Thursday, April 22, 2010

REZEKI KITA DI MANA???

Bila baca Utusan Melayu secara online tadi, terpapar anak allahyarham Din Beramboi memegang replika cek RM100,000 hasil sumbangan daripada UMNO Selayang untuk dia melanjutkan pelajaran di Universiti Lim Kok Wing. Alhamdulillah, itu rezekinya.

Adik saya yang sedang belajar di Universiti Zaqaziq, Mesir dalam bidang perubatan dah masuk tahun ke-2 pun belum menerima mana-mana sumbangan daripada mana-mana pihak lagi sehingga ke hari ini. Adakah kerana adik saya bukan anak seorang artis, hanya anak kepada seorang ibu tunggal yang mempunyai 9 orang anak. Maka, permohonan bantuan kewangan yang dibuat oleh ibu dan adik saya kepada pihak biasiswa, baitulmal, zakat, syarikat-syarikat persendirian dan lain-lain sumber yang ada, masih belum diterima dan ada yang ditolak tanpa kompromi.

Agaknya, ibu saya perlu menjadi seseorang yang terkenal supaya mudah untuk adik-adik saya mendapat tajaan biasiswa mahupun mana-mana bantuan kewangan tanpa dipinta dengan susah payah...??? Tak perlu lagi turun naik tangga untuk bertemu dengan orang itu, orang ini, dan jawapannya nanti tetap sama. "Maaf, puan. kami tiada peruntukan untuk anak puan. Tapi kami punya peruntukan untuk anak-anak artis, anak-anak ahli kenamaan...".

atau

Mungkin, jika pilihanraya kecil diadakan di Pendang, pihak-pihak yang berkenaan akan berpusu-pusu datang menawarkan bantuan semata-mata inginkan publisiti murahan?


Cepat dan mudahnya manusia lupa bila diberi wang dan kuasa yang hanya pinjaman sementara. Kepada Allah saja kami berserah dan kepada Dialah kami memohon pertolongan.

Rezeki kita di mana?

2 comments:

  1. aku belajar kat uni zagazig ja la..bukan uni azhar cawangan zagazig..apa daa...bt malu ja..adik sendiri pon x tau..haha

    ReplyDelete
  2. heheh...ampun...ingatkan sama ja..dah betulkan dah..janganlah marahhhh

    ReplyDelete