Wednesday, March 20, 2013

TO PEMUDA~~

Assalammualaikum,




PEMUDA YANG BAIK HUBUNGANNYA DENGAN ALLAH ADALAH PEMUDA YANG MENGHUBUNGKAN HATINYA DENGAN MASJID - Ustaz Zainul Asri

Wednesday, March 6, 2013

HIDUP DI BUMI LAIN

Assalammualaikum,

Tadi terbaca status di mukabuku.

Ada orang marahkan orang yang tak sokong BN. Katanya, kalau tak nak sokong BN, jangan guna kemudahan yang BN bagi, duduk di negara orang lain...lebih kurang lah maksudnya setelah diringkaskan bebelannya yang panjang lebar.

OK, fine. Kalau orang tu tak nak pakai hukum Islam, tak nak ikut syariat Allah SWT, jangan makan dan minum rezeki Allah bagi, jangan hirup udara yang Allah bagi, jangan hidup di dunia yang Allah cipta...boleh??

Gunalah akal yang Allah SWT bagi kalau nak bercakap yer..

P/S: Undi saya tetap rahsia..

PRAY FOR SABAH#1

Assalammualaikum,

Tadi terbaca artikel di akhbar Kosmo. Tak sangka ada jugak cerita lawak pasal Sabah ni.

1# Nur Misuari, dia ni pemimpin MILF yang selalu digelar militan Islam di Filipina, dia bagi amaran pada pihak Malaysia supaya tentera "Sultan" Jamalul Kiram tu tidak dibunuh..

2# Kedutaan Malaysia di Filipina diserbu dengan para pendemonstrasi yang menuntut supaya Malaysia tidak menyerang tentera Sulu...

Dah nampak macam Malaysia pulak yang menceroboh padahal siapalah yang datang negara orang degan senjata selepas beratus tahun tiba-tiba kata Sabah tu tanah mereka. Memang lawaklah...Nenek moyang siapa yang gadaikan Sabah tu pada British?

Ini macam kes Israel dengan Palestin. Sudahlah Israel tu menceroboh tanah Palestin, dihalau dan dibunuh rakyat Palestin supaya dapat menubuhkan negara Israel. Bila ditentang, rakyat di tanahair sendiri dilabel sebagai pengganas. 

Sepatutnya, Nur Misuari dan para pendemo tu pergi nasihat si Sultan Kiram tu supaya berundur dari Sabah. Bukan pihak Malaysia yang cetuskan dulu isu ni. Di Sabah tu ramai keturunan Sulu tetapi masing-masing harmoni dan aman tinggal di Malaysia. Kenapa pulak rakyat dari Filipina nak menuntut Sabah yang sudah sekian lama jadi sebahagian dari Malaysia? 

Hope that it will end soon. 



Monday, March 4, 2013

PRAY FOR SABAH

Assalammualaikum,

Rasa tak tenang dengan kes pencerobohan di Sabah ni. Sekarang sudah merebak ke Tawau pulak. Kasihan sama rakyat di Sabah. Buat teman-temanku di sana, bertabahlah menghadapi ujian dari Allah SWT ini. Semoga ketegangan ini segera tamat. Takziah buat perajurit yang terkorban. Andai langkahmu ke medan juang itu untuk memperjuangkan agama dan kebenaran. InsyaAllah gugurmu sebagai syuhada. Allah lebih tahu kedudukanmu di sisiNya kelak.

Kerajaan Sulu itu adalah kerajaan Islam. Mengapa harus berperang sesama saudara seagama yang sama-sama mengucapkan dua kalimah syahadah. Sama-sama menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Sama-sama solat 5 waktu dan lain-lain. Kita satu iman, satu akidah. Sepatutnya di saat umat Islam Sunni dan Syiah bertelagah di Syria mengorbankan ribuan nyawa, di saat umat Islam di Palestin sehari-hari bermandi darah, di saat umat Islam Rohingya di Myanmar dihambat dengan peluru dan umat Islam di segenap tempat dituduh sebagai pengganas, diinjak-injak dan dipijak-pijak oleh golongan zalim, ita seharusnya bersatu membangunkan daulah Islamiyah.

Hanya kerana tanah yang tak seberapa di dunia yang sementara atas nama pangkat di dunia sahaja, sehebat mana pun kita bermain senjata, pasti tak akan dapat membalas pukulan Malailat Munkar dan Nakir di alam kubur kelak. Walau bergelar "Sultan", "Presiden", atau "Perdana Menteri",  sampai ajal akan dibenam ke dalam tanah juga...

Semoga Allah SWT tunjukkan kebenaran yang sejelas-jelasnya dan jatuhkan pihak yang salah dan menangkan pihak yang benar. Buat saudara segama yang terpesong dari kebenaran, semoga Allah SWT palingkan hatimu ke pangkal jalan.

LETS PRAY FOR SABAH AND ALL MUSLIMS