si suami tertidur selepas solat maghrib sebab keletihan bekerja di siang hari. Si isteri mula-mula ingat nak merajuk seminggu. Biar suaminya datang pujuk sambil nyanyi lagu "Relaku pujuk"..Tapi sebab terkenangkan sod, ba, ro iaitu SABAR jadi si isteri pun jadi kasihan dengan suaminya yang keletihan sampai terlupa nak ucap selamat hari lahir. Padahal, sebelum kahwin tak ada makhluk yang ucap selamat hari lahir kat dia tapi tak merajuk pun. Dah kahwin nak mengada-ngada pula. Ini bukan cerita rekaan tapi kisah benar...Oh siapakah???

Sama juga kesnya kalau suami lupa ulangtahun perkahwinan, tarikh lahir anak. Si isteri kenalah berSABAR. Mungkin suami kita banyak fikir benda yang berkaitan kerja sampai kadang-kala terlupa bukan tak ingat. Lainlah kalau lupa nama isteri...memang patut isteri hilang sabar. Suami aku ni dah nyanyuk ker??? Kalau semua suami, isteri, ibu dan bapa di dunia ni yang SABAR, maka tiadalah kes ibu bapa dera anak, suami tetak isteri, suami curah asid pada isteri dan anak-anak, isteri bunuh suami, isteri curang dan macam-macam kes yang tak tercapai akal untuk difikirkan dalam kepala hotak ni. Jadi, korbankan rasa amarah dan panas baran dalam kehidupan berumah yang bertangga atau teres saja dengan SABAR. Wahai suami, isteri, ibu, bapa, penyabarkah kamu???

Sama juga halnya dengan amalan. Tambahan pula di bulan Ramadhan ni. Penyabarkah kamu nak menghabiskan 30 Ramadhan dengan berpuasa mengikut syariat Allah? Penyabarkah kamu nak solat tarawikh 20 rakaat tiap-tiap malam sampai habis Ramadhan? Penyabarkah kamu nak bangun bertahajjud sebelum bersahur setiap malam sampai habis Ramadhan? Penyabarkah kamu nak buat amal ibadat sampai hujung nyawa?

Ramai daripada kita (termasuk saya ler tu...) yang tak sabar-sabar nak habiskan Ramadhan. Asyik buat kiraan...12 Ramadhan...13 ramadhan...14 ramadhan...Kita tak sabar-sabar nak beraya sampaikan sebulan sebelum puasa pun dah tempah baju raya, kuih raya, langsir raya, perabot raya, balai raya, hantu raya..(ada sape-sape nak tempah?)...Punyalah tak sabar nak beraya. Kita solat pun tak sabar-sabar nak habis sebab kat TV tengah tayang cerita Alisa sinetron Indonesia tu. Solat yang 4 rakaat, 5 minit tu pun rasa seksa nak habis sambil berdoa dalam hati semoga cerita Alisa tak habis lagi. Oh sedihnya (saya juga ler tu...). Apatah lagi solat tarawikh yang panjang. Tak sabar-sabar nak habis 20 rakaat sebab nak makan moreh atau takut tak sempat nak layan TV cerita best...apa-apalah.

Saya nak tanya lagi, penyabarkah kamu?? atau PENYABARKAH KITA????

Oh kita belum cukup SABAR....

Tapi, kita menjadi masyarakat yang SABAR bila saban hari ada kes buang bayi disiarkan di media. Kita menjadi ibu bapa yang SABAR bila anak dara kita keluar dengan boyfriendnya setiap hari. Kita menjadi ketua keluarga yang SABAR bila ahli keluarga kita tak solat, tak puasa, tak tutup aurat, tak beribadat. Kita menjadi hamba yang mengaku Islam dan Allah sebagai tuhan yang SABAR walaupun ibadah tak meningkat dan tak bertambah baik dari hari ke hari. PENYABARNYA KITA....

Sebagai penutup, SABARlah dalam ketaatan menjalankan ibadah kepadaNya, jangan berSABAR dalam melihat atau menjalankan kemungkaran kepadaNya

Allah berfirman, Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.(Al-Baqarah: 153)

The end.

P/S: Saya tak sabar-sabar nak habiskan master..tak sabar-sabar nak kerja....tak sabar-sabar nak bla...bla...bla...oh duniawi belaka..Ok tukar! Saya tak sabar-sabar nak solat awal waktu, tak sabar-sabar nak puasa, tak sabar-sabar nak baca al-Quran, tak sabar-sabar nak solat berjemaah, tak sabar-sabar nak bla...bla...bla...eh! Ini betul betul, bukan cobaan...

Monday, August 23, 2010

ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 3

Salam Ramadhan...

19 Ogos yang lalu bersamaan 9 Ramadhan genaplah usia perkahwinan saya dan suami tersayang yang ke 3. Dah pun 3 tahun saya memegang title isteri. Alhamdulillah, diberkati lagi dengan kehadiran sepasang cahaya mata yang menjadi penyeri rumahtangga kami. Oh nikmat yang mana lagi saya dustakan?

"ucaplah alhamdulillah
syukur kita kepada Allah
selawat ke atas nabi
Muhammad ya Rasulullah"

Terngiang-ngiang pula nasyid kumpulan Raihan ni di telinga. Rasa macam baru semalam saya diijabkabulkan dengan suami saya.

Semoga kasih-sayang yang terbina antara saya dan suami akan terus berkekalan di dunia dan akhirat kelak. Saya ingin menjadi bidadari dunia dan syurga yang setia berdamping di sisi suamiku yang tercinta.

Amin...

Sunday, August 15, 2010

BERTUDUNG?

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, pejam lagi dan celik lagi, kita dah pun masuk ke 5 Ramadhan. Mod berpantang pun dah masuk hari yang ke-22. Ada lagi 22 hari untuk dihabiskan pantang.

Semalam semasa sedang berbual dengan Abu Ziyad a.k.a Mr. Jie yang khusyuk dan tawadhuk membaca novel terbaru Habiburrahman El-Shirazy yang bertajuk "Bumi Cinta", saya pun kata:
"Sat ja dah nak masuk 5 Ramadhan..".

Balas Abu Ziyad a.k.a Mr. Jie:
"Puasa ker?".

Saya balas dengan cebikan manja di bibir. Oh!

Walaupun saya tak puasa lagi (tak puasa lagi yea..bukan tak puasa langsung) sepanjang dah 5 hari dalam bulan Ramadhan ni sebab masih
berpantang selepas bersalin, tapi tetap terasa kedamaian bulan puasa yang datang setahun sekali saja ni.

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna...".

Lebih kurang macam itulah hati kecil saya mengharapkan Ramadhan kali ini akan menjadi lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya. Lebih baik dalam erti kata solat di awal waktu, solat tarawikh tak tinggal, dapat khatam 30 juzuk al-Quran, boleh bersedekah. Senang cakap perkukuhkan ibadah wajib dan perbanyakkan ibadah sunat, walaupun puasa tak cukup sebulan atas alasan yang telah diberi izin oleh Allah dan ditulis dalam mana-mana kitab Fekah di dunia ini.

Bila saya baca akhbar Harian Metro tadi, ada seorang lagi artis dah pun pakai tudung iaitu Catriona Ross, mengikut jejak artis seperti Nora, Liza Hanim, Sheila Rusly dan lain-lain yang seangkatan . Teringat pula drama "Mek Salmah dari Scotland" lakonannya yang kelakar gilerr. Cakap slang omputih tapi makan budu...he..he..he...Alhamdulillah, baguslah bila hidayah yang Allah SWT telah pancarkan pada hati ditambah pula dengan kesedaran diri sendiri untuk berubah ke arah lebih baik. Tak kisahlah kat mana hidayah tu datang walaupun di butik tudung, di masjid, dalam mimpi, masa buat umrah atau haji atau masa tengah mandi sekalipun. Yang pergi umrah berkali-kali dan dah buat haji pun ada yang tak reti-reti lagi nak tutup aurat dengan sempurna. Bertambah-tambah seksi dan seksa mata yang memandang lagi ada. Apa kes?

Syukur alhamdulillah atas hidayah yang Allah berikan. Teringat pula kisah saya sebelum terbuka hati nak bertudung labuh.

Kisahnya bermula di Lapangan Terbang Kepala Batas, Alor Setar (airport lama). Masa tu saya dan keluarga nak hantar pakcik saya (adik mak saya) ke Mesir untuk sambung pelajaran peringkat Ijazah di al-Azhar. Bukan pakcik saya seorang jer yang nak pergi Mesir masa tu, ada berpuluh-puluh lagi bakal Azharian yang nak pergi Mesir juga. Dalam kesesakan orang yang dihantar dan keluarga yang datang menghantar tu, saya nampak ramai perempuan pakai tudung labuh atau mengikut bahasa suami saya 'jilbab'. Terasa syahdu pula sekejap. Nak pulak masa tu ramai pakai tudung labuh warna putih. Tiba-tiba tergambar keadaan di Makkah masa buat haji. Sempat lagi daya imaginasi tu datang.

Saya toleh kat adik perempuan saya yang duduk di sebelah. Dia pun sedang memerhatikan orang-orang di dalam lapangan terbang tu.

Kata saya:
Kita pakai tudung labuh nak?

Dalam kiraan 3 saat adik saya jawab:
Nak!

Selepas tu kami adik-beradik pun mulalah pakai tudung labuh sampai sekarang. Bukan nak cerita yang kami ni alim tapi nak khabarkan kalau Allah nak ubah seseorang, sekejap saja Dia boleh ubah hati seseorang tu untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Tambahan cerita, lepas pakai tudung labuh dan banyak berbaju kurung, adik saya kata lagi:
Rasa tak sempurnalah, pakai tudung labuh tapi tak pakai stokin.

Lepas tu, kami pergi cari stokin pula bermula dari stokin yang selalu pakai kat sekolah. Kemudian, berkembang dan bertambah baik bila ada yang sedekahkan stokin-stokin import dari Mesir pada kami dan kami pakai sampai sekarang. Kat kedai pun dah berlambak-lambak jual stokin kaki dan stokin tangan dah sekarang.

Itu cuma tambahan cerita. Sebut pasal stokin ni, ramai juga yang tanya perlukah pakai stokin? Wajib ker pakai stokin?

Bila ada kawan saya tanya isu tu pada seorang Ustaz yang sangat terkenal dalam bidang agama ni, jawapannya:
Batal tak solat kalau nampak kaki?

Begitulah lebih kurang...maksudnya semacam kalau dalam solat kena tutup sampai kaki kecuali muka dan tapak tangan, sama halnya juga kalau di luar solat di hadapan orang bukan muhrim. Itu yang saya faham. Orang lain tak taulah faham macam mana.

Ok! Back to the title above. Sekarang ramai dah ada kesedaran untuk bertudung. Tambahan lagi, kat mana-mana pun boleh jumpa orang jual tudung Arini (pertama kali tengok orang pakai tudung tu dalam drama Indonesia yang digilai ramai Mutiara Hati yang ada Mbak Arini dan Mas Ajie tu lho!)...oh maksud saya tudung seperti Ariani dan sebagainya. Kat pasar malam pun ada sehelai 5 ringgit. Itu petanda bagus. Walaupun yang bertudung tu nampak macam lebih ke arah kesedaran untuk berfesyen mengikut artis dan selebriti. Harga mencecah ratusan ringgit pun tak apa, yang penting bergaya beb! Yang penting itu duit mereka, bukan duit saya mahupun suami saya....

Dengan sebegitu banyak tudung yang berbagai jenis dan sangat mudah untuk dipakai tanpa menggunakan segala jenis mak nenek kerongsang, pakai sarung saja, dijual di segala jenis kedai tidak termasuk kedai runcit, kedai basikal dan yang sama waktu dengannya, alasan apa lagi yang diperlukan untuk terus tidak bertudung?

Oh! Kita lupa yang menyuruh kita bertudung dan menutup aurat dengan sempurna bukanlah pemilik tudung Ariani itu. Bukan juga yang design jubah dan kemudian dikenali sebagai Hajaba itu. Juga bukan Sri Munawarrah Design. Bukan..bukan..dan bukan...

Yang memerintahkan kita supaya menutup aurat adalah Yang Menciptakan kita sebagai manusia di muka bumi, Allah SWT.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat

Siapa kita untuk menafikan lagi kata-kata Allah di dalam al-Quran? Bila ada yang berkata:

Saya akan bertudung bila saya dah bersedia.

Saya tak nak hipokrit.

Mungkin bila saya dah tua nanti, baru saya kan bertaubat dan menutup aurat.

Tak boleh cari rezekilah kalau tutup aurat, pakai tudung.

Terasa gatal tangan untuk menampar orang. Tunggu dah jadi mayat baru nak tutup aurat ker? Masa tu orang lain yang tolong tutupkan aurat kita sebab diri sendiri tak reti-reti nak tutup aurat, pakai tudung masa hidup segar-bugar atas dunia. Nak minta putar masa guna alat Doraemon pun dah tak boleh dah.

Sedih...sedih...kita lupa yang hidup dan rezeki kita semuanya atas ketentuan Tuhan. Ada juga yang berani mempermainkan perintah Allah. Contohnya, bila ada kematian baru pakai tudung, tu pun kadang-kadang selendang berjambul saja, bila pergi masjid baru pakai tudung, bila akad nikah baru pakai tudung bersanding pula tudung hilang, dan macam-macam lagi perbuatan manusia yang ikut apa manusia lain buat bukan apa yang Tuhan suruh.

Sedih lagi....oh beraninya kamu wahai manusia yang hanya menumpang di dunia milik Tuhan yang satu. Kalau pakai tudung janganlah masa nak nikah saja, janganlah masa nak pergi lawat orang mati saja, janganlah masa pergi kubur saja, janganlah masa pergi buat umrah dan haji saja, janganlah masa pergi masjid saja, janganlah masa bulan puasa saja, janganlah masa pergi mahkamah syariah saja, janganlah masa berlakon dalam filem dan drama saja, janganlah masa menyanyi lagu nasyid dan ketuhanan saja, jangan..jangan...dan jangan....

Lagi....kalau pakai tudung janganlah tutup sebahagian rambut

saja, janganlah tutup kepala saja leher biar terbuka, janganlah pakai baju dan seluar ketat dan sendat sampai satu jari kelingking pun tak leh masuk mencelah dan nampak segala lurah dan bonggol, j anganlah tutup sampai paras leher saja tayang bahagian dada, janganlah ikat sanggul tinggi-tinggi macam bonggol unta (nabi kata), janganlah pakai baju lengan pendek, janganlah pakai jarang-jarang, jangan..jangan...dan jangan...

Banyak betul yang tak boleh. Macam mana nak ikut peredaran fesyen....???

Bertudung ikut perintah Allah dan ikut kefahaman agama yang betul, dapat pahala. Lagi susah dan banyak halangan nak tutup aurat, lagi banyak pahala dapat. Ta pi kalau bertudung ikut fesyen, kita dapat tudung yang bermanik-manik dan berkilau-kilau saja tapi tak dapat pahala. Macam orang berpuasa tapi tak solat. Dapat penat tak makan m inum saja tapi tak dapat pahala.
mahukah kita hidup di dunia ni lama tapi satu pahala pun ki ta tak dapat sebab tak ikut ajaran agama dan perintah Allah sepertimana yang tersebut dalam al-Quran.

Sebagai penutup, yang belum menutup aurat, percayalah masanya sudah tiba untuk menutup aurat. Yang pakai tudung sekejap ada, sekejap tak ada atas kepala, pakailah tudung dengan tetap selama-lamanya. Yang pakai tudung lengkap tapi masih pakai sendat dan ketat, tutuplah aurat dengan sesempurnanya. Pakai yang longgar-longgar supaya suatu hari nanti kita tak mati sebab tak boleh bernafas akibat pakai baju dan seluar ketat dan sendat.

Kita hanyalah insan biasa yang hidup hanya sementara di dunia yang fana.

"mana milik kita,
tidak ada milik kita,
semua yang ada,
Allah yang punya"

Friday, August 13, 2010

PUTERI YANG LEMAH-LEMBUT

Alhamdulillah..hari ini genap usia Ummu Auni 20 hari...Semasa timbang 10 hari, berat Auni dah bertambah 3.8 kg daripada 3.5 kg. Rasanya sekarang berat Auni bertambah lagi sebab kuat menyusu. Alhamdulillah, Auni bertambah-tambah sihat.


Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan yang terindah dengan kehadiranmu.


Wednesday, July 28, 2010

ANUGERAH TERISTIMEWA

Alhamdulillah, tepat jam 2.14 pagi bertarikh 25 Julai 2010 lahirlah anak kedua kami iaitu seorang bayi perempuan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Kontraksi bermula pada pukul 7 petang (24 Julai 2010). Saya dimasukkan ke wad buat sementara waktu pada hampir pukul 11 malam kerana bukaan rahim baru mencapai 3 cm. Pukul 1 pagi (lebih kurang) bukaan rahim sudah 4 cm dan saya terus dihantar ke dewan bersalin. Pagi 25 Julai bersamaan 13 Syaaban, saya selamat melahirkan puteri kedua kami sambil ditemani suami.

UMMU AUNI BINTI ZARIZI

Semoga lahirmu menambah ceria dan bahagia kita sekeluarga. Semoga menjadi penawar hati dan penyejuk mata ibu dan abi yang solehah.

Thursday, July 22, 2010

NAIK LAGI???

Sudah beberapa hari berita kenaikan gula dan minyak datang menerpa pengguna khususnya di Malaysia sebaik saja selesai demam Piala Dunia 2010. Hari ini isu kenaikan harga gula dan minyak agaknya dah semakin suam-suam kuku atau pun sejuk beku. Kekecewaan penyokong-penyokong pasukan Belanda yang tewas tipis di tangan pasukan Sepanyol nampak gayanya ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila beberapa hari selepas itu kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula dan minyak. Sekalah-kalah Belanda pun dapat juga duit berjuta-juta dalam poket pemain. Penyokong Belanda dapat letih dan mengantuk saja sebab bersengkang mata menonton perlawanan pukul 3 pagi.




Tapi, kenaikan kali ini tak sepanas dan sehangat masa kenaikan minyak dan gula beberapa bulan/tahun yang lepas. Berita kat TV pun tak tunjuk sangat orang berpiket atau buat demonstrasi turunkan harga dua benda yang penting dalam hidup kita (gula bagi tenaga pada kita untuk bergerak, minyak pula bagi tenaga pada kereta untuk bergerak). Kereta-kereta pun tak bersusun-susun di stesyen minyak bagai 'orang kehausan minta diberi minum air' (anak didik Karam Singh Walia kah??). Agaknya rakyat kita redha sebab minyak naik pun setakat 5 sen jer, gula pun naik tak sampai RM 2 lagi....Kalau gaji RM 5K sebulan (tambah tolak bahagi darab KWSP, SOCSO, hutang kereta, hutang rumah, hutang perabot dan elaun-elaun yang berkenaan), 5 sen dan RM 2 tu umpama debu di jalanan jer. Tak menyusut pun pendapatan. Kalau penganggur macam saya ni, memang lagilah tak terkesan dengan kenaikan tu. Walaupun saya yang beli gula, tapi orang lain yang bayarkan.




Yang paling seronoknya, bila ada satu berita di TV yang cakap pasal kurangkan penggunaan gula. Ada pula iklan kartun dan bukan kartun yang tak habis-habis suruh kita kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman. Satu sudu dah cukup. Kalau buat air milo secawan, memang satu sudu dah cukup, tapi kalau air kopi guna gula satu sudu, tahanlah rasa pahit berdengung kaw kaw kopi tu...Satu cara untuk menenangkan rakyat supaya tak berdemonstrasikah?




Kenapa harga gula dan minyak naik?




Saya pun tertanya-tanya juga sebab-musabab naik lagi harga gula dan minyak kali ini seperti mana kes saya lambat bayar yuran pengajian Sarjana untuk semester ni. Bila dah kemaskini progress report secara online dan dikeluarkan bil pembayaran...hah! Tak pasal-pasal kena tambah lagi RM200 atas sebab kelewatan pembayaran yuran. Kalaulah boleh saya tanya, mana datangnya RM200 tu pada Cik Jabatan Bendahari???....Maka, tak dapatlah nak bayar lagi yuran tu sehingga ekonomi rumahtangga kembali stabil kelak. Kesian pada Encik Suami yang terpaksa menyimpan sebahagian duit gajinya untuk kegunaan isteri yang tak bergaji ni.




Atau,




Saya yang tak baca atau terlepas pandang kot-kot ada tertaip dalam akhbar-akhbar yang pelbagai rupa dan bentuk tu. Kalau asyik baca berita hiburan, of course lah tak jumpa kan...Teringat pula beberapa minggu/bulan yang lalu masa balik ke Pendang. Merata-rata kedai adik-adik saya dan juga saya cari gula. Kalau nasib baik, adalah gulanya tapi 1 kg untuk seorang saja. Kalau nasib baik lagi (boleh hindar daripada terkena diabetes), balik dengan tangan kosong la. Maka, setiap harilah adik-adik saya pergi beli gula di kedai. Takkan lalu tekak ni nak makan sambal tawar, kuih tawar, air oren tawar, air sirap tawar. Kalau buat air sirap satu jag (family yang ramai), mana cukup satu sudu, satu senduk pun belum tentu.




Harap-harapnya ni bukanlah taktik mana-mana pihak nak mengaut keuntungan lebih dengan menjadikan rakyat sebagai mangsa penganiayaan. Mentang-mentanglah kita ni tak pegang dokumen-dokumen negara, asyik kena tipu hidup-hidup jer. Bukan juga taktik-taktik sempena pilihanraya umum yang akan datang. Yang gaji beribu-ribu tak apalah, cuba yang kerja buruh, tukang cuci, pemandu lori, tukang kutip sampah, pengawal keselamatan yang gaji tak sampai ribu tu. Kan sesak lagi menyesakkan. Tambah pula kalau anak 5, 6,7,8,9 dan seterusnya, minum air kosong sajalah setiap hari. Makan nasi putih dengan ikan goreng (itu pun kalau ikan tak naik harga, sekarang pun sekilo dah nak dekat Rm10).




Walaupun kebanyakan pekedai dan pemilik restoran kata tak akan naikkan harga makanan dan minuman, tapi dikurangkan kuantiti makanan dan minuman. Gelas tinggi jadi pendek, nasi yang boleh makan untuk dua orang jadi setengah. Kalau tak ada orang makan kat kedai, nanti lingkup pula bisnes. Semuanya bersangkut-paut kalau harga gula dan minyak naik. Kalau harga sayur naik, bolehlah tanam sendiri sayur-sayur di laman belakang rumah atau guna kaedah hidroponik bagi rumah yang tak berlaman (apartmen, flat dan sebagainya). Tapi, yang naik harga gula dan minyak, takkan nak tanam tebu dan tulang-tulang ayam dan ikan dalam tanah dengan harapan tebu boleh diproses sendiri menjadi gula dan tulang-tulang haiwan tersebut menjadi fosil dan akhirnya menghasilkan minyak...kita pula yang jadi fosil.


Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang mempunyai Mykad yang sah dan tulen dan mengundi setiap pilihanraya (padahal baru sekali jer mengundi), harapan saya dan ramai lagi rakyat Malaysia yang hanya mampu berbahas di FB, blog, kedai kopi dan sebagainya, put yourself in other people's shoes (betulkah??)...cuba letak diri dalam situasi orang lain (sila rujuk kamus Oxford edisi apa-apa sajalah untuk makna yang lebih betul dan tepat)..cuba yang kaya bayangkan hidup miskin walau sesaat, taklah harga barang naik sesuka hati yang memegang kuasa kan..Kalau yang kaya asyik fikir kaya dan keuntungan, hilanglah Selangor dari peta Malaysia (kalau tak faham nampak sangat kamu ni tak peka isu semasa).


PS: Lain pula gaya bahasa entri kali ni...layannnnn. Sementara menunggu hari untuk bersalin, sempat lagi ambil cakna pasal isu semasa

Monday, July 19, 2010

SARAWAK...THERE SHE WENT

Sarawak...

Salah satu negeri dalam Malaysia yang boleh membuatkan bakal-bakal guru menggeleng kepala beberapa kali. Mungkin sebab Sarawak tak sama seperti Semenanjung Malaysia yang tak seluasnya, tak seramai penduduknya dan kawasannya yang sangat pedalaman. Tapi, Sarawak tetap salah satu negeri yang terkandung dalam gugusan Malaysia. Rakyatnya di sana tetap perlukan pendidikan seperti rakyat di Semenanjung. Mana-mana bakal guru yang dapat berkhidmat di sana, kutiplah sebanyak mana pengalaman. Setiap pengalaman akan mematangkan pemikiran dan mendidik kesabaran. Guru memikul tanggungjawab yang besar. Kalau tidak, tak usah jadi guru.


Adik kedua saya yang merupakan bakal guru sudah pun berlepas ke Sarawak pagi tadi. Dia merupakan bakal guru lepasan UKM tajaan KPM dan ditempatkan di Limbang, Sarawak. Sudah semestinya ibu saya menggeleng-geleng lebih banyak daripada si empunya diri. Walaupun dengan perasaan berat hati, si ibu terpaksa merelakan anak daranya berkhidmat di Bumi Kenyalang itu. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.


Semoga adik saya beroleh pengalaman, jodoh yang bersesuaian dan dapat pulang semula ke Semenanjung jika diizinkan oleh Allah SWT....

Semoga dirimu dilindungi Allah SWT sepanjang waktu...

Dengan itu, bermulalah tahun menabung bermula bulan akan datang supaya hujung tahun ini kami sekeluarga dapat menjejakkan kaki ke Sarawak sana atas tiket cuti-cuti Malaysia....

Tuesday, July 6, 2010

KAH 7475

Alhamdulillah, bulan Jun yang lepas kami sudah secara rasminya menjadi pemilik kepada kereta Proton Wira KAH 7475. Dengan erti kata lain, bayaran ansuran kereta sudah lenyap daripada senarai perbelanjaan bulanan keluarga mulai bulan Julai ini. Rasa ringan beban di bahu walaupun yang sibuk membayarnya setiap bulan adalah suami saya. Sudah pasti bahu suami saya lebih terasa ringan. Mungkinkah tahun depan sekiranya diizinkan Allah SWT, kami akan membeli kereta idaman kami?

Hanya Allah saja yang tahu...Apa pun, selepas ni bolehlah di'make-over'kan kereta yang banyak berjasa tu. Cuma yang agak tidak memuaskan hati apabila kami terpaksa pergi ke cawangan utama Bank CIMB di Butterworth untuk mengambil geran kereta. Padahal apabila tiba di sana, pihak yang menguruskan geran tersebut terkejut kerana kami datang dari jauh semata-mata nak dapatkan sekeping geran. Katanya, pihak mereka boleh menghantar geran tersebut ke bank CIMB cawangan Sungai Petani. Tapi, kata pihak CIMB Sg. Petani, mereka tak uruskan geran tersebut. Apakah????

Akhirnya, si penggunalah yang menjadi mangsa ketidak sehaluan perkhidmatan mereka....

Salah satu 'kecekapan' pihak bank...

Sunday, June 20, 2010

SEBUAH PUISI DARIPADA SEORANG ISTERI KEPADA SUAMI

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

(dipetik dari hasil nukilan ustaz pahrol md juoi http://genta-rasa.com/2010/06/16/maafkan-aku-wahai-suami/)

Thursday, June 17, 2010

35 MINGGU

Hari ini usia kandungan saya sudah menjangkau 35 minggu. Bermakna minggu depan genaplah 9 bulan usia kandungan saya. Bila-bila masa bayi di dalam kandungan ini akan keluar dari alam rahim ke alam dunia. Alhamdulillah, bayi di dalam kandungan ni semakin aktif bergerak sampaikan kadangkala terasa kuat tendangannya dan agak meletihkan. Hari ini, sekali lagi saya ke klinik untuk pemeriksaan selanjutnya. Keputusan ujian MGTT (minum air gula) yang dilakukan 2 minggu yang lalu menunjukkan tanda positif yang saya tiada penyakit kencing manis. Cuma tahap hb darah saya walaupun sedikit meningkat berbanding yang lepas tetapi masih dikira rendah iaitu 10.1. Ubat dah pun saya telan tetapi dek kerana tak pantang minum teh (minuman berkafein), maka kesan ubat itu agak kurang kesannya.


Doktor yang memeriksa saya hari ini mula menakut-nakutkan saya dengan ceritanya.

"Kalau darah rendah lagi, kena cucuk ooo", kata doktor lelaki yang berbangsa Cina itu. "Cucuk sakit ooo...kena lima kali cucuk. Itu sampai lepas bersalin pun rasa sakit lagi".

Misi yang duduk mengadap doktor pun mengangguk-angguk tanda sokong. Saya pula yang rasa gusar dan takut. Terpaksalah pasang azam untuk makan ubat secara teratur selepas ni. Tak nak kena cucuk lagi. Saya dah semacam trauma dengan jarum. harap-harap minggu depan, hb saya naik 11 ke atas sampailah saya bersalin. Risau juga bila misi sebut tadi kalau darah rendah kemungkinan turun darah banyak semasa bersalin, kena tambah darah, dan mungkin juga berlaku kelahiran bayi pramatang. Nauzubillah....


Doa saya semoga Allah permudahkan saat kelahiran anak kami ini. Saya pun berharap suami saya dapat temankan saya di dalam bilik bersalin kali ini. Sekurang-kurang ada kekuatan buat saya. Sewaktu menunggu nama dipanggil, ada seorang kakak sempat berkongsi sesuatu yang sangat berguna. Petua untuk memudahkan bersalin. Katanya, campur telur ayam kampung dalam segelas susu dan minum setiap hari, seminggu sebelum tarikh bersalin. InsyaAllah, mudah dan tak sakit sangat bersalin nanti. Dia dah amalkan dan alhamdulilah katanya berkesan. Saya pun rasa macam nak cuba juga.....

Tuesday, June 15, 2010

NAMA ANAK

Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akan menjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain
lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."

(Riwayat Abu Daud)

Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:


a. Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.

b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.

c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.

d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.

(sumber: http://www.perjalanansuci.com/Informasi/Nama-NamaIndah.htm)

Bagi saya dan suami, tidak perlu nama yang panjang-panjang sampai naik lenguh tangan nak menulis di kemudian hari. Biar ringkas, padat dan mempunyai maksud yang baik buat bakal anak kami nanti. Dalam fikiran dah ada satu nama, cuma tunggu masa saja nak guna nama ni.

SOMCHAE 2010 @KL



Saya sepatutnya berada di salah satu konferens penyelidikan SOMCHAE 2010 di KL tetapi kerana perut dah memboyot ke depan dan biasanya bila usia kandungan dah mencecah 8 ++ bulan, si ibu tak digalakkan berjalan jauh-jauh, jadi saya tak pergi. Saya juga sepatutnya menemani poster penyelidikan saya yang dijadualkan dilekat pada papan poster konferens pada Khamis ini. Walaupun saya mengharapkan kertas jurnal saya diterima masuk dalam konferens tersebut tapi apakan daya disebabkan kecuaian dan kesilapan maka saya cuma berjaya menghantar poster saja. Alhamdulillah, lebih baik daripada tiada.


Terima kasih buat rakan sepenyelidikan yang sudi menjadi wakil membawa poster saya ke konferens sebagai pengganti diri. Buat semua teman-teman sepenyelidikan, selamat berkonferens di KL. Makan tu ingat-ingatlah kat saya sekali....hehe

SUATU HARI.....

Ziyad: Abi....




Abi: Ye, sayang...




Ziyad: Selamat Hari Bapa, Abi. Abilah ayah paling penyayang di dunia. Terima kasih kerana tak jemu menjaga Ziyad




Abi rasa terharu sambil air mata bergenang di anak matanya. Satu pelukan penuh kasih-sayang dihadiahkan buat Ziyad kepada Abi. Begitu juga Abi....


Mungkin suatu hari nanti, inilah bicara si anak kecil buat bapanya.....

Monday, June 7, 2010

BOIKOT LAGI!!

Gesaan boikot kedengaran lagi semenjak kes kapal Freedom Fortilia diserang Israel yang mengorbankan 9 nyawa aktivis misi kemanusiaan. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Dulu, kita digesa untuk boikot barang-barang yang dipercayai menyumbang dana kepada Israel juga, sewaktu Palestin digasak dengan dahsyatnya oleh puak-puak zionis yang tak berhati perut tu..tapi, kemudiannya senyap sehinggalah timbul pula satu isu baru..


Memang patut kita umat Islam khasnya dan semua manusia yang bencikan peperangan boikot barang-barang Israel tapi hendaknya tidaklah hanya mengikut musim dan satu-satu isu saja. Umum dah pun tahu daripada sebaran pihak yang tertentu barang-barang seperti KFC, McD, dan Coca-Cola (sekadar menyebut beberapa nama yang sangat terkenal) antara barang yang menyumbang kepada dana puak rejim zionis itu. Malangnya, dalam satu pihak tengah rancak dan bersemangat mengajak rakyat Malaysia memboikot barang-barang tersebut, ada satu pihak lain pula saban hari menayangkan dan mempromosikan iklan barang-barang tersebut kepada orang ramai.


Sekiranya dengan memboikot itu dapat menjatuhkan ekonomi puak rejim zionis, biarlah ia menjadi jihad kita yang berpanjangan sebagai umat Islam demi membantu saudara kita di Palestin. Sekurang-kurangnya kita tidak berdiam saja tatkala disoal di akhirat kelak tentang apa yang telah kita lakukan untuk membantu saudara seagama di Palestin...

Wednesday, June 2, 2010

MANISNYA GULA...

Alhamdulillah. sehari lagi masa berlalu dengan limpah kurnia daripada Allah SWT yang tak putus-putus. Takziah buat konvoi bantuan ke Palestin yang diserang oleh zionis laknatullah. Semoga Allah memberi limpah kurnia dan rahmah buat mereka yang berjuang di jalanNya dan azab buat Yahudi zionis yang tak sudah-sudah membuat onar di muka bumi....Takziah juga saya ucapkan buat jiran sebelah rumah yang baru saja kehilangan salah seorang ahli keluarga mereka hari ini. Setiap yang hidup pasti akan merasa mati....Bila teringatkan tentang mati, barulah terasa hidup kita di dunia ni cuma sekadar persinggahan sahaja. Tapi, kebanyakan kita sering kali terlupa dan lalai.


Semalam, saya sekali lagi pergi ke klinik untuk menjalani pemeriksaan bulanan ibu mengandung. Selagi mana tak bersalin, selagi itulah kena mengadap jarum, ubat-ubat dan nurse setiap bulan. Kadang-kadang dah rasa muak dan letih nak pergi klinik tapi demi kesejahteraan dan kebaikan si bayi, terpaksalah melupakan rasa ngilu jarum menusuk kulit jari dan lengan, dan rasa pahit ubat yang terpaksa ditelan setiap hari. Semasa pemeriksaan yang dijalankan semalam, doktor syak saya ada kencing manis sebab berat badan lebih 2 kg dalam masa sebulan. Tambahan pula, paras hb saya turun lagi ke 9.5. Tersangatlah rendah sehinggakan doktor tulis dalam borang sebagai 'moderate anemia'. Menggelabah jugalah saya seorang-seorang. Macam teruk saja. Menyesallah pula sebab tak makan ubat ikut masa. Kan dah susah.


Hari ini, saya kena pergi semula ke klinik untuk ambil darah dan minum air gula. Sebelum ni saya dengar saja cerita-cerita orang lain pasal minum air gula ni. Saya tak lalui pengalaman ni masa mengandung sulung dulu tapi tak sangka mengandung kali ni saya dapat merasa minum air gula buatan nurse. Sedappppp!!! Kat daerah Pendang ni sekarang nak dapatkan sekilo gula pun susah tapi kat klinik ni banyak pula gulanya yer...Sebelum minum air gula, nurse ambil darah dulu. Semalam pun dah ambil darah juga di tempat yang sama jarum tu masuk. Selepas tu terus minum segelas air gula. Punyalah manis sampai terbatuk-batuk. Kemudian, kena tunggu 2 jam di klinik. Seorang pun tak dibenarkan balik sebab takut ada yang termakan atau terminum. Tak pasal-pasal kena buat semula ujian tu nanti. Selepas 2 jam, ambil darah semula. Adoi!! Keringlah darah kalau setiap bulan macam ni.


Balik saja dari klinik teruslah bantai makanan yang ada di rumah. Punyalah lapar sebab daripada pagi tak makan apa-apa. Nampak gayanya kenalah rajin makan ubat selepas ni. Tak kuasa nak kena cucuk ambil darah berulang-kali. Rasa ngilu cucuk tadi pun masih terasa di lengan saya ni.


Bukan senang nak jadi ibu. Demi anak, seorang ibu terpaksa bergolok gadai nyawanya semata-mata nak memastikan anaknya sihat sejak dari dalam kandungan lagi. Bayangkanlah jika si anak yang dah ditatang sebegitu tiba-tiba menjadi anak yang derhaka bila dewasa....Na'uzubillah

Monday, May 17, 2010

KAU PERGI JUA...

In memory of my late father..

Mohd Nadzim bin Hj Ismail

20/11/1956 to 15/5/2010

He passed away at the age of 54 years old

Al-fatihah..Semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan bersama para solehin

Monday, May 10, 2010

HARI IBU

Semalam saya telefon ke Pendang, seperti biasa bertanyakan perihal si teruna yang sudah seminggu berada di sana. Rasa rindu pada keletahnya yang menghiburkan dan memeningkan kepala pada masa yang sama. Sebaik saja telefon berbunyi, Ziyad mulalah berbicara dalam bahasa bayinya sambil menjerit-jerit girang di sebalik corong telefon.


"Ziyad, cepat ucap selamat hari ibu!!!", kata Mak Lang Ziyad iaitu adik saya, kepada si kecil itu yang tidak langsung memahami apa itu Hari Ibu. Dia terus bercakap dalam bahasanya sampaikan suara saya pun tenggelam timbul dalam keramahan si kecil.


Pentingkah untuk seorang anak mengucap dan menyambut Selamat Hari Ibu kepada ibunya?


Rata-rata masyarakat akan memberikan jawapan penting. Ucapan dan sambutan adalah tanda kita menghargainya sebagai ibu yang melahirkan dan membesarkan kita. Tak ada salahnya. Tapi, cukupkah hanya dengan ucapan dan sambutan yang setahun sekali itu untuk membalas segala pengorbanan dan jasa ibu? Saya seorang ibu dan saya tahu betapa peritnya menjadi ibu.


Bagi saya, tiada gunanya ucapan dan sambutan yang cuma setahun sekali itu jika:


1) hati ibu disakiti dan diguris setiap hari


2) anak membiarkan ibu ternanti-nanti kepulangan dan panggilan dari kejauhan sebagai pelepas rindu


3) ibu dibiarkan terlantar sakit di katil tanpa penjagaan dan perhatian daripada anak


4) ibu dibiarkan tidur di rumah yang usang sedangkan anak tidur lena di istana


5) ibu makan nasi kosong sedangkan anak berlaukkan ayam, daging dan sebagainya


6) ibu tua berjalan jauh merentas bahang panas menjaja hasil tangan untuk menyara hidupnya sedangkan anak duduk senang-lenang dalam pejabat yang berhawa dingin


...dan banyak lagi.


Seorang ibu tak mengharapkan wang ringgit daripada anak-anak. Dia tak mengharapkan kemewahan. Yang penting si anak dapat menjaganya sebaik mungkin. Tidak melupakannya walaupun sesibuk mana sekalipun menjalankan kerja.


Saya tidak menyambut Hari Ibu dan tiada hadiah buat Ibu saya pada tahun ini tidak seperti tahun-tahun lain. Tapi, satu perkara yang saya tak pernah tinggal selama saya hidup sehingga sekarang adalah doa saya buat kesejahteraan Ibu di dunia dan di akhirat. Juga buat Ibu mertua saya. Semoga saya dan suami serta adik-adik saya diberi kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan sebaiknya. Takkan saya lupakan pengorbanan Ibu saya membesarkan saya dengan susah payahnya. InsyaAllah...


Selamat Hari Ibu buat Mama dan Ma..Semoga sentiasa dipanjangkan amalan dan diberkati umur oleh Allah SWT.


Ma (tiga dari kanan) dan Mama (dua dari kanan) semasa di
majlis perkahwinan saya dan suami

KEMBALI KE KMPP


Alhamdulillah, saya baru saja pulang dari menghantar adik saya ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) hari ini. Tempat yang sama yang pernah saya huni selama setahun dahulu. Tempat ini jugalah yang mengajar saya untuk hidup berdikari buat pertama kalinya menetap jauh daripada keluarga. Padahal, perjalanan dari Pendang ke Bertam ambil masa selama 40-45 minit saja. Tapi asyik homesick aje..

Sebaik saja memijakkan kaki ke bumi yang pernah saya duduki dulu selama setahun, banyak kenangan manis datang menjengah kembali fikiran. Suasana dan persekitaran dah nampak sedikit berubah. Dulu tanahnya gersang daripada kehijauan pokok. Sampaikan memijak rumput di bumi KMPP itu merupakan satu kesalahan besar pada ketika itu. Terima kasih buat En. Manan di atas keprihatinan menjaga survival rumput-rumput itu kalau tidak generasi hari ini tak merasa untuk melihat kehijauan rumput di KMPP. Sekarang nampak cantik sikit dihiasi pohon-pohon hijau yang sejuk mata memandang selain pemandangan sawah padi dan lebuh raya yang terbentang.

Semoga adik saya dapat berdikari dan berjaya dengan cemerlang. Tiba-tiba teringatkan kawan-kawan lama di KMPP. Kawan-kawan yang simbah saya dengan air sabun, pecahkan telur di bahu saya, yang suka baling bantal, suka mengusik, suka diusik, selalu tidur 2-3 orang atas satu katil, yang suka ketawa mengilai-ngilai, yang suka 'menyewa tanpa bayaran' di bilik saya, yang suka memasak dalam rice cooker (kantoiii...), geng-geng jemaah solat tarawih, geng-geng buka puasa dan yang sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain dalam segalanya.

Semoga suatu hari nanti kita dapat bersua dan berkongsi kisah-kisah suka duka kita semasa di KMPP dulu...

Sunday, May 9, 2010

RAKYAT MALAYSIA DAH 'HALAL' BERJUDI???

Saya amat terkejut dan terkilan bila membaca petikan akhbar seperti di bawah:


KUALA LUMPUR 6 Mei - Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Awang Adek mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.


Komen saya:

Walaupun kebanyakan daripada kita bukanlah golongan profesional, 'arif, alim ulama' dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam agama, namun hal judi memang semua dah maklum dan jelas akan kemudaratan dan hukumnya yang haram di segi agama. Ia juga salah dari segi moral dan akhlak manusia atas keburukannya yang lebih banyak daripada kebaikan. Bahkan sebenarnya tiada satu pun kebaikan yang dapat diperolehi melalui perjudian.


Sedihnya bila pernyataan sebegini diutarakan oleh mereka yang menganut agama Islam, yang kita harapkan memahami dan mengamalkan Islam itu sendiri. Saya pasti mana-mana agama sekalipun tidak membenarkan amalan perjudian di kalangan penganut masing-masing. Ini bukan soal yang menyatakan itu dari parti mana..tetapi sebaiknya hal ini dipandang dari sudut agama yang paling utama dan kemudian impaknya nanti kepada masyarakat tanpa mengira bangsa dan umur.


Bagi saya, komen daripada Ustaz Zaharuddin lebih sesuai dan layak untuk dibaca dan direnung bersama.

Thursday, May 6, 2010

IBU BOREK, ANAK RINTIK

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana masih memberi kita peluang untuk menikmati nikmat hidup di atas muka bumiNya. Alhamdulillah, kita masih dikelilingi insan-insan yang tersayang, menikmati segala perubahan yangberlaku dalam kehidupan saban waktu.


Bulan ini, kandungan saya sudah mencecah usia 7 bulan ++. Due date bersalin dah semakin hampir. Mudah-mudahan saya dapat siapkan tesis seberapa segera sebelum si kecil dalam perut ini lahir ke dunia. Jadi, masa berpantang nanti bolehlah saya berehat sepuas-puasnya tanpa perlu memikirkan soal bebanan kerja buat seketika. Si kecil dalam perut sekarang semakin aktif menendang dan bergerak. Kadang-kadang, tengah malam pun boleh rasa pergerakkannya. Sama aktif macam Abang Long dulu. Semoga kedua-dua si kecil ini sihat sentiasa membesar di dalam dan luar perut ibu.

Kondisi kesihatan saya pun alhamdulillah agak baik. Semoga berterusan baik hingga bersalin nanti. Cuma kadang-kadang diserang pening secara tiba-tiba dan lenguh-lenguh badan, pinggang dan kaki. Mujur ada 'kerusi urut' yang sudi membantu menghilangkan rasa lenguh yang menyerang tidak kira masa dan tempat.

Sebaik saya disahkan mengandung buat kali kedua, Ziyad mula menunjukkan reaksi tidak mahu mendekati saya hatta mendukungnya sekalipun. Mungkin itu tanda-tanda dia mula menanam sifat cemburu kepada si kecil di dalam perut saya. Dia lebih suka didukung oleh Abi (pantang Abi hilang dari pandangan mulalah mencari-cari dan menangis). Melainkan kalau tiada sesiapa selain saya di rumah, barulah perhatiannya kembali mencari dan mendekati Ibunya. Kiranya, saya ni pilihan terakhir yang dia ada...

Kebelakangan ini saya dan suami perasan akan perubahan sikap Ziyad. Dia dah semakin kerap merajuk kalau tak didukung atau barang yang dipegangnya diambil (terutamanya barang-barang yang boleh mendatangkan bahaya dan mudarat pada dia). Mulalah dia meniarap di lantai sambil menekup muka ataupun mengadap ke dinding membelakangkan Ibu dan Abi. Kadang-kadang dia mengamuk, habis dibalingnya barang-barang yang boleh dicapai. Pening nak melayan kerenah anak teruna seorang ni. Mujur Abi penyabar. Setiap kali Ziyad buat perangai abi lah yang melayan dan memujuknya.


Bila saya berbincang dengan suami, mungkin sikap yang ditunjukkan Ziyad sekarang ini datang dari sikap saya semasa mengandungkannya. Di awal saya mengandungkan Ziyad, saya kerap merajuk, marah-marah dan menangis. Salah satu sebabnya kerana saya kerap berjauhan dengan suami yang dihantar bekerja jauh. 2 minggu ke sebulan sekali saja boleh berjumpa dengan suami. Ditambah pula stres dengan bebanan kerja. Saya jadi kurang sabar dan sensitif bila ada sesuatu yang mengguris hati saya ketika itu. Tak sangka, Ziyad pula menerima tempias sikap saya itu.


Namun, disebalik sikap suka marah, mengamuk dan merajuk itu, Ziyad biasanya ceria dan suka ketawa kalau diacah dan diajak bermain bersama. Aktif berjalan ke sana-sini mengembara kawasan-kawasan baru di dalam rumah. Mungkin itu juga disebabkan pengaruh sikap saya juga sebab dulu aktif bergerak ke sana-sini. Kemudian, suami saya bertukar kerja yang tidak perlu lagi tinggal berjauhan dengan saya. Maka, emosi saya berubah menjadi lebih stabil bila ada suami di sisi.


Fasa mengandung kali kedua ini pun, kadang-kadang sikap negatif tu datang balik dalam diri bila Ziyad buat perangai atau pun mengganggu saya membuat kerja-kerja di rumah. Tapi, saya cuba juga menahan diri supaya tidak terlalu mengikut emosi walaupun kadang-kadang terlepas juga satu dua tamparan dan cubitan di lengan si kecil Ziyad. Orang dah marah, bukannya boleh fikir orang yang dimarah tu kecil atau besar, faham apa yang dicakapkan atau tidak. Hasutan syaitan belaka. Ubat untuk mengatasinya adalah perlu kembali kepada Allah SWT dengan bersolat dan banyak membaca al-Quran untuk kembali mendapat ketenangan jiwa.

Memang tak dapat dinafikan, betapa dekatnya emosi seorang ibu dengan anaknya sejak dalam kandungan lagi. Setiap apa yang ibu buat, sedikit sebanyak akan mempengaruhi emosi dan perlakuan anak apabila lahir kelak. Kesimpulannya buat para bakal ibu, banyakkan mendidik diri menjadi sabar dengan ragam anak-anak. Jangan biarkan diri dilanda stres yang berpanjangan. Semua sikap negatif ini akan mempengaruhi kehidupan anak kemudiannya. Jadi, jangan salahkan orang lain kalau anak degil, kuat mengamuk, panas baran dan sebagainya, kerana puncanya mungkin datang dari ibu atau bapanya sendiri.


Demi untuk menyiapkan tesis, saya terpaksa menghantar Ziyad pulang ke kampung untuk dijaga oleh Maktok, makcik-makcik dan pakcik-pakciknya. Dalam keadaan mengandung dan dibebani timbunan kerja, tahap kesabaran saya akan semakin menipis. Tak sanggup nak marah-marah dan memukul si kecil yang tak faham apa-apa. Tapi, bila Ziyad tak ada di rumah Ibu rasa rindu sangatttt kat Ziyad.....

Tuesday, May 4, 2010

PADA-MU AKU BERSUJUD


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang selalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Pada-MU






**syahdu dan menginsafkan**

Sunday, May 2, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU




Ucapan tahniah buat teman seguruku di USM yang sudah menjadi Puan Fadzilah Kamaludin..


Selamat pengantin baru..


Semoga bahagia menempuah alam rumah tangga di dunia dan juga di akhirat sana...


p/s: kepada Puan FK, minta maaf sebab tak dapat nak pergi kenduri yang berlangsung kelmarin walaupun hati kecil saya ni teringin nak menjejakkan kaki ke bumi Johor...'model ekonomi baru' keluarga masih belum stabil untuk mengembara...



kenangan 2 tahun yang lalu semasa mula melangkah ke alam isteri kepada suamiku..so sweeeeetttt!!!!



Thursday, April 29, 2010

BUAT SUAMIKU...

Hari ini suami saya akan menghadiri sesi pembentangan untuk melayakkan dia mendapat sijil safety officer idamannya...


Semoga berjaya dalam pembentangan abi...Do your best!!!


Ucapan ikhlas daripada ibu, Ziyad (abang long) dan baby...

Monday, April 26, 2010

REZEKI KITA DI MANA??..BAHAGIAN DUA

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan buat Yang Maha Memberi Rezeki. Dalam kegelisahan memikirkan soal rezeki yang tidak tahu di mana, kuasa Allah Taala sentiasa memberi keinsafan dan kesedaran bahawa sesungguhnya kepada Dia kita sepatutnya memohon. Bukan memohon kepada manusia yang mempunyai kuasa semata-mata. Anggap manusia itu hanya sebagai perantaraan sahaja. Yang memberi rezeki kepada kita manusia adalah Allah SWT secara mutlak....


Apa yang berlaku samada kesusahan dan kesulitan dalam mencapai sesuatu adalah pengajaran yang bermakna untuk kita menyedari hakikat hidup kita sebagai hamba yang sentiasa bergantung pada sifat kasih sayang dan pemurah Allah SWT.


Pesan bonda, letakkan Allah SWT nombor satu dalam segala tindak-tanduk dan amalan...bantuan akan tiba tanpa disangka-sangka.


Kepada yang sudi membantu, terima kasih diucapkan. Hanya Allah sahaja dapat membalas segala kebaikan yang dihulurkan dengan ikhlas.


Memetik kata seseorang yang dermawan, " jangan berterima kasih kepadanya tetapi berterima kasih kepada Allah SWT kerana rezeki ini milikNya".


Kita berterima kasih kepada manusia dan syukur dan terima kasih tetap dirafa'kan kepada Allah SWT...Dia yang mengatur rezeki kita di mana....


Thursday, April 22, 2010

REZEKI KITA DI MANA???

Bila baca Utusan Melayu secara online tadi, terpapar anak allahyarham Din Beramboi memegang replika cek RM100,000 hasil sumbangan daripada UMNO Selayang untuk dia melanjutkan pelajaran di Universiti Lim Kok Wing. Alhamdulillah, itu rezekinya.

Adik saya yang sedang belajar di Universiti Zaqaziq, Mesir dalam bidang perubatan dah masuk tahun ke-2 pun belum menerima mana-mana sumbangan daripada mana-mana pihak lagi sehingga ke hari ini. Adakah kerana adik saya bukan anak seorang artis, hanya anak kepada seorang ibu tunggal yang mempunyai 9 orang anak. Maka, permohonan bantuan kewangan yang dibuat oleh ibu dan adik saya kepada pihak biasiswa, baitulmal, zakat, syarikat-syarikat persendirian dan lain-lain sumber yang ada, masih belum diterima dan ada yang ditolak tanpa kompromi.

Agaknya, ibu saya perlu menjadi seseorang yang terkenal supaya mudah untuk adik-adik saya mendapat tajaan biasiswa mahupun mana-mana bantuan kewangan tanpa dipinta dengan susah payah...??? Tak perlu lagi turun naik tangga untuk bertemu dengan orang itu, orang ini, dan jawapannya nanti tetap sama. "Maaf, puan. kami tiada peruntukan untuk anak puan. Tapi kami punya peruntukan untuk anak-anak artis, anak-anak ahli kenamaan...".

atau

Mungkin, jika pilihanraya kecil diadakan di Pendang, pihak-pihak yang berkenaan akan berpusu-pusu datang menawarkan bantuan semata-mata inginkan publisiti murahan?


Cepat dan mudahnya manusia lupa bila diberi wang dan kuasa yang hanya pinjaman sementara. Kepada Allah saja kami berserah dan kepada Dialah kami memohon pertolongan.

Rezeki kita di mana?

PERINGATAN

Daripada Abu Mas'ud al-Ansori r.a., Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya." - Riwayat Muslim


Semoga segala yang tertaip di blog ini mempunyai sedikit-sebanyak manfaat buat yang membaca dan juga buat tuan punya jari yang menaip.....

yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan

Sunday, April 18, 2010

OH..TIPAH TERTIPUUU !!!!

Alhamdulillah, 'ala kulli hal....


Bila terbaca kisah remaja lelaki yang menyamar sebagai anak angkat Tuanku Muda Pahang, saya menggeleng-geleng kepala. Mujurlah Tuanku maafkan kesalahan remaja itu. Kalaulah dikenakan tindakan undang-undang, terjejaslah masa depannya. Orangnya pandai tapi kepandaian yang diperolehi tidak membantu menilai sesuatu perkara dengan bijaksana. Itu satu kisah daripada beribu-ribu kisah penipuan yang berlaku di seluruh negara yang dipaparkan di media cetak dan elektronik.


Semasa saya pulang ke Pendang minggu lepas, saya mendengar satu cerita yang seakan-akan sama seperti kisah di atas daripada ibu saya. Kisah benar yang berlaku beberapa hari sebelum diceritakan. Kerjaya sebagai seorang guru memang banyak berdepan dengan tingkah-laku pelajar yang pelbagai. Sampaikan ada yang seolah-olah tak masuk akal.


Ada seorang pelajar perempuan datang berjumpa dengan seorang guru di sebuah sekolah di Pendang. Kebetulan, guru tersebut bertanggungjawab menjaga kebajikan pelajar di sekolah. Dengan wajah yang sedih dan muram, pelajar itu memberitahu kepada guru tersebut yang bapanya kini sedang kritikal di hospital, makala ibunya pula telah meninggal dunia. Si guru yang mendengar ini mula bersimpati dengan cerita pelajar itu. Katanya lagi, dia tidak mempunyai wang dan memerlukan bantuan daripada pihak sekolah.


Mendengar cerita yang sebegitu, guru tadi pun menjalankan kutipan derma di kalangan guru-guru yang lain. Beratus ringgit jugalah yang dapat dikumpul atas ehsan pihak guru kepada keluarga pelajar itu. Duit itu diserahkan kepada pelajar itu kemudiannya. Tidak cukup setakat berjumpa dengan guru, pelajar itu pergi berjumpa dengan pengetua dengan membawa cerita yang sama. Oleh kerana simpati dan kasihan, maka si pengetua pun menghulurkan RM50 dan mengarahkan seorang guru lain menyerahkan RM200 daripada hasil kutipan tabung kebajikan sekolah.


Keesokkannya, pelajar perempuan itu datang lagi berjumpa dengan guru yang sama. Katanya, duit yang diberikan itu tidak cukup untuk menampung pelajaran adik-beradiknya yang lain. Mulalah timbul rasa curiga di hati guru itu lalu berbincang dengan guru-guru yang lain. Atas siasatan yang dilakukan, maka terbukalah cerita yangs ebenarnya berlaku. Rupa-rupanya bila diperiksa di rumah pelajar itu, cerita yang disampaikan itu memang tak betul langsung. Ibunya masih ada dan sihat, begitu juga ayahnya. Terbukalah rahsia yang kononnya pelajar perempuan itu menggunakan duit yang diberikan kepadanya untuk berjoli dengan kawan-kawan.


Astaghfirullah hal'adzim...Betapa beraninya seorang pelajar menipu semua guru. Bila ditanya pada kawan-kawannya, rupa-rupanya pelajar perempuan ni suka berlagak macam orang senang. Kata pelajar perempuan itu, dia ada kakak yang belajar di United Kingdom padahal kakaknya bekerja sebagai jururawat. Kononnya, abangnya mempunyai syarikat sendiri dan setiap bulan menghantar RM1000 kepadanya. Tapi, abangnya cuma seorang tentera.


Banyaklah kisah yang terbongkar selepas kejadian itu. Tapi, sayangnya bila dibawa berjumpa dengan pengetua dan dimaklumkan kepada keluarganya, tak ada rasa menyesal pun terlintas di hati pelajar itu. Selepas kejadian itu pun, dia tetap terus menyebarkan cerita-cerita yang sama kepada kawan-kawannya walaupun ramai dah tahu ceritanya yang sebenar.


Bila semua guru dapat tahu cerita yang sebenarnya, masing-masing gelak sebab dah kena tipu dengan pelajar mereka sendiri. Termasuk pengetua sekali. Yang baiknya, mereka halalkan saja hasil kutipan di kalangan mereka yang disumbangkan kepada pelajar itu. Cuma mungkin dia perlu ganti duit yang diterimanya melalui tabung kebajikan sekolah. Pelajar itu pula cuma dibuang dari asrama saja. Tak ada tindakan berat yang dikenakan. Harap-harapnya dia dapat pengajaran daripada kesilapan yang dilakukan.


Modus operandi yang sebegini hebat cuma dirancang oleh pelajar yang berusia 15 tahun saja. Macam tak percaya bila mendengarnya tapi itulah hakikat yang berlaku. Jadi, tak hairanlah kalau ada yang berani mengaku dirinya sebagai anak angkat mahupun anak Sultan sekalipun. Yang tak seronok dan tragisnya bila wang yang diperolehi hasil menipu digunakan dalam kehidupan seharian adalah wang haram. Sayang, umur masih muda tapi dah melakukan kerja-kerja menipu. Semoga kita dijauhkan daripada perkara buruk sebegini.

Buat mereka yang suka menjalankan aktiviti menipu untuk mendapatkan kesenangan hidup, segeralah bertaubat. Tak berkat duit yang dapat hasil menipu. Hidup tak senang, tak tenang, dosa yang bertandang....

Wednesday, April 14, 2010

RUMAH BERASAP???

Petang kelmarin, rumah kami berkepul-kepul dilanda asap tebal dengan bau yang agak meloyakan untuk dihidu. Semua penghuni rumah bertempiaran menyelamatkan diri dan hidung daripada asap tebal yang menyelubungi kawasan rumah. Orang yang lalu-lalang pun tak henti-henti menoleh dan memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang berlaku.


Kes yang berlaku semalam bukanlah disebabkan kebakaran tapi berpunca daripada kerja-kerja 'fogging' yang dijalankan oleh para pegawai kesihatan. Dua bulan lepas, mereka dah datang buat semburan nyamuk ni sebanyak 2 kali tapi asapnya ala-ala sepoi-sepoi bahasa saja. Kelmarin, memang tebal sangat asapnya. Rumah pun boleh hilang dari pandangan mata.


Kata suami saya yang sempat berbual-bual dengan jiran sebelah rumah, dah ada beberapa kes kematian akibat denggi di kawasan perumahan kami tu. Jadi, pihak kesihatan terpaksa buat semburan lagi. Tapi, semburan kelmarin tu memang tahap mega lah. Satu jam kena tunggu kat luar rumah sebab dalam rumah penuh dengan asap. Satu rumah kena lap semalam sebab lantainya berminyak dan melekit-lekit. Ada juga saya jumpa bangkai-bangkai nyamuk mati bergelimpangan dalam bilik. Kira berkesanlah juga semburan petang tu berbanding yang sebelum ni. Nyamuk pun tak banyak sangat malam tadi. Adalah seekor dua yang tersesat jalan.


Inilah akibatnya kalau kita tak titik beratkan soal kebersihan. Di tempat buang sampah yang dah disediakan tong sampah pun, orang boleh baling sampah ikut suka hati saja. Dalam tong sampah kosong, kat luar tong yang banyak sampahnya. Kadang-kadang atas jalan raya pun orang boleh buang botol, plastik sesuka hati. Bayangkanlah rumah mereka tu macam mana tahap kebersihannya kalau di luar pun boleh amalkan sikap pengotor macam tu....


Kalau nak dibandingkan dengan negara jiran Singapura, kita rakyat Malaysia ni masih tak ambil berat soal kebersihan. Kalau tak percaya, tengoklah di kawasan-kawasan pembuangan sampah di mana-mana. Tak pun, kat tepi-tepi jalan dan kawasan rumah pun boleh nampak sejauh mana kita menjaga kebersihan. Walau sepuluh kali Karam Singh Walia datang terjah rumah pun, tak akan ada perubahan kalau tak ada kesedaran diri.


Pendek kata, dalam Islam kebersihan itu kan sebahagian daripada iman. Kalau buang sampah merata-rata, ibarat membuang iman merata-rata jugalah kan. Tak gitu!!! Saya pun bukanlah orang yang sempurna menjaga kebersihan, tapi tak ada salahnya kalau kita cuba mendidik diri dan keluarga menjadi seorang yang pembersih. Tiada sampah terbiar, tiada aedes, tiada denggi.....Jangan disebabkan sikap pengotor kita, orang lain yang menjadi mangsanya

Monday, April 12, 2010

PENANGAN SUNTIKAN



Alhamdulillah, dalam merasakan diri ini sibuk mengejar deadline tapi masih sempat meluangkan masa nak update blog. Sibuk sangatlah konon-kononnya.


Semalam, saya pergi ke klinik untuk pemeriksaan bulanan. Alhamdulillah, kandungan saya yang kedua ni dah berusia 25 minggu (6 bulan ++ ). Tapi, hb saya sedikit rendah sebab selalu miss makan ubat tambah darah yang nurse bagi dan berat badan naik mendadak. Memang kebelakangan ni saya sangat lalu makan. Suami saya pula yang pelik sebab walaupun berat badan naik tapi tak mengembang pun isi-isi tangan, muka dan badan. Maintain slim....Tak apalah. Janji sihat wal afiat ibu dan anak.


Semalam, semasa buat pemeriksaan tu saya diberi satu suntikan bertujuan untuk mencegah penyakit kancing gigi semasa nak bersalin nanti. Selepas disuntik, tiba-tiba saja saya rasa meloya. Nak muntah. Balik saja ke rumah...habis keluar nasi goreng yang saya makan semasa sarapan pagi. Lenguh satu tangan. Setengah hari tidur sebab tiba-tiba badan jadi penat dan letih. Hari ni dah baik sikit cuma tangan masih rasa sakit dan lenguh sikit-sikit.


Sekejapnya masa berlalu. 3 bulan lagi, insyaAllah lahirlah seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini. Jumaat lepas, saya dan suami pergi ke klinik swasta berhampiran USM untuk buat ultrasound scan. Alhamdulillah, kata doktor mungkin anak kami yang kedua ni perempuan. Patutlah saya asyik terfikir nama anak perempuan saja sejak awal mengandung....Tak kisahlah, asalkan baby nanti keluar dalam keadaan sihat...Abang long jangan nak buli-buli angah nanti na...

Thursday, April 8, 2010

APA DAH JADI???

Tak tahulah apa dah jadi pada saya kebelakangan ni. Semalam, nasi yang saya masak hangit. Bubur nasi anak saya pun hangit juga tapi mujurlah tak rentung. Walaupun hangit tapi boleh la nak makan lagi. Hari ni pun, bubur nasi anak saya hangit lagi. Kalau Ziyad tengok mesti tak lalu dia nak makan. Terpaksalah saya masak lagi sekali.

Apa kenalah dengan saya ni? Selalu sangat terlupa. Inilah akibatnya kalau kepala saja ada di sini tapi fikiran melayang-layang sampai ke Kutub Utara sana. Tesis? Paper? Anak? Masak? Kemas rumah? Basuh baju?.....macam-macam ada dalam kepala ni

Apa nak jadi?

Apa dah jadi?

Dok mengelamun nasi hangit lagi.....



Kalau boleh tukar lirik lagu Tan Sri SM Salim tu, sesuai lah lirik di atas tu dengan saya....

Wednesday, April 7, 2010

THE RETURN OF BROADBAND

Salam ziarah buat semua pembaca blog. Alhamdulillah, puja dan puji buat Allah SWT kerana masih memberi kesempatan buat saya untuk terus bertapak di muka bumiNya ini. Syukur buatNya kerana saat entri ini ditaip, hujan mulai turun membasahi bumi yang panas sejak beberapa purnama. Sampaikan air paip di rumah saya ni pun panas jadinya. Rasa mencengkam kulit muka dan badan setiap kali nak ambil wuduk atau mandi. Tak kira siang mahupun malam. Mungkin ini petanda musim hujan sudah kembali. Alhamdulillah...Kedatangan hujan seakan-akan membawa rasa damai, rasa tenang dan rasa sejukkk buat hati dan akal yang panassss bergelumang dengan hal-hal dunia.


Syukur juga kerana "beruk-ban" , istilah yang digunakan bila saya pulang ke Pendang menggantikan istilah "broadband", telah kembali beroperasi di rumah saya seperti sedia kala. Lidah kampung, asal ada bunyi ala-ala nak sama tu, kira OK lah....tapi, istilah "beruk-ban" tu sebenarnya datang dari rasa marah dan bengang sebab kadang-kadang sistem jalur lebar tanpa wayar itu tersangatlah lambat memberi perkhidmatan kepada pengguna. Lebih-lebih lagi kawasan kampung yang tak ada kemudahan 3G. Siput b*** pun lagi laju agaknya kalau diajak berlumba.


Beberapa bulan yang lalu, perkhidmatan broadband (BB) di rumah saya ini terpaksa ditamatkan dengan serta-merta kerana beberapa sebab.

Pertama: Disebabkan terlupa nak bayar bil secara bulanan, jadi bil pun dah terkumpul jadi banyak..

Kedua: Perkhidmatannya tersangatlah lambat...seingat saya kelajuannya cuma 125 kbps. Bayangkan nak buka satu laman web saja dah ambil masa kadang-kadang setengah hari...

Ketiga: Biasanya bila dah sampai tempoh untuk buat bayaran pihak BB akan hantar mesej menyatakan bayaran yang perlu dijelaskan dan perkhidmatan akan dihentikan buat sementara waktu sehingga bayaran dijelaskan oleh pengguna. Yang menjadi tanda tanya, walaupun kita tak menggunakan perkhidmatan BB sepanjang dihentikan buat sementara waktu tu, tapi bilnya berjalan seperti biasa...tokey beras pun boleh bankrup macam ni


Disebabkan itu ahli mesyuarat rumah dah bersetuju nak tamatkan saja. Tapi, bila tak ada BB, terasa susahlah pula nak melakukan sesuatu kerja yang melibatkan internet. Sebagai contoh nak mencari maklumat atau kertas-kertas kajian untuk dimasukkan ke dalam tesis. Setelah berbincang lanjut dengan ketua rumah, terpaksalah menyambung kembali penggunaan BB ni untuk memudahkan tugas. Antara sebab lain, senanglah sikit kalau-kalau penyelia saya nak minta saya hantar sesuatu melalui email secara ad-hock (ate selalu benor jadi macam ni..). Tak lah sibuk mencari cyber cafe (CC) keliling pekan. Kali ni, kami beli BB jenis lain pula dengan kelajuan 3.6 Mbps. Alhamdulillah, laju sikit daripada semut.


Memandangkan dah ada BB baru ni, dapatlah saya siapkan seberapa segera tesis saya ni. InsyaAllah...


"Haaa...buat apa tu??? Tak buat kerja ehh....", sergah ketua rumah dari belakang yang dok pandang-pandang, jeling-jeling ahli rumahnya yang seorang ni dok buat kerja lain....Kantoiii!!!!

Friday, April 2, 2010

ANOTHER PROGRESS REPORT

APRIL 2010:

- finish up adsorption experiments (if nothing goes wrong, hopefully i can settle this next week..yippie..insyaAllah)

- submit full thesis (second draft)...


My supervisor said, i might be able to submit notice to the dean 2/3 weeks to come. I'm looking forward to it....

Tak fikir lagi nak continue PhD ke tak sebab MSc ni pun dah tenat....

Reminder untuk diri sendiri: Bulan terakhir untuk complete MSc is Jun 2010...

Julai dah nak bersalin....Ganbatte dehhh!!!!

Monday, March 15, 2010

MY PROGRESS WORK OF MASTER

March 2010:

-try to finish up adsorption experiments

- need to finish up journal paper (to be submitted this Friday)

- need to submit correction of Chapter 1 (part Introduction) this Friday

- need to solve the modeling problem with Dr. Azmier


Mudah-mudahan saya dapat siapkan semua ni by the end of this month.....

Tarikh akhir untuk habiskan master adalah sebelum bulan Jun tahun ini (kena paksa diri habiskan juga insyaAllah)

Semoga dipermudahkan.....dah letih belajar

Monday, March 1, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

12 Rabiul Awal 1431 H


Saya dan keluarga mengucapkan salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung blog

Selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad sollahu 'alaihi wassalam

Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad

wa 'ala alihi wa sohbihi wa barrik wa sallim

Ukuran iman bukannya pada

sejauh mana kita berjalan dalam perarakan

tapi sedalam dan sesungguh mana

kita berpegang dan mengamalkan

sunah baginda yang ditinggalkan

dan kitab al-Quran sebagai panduan




ISLAMIC COUPLE?????

Artikel ini dicopy daripada blog http://syeikhan-sohihain.blogspot.com/. Walaupun artikelnya panjang tapi sangat berilmu untuk dikongsi bersama dengan semua pengunjung blog. Selamat membaca

Bismillah arRahman arRahim..

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..


Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".


Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"
Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah?? Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."


Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."
Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
*******


Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai..


-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya
Wallahu ‘alam.. [*** cerita ini tiada kena mengena dengan saya dan tajuk post kali ini hanyalah sebagai tarikan semata- mata..harap maklum ]

[http://www.facebook.com/notes/nurul-atikah-shariff/couple-tu-haram/343216525489]

Komen saya:

Buat mereka yang terlibat dalam aktiviti dakwah dan menggelar diri mereka sebagai pendakwah, saya rasa artikel ini wajib dihayati. Kalau diri sendiri tidak mampu didakwah untuk meninggalkan aktiviti ber'couple' ini, kita dikira belum layak untuk berdakwah kepada orang lain. Sesuatu yang haq tidak boleh bercampur dengan yang batil ibarat minyak dan air.