Thursday, May 28, 2009

MUSIM PENGANTIN

Salam Khamis buat pembaca2 blog yang singgah mahupun tersinggah tanpa sengaja. Kita biasa dengar musim sejuk, musim panas, musim tengkujuh, malah musim durian pun kita biasa dengar. Tapi, dalam banyak2 musim ni musim pengantin la yang menjadi 'the hottest season'...musim terpanas setiap kali cuti sekolah menjelang tiba. Berderet2 kad jemputan kahwin singgah di peti pos rumah. Macam2 design dan warna. Awal bulan Jun ni saja, saya menerima 5 undangan majlis perkahwinan daripada kawan2 saya di pantai timur dan utara Semenanjung. Termasuk satu jemputan daripada sahabat suami saya di Terengganu dan satu jemputan daripada jiran perumahan saya yang saya tak kenali. Terima kasih sebab sudi menjemput kami sekeluarga. Bertindih2 harinya. Kalaulah saya ni ada 7 kembar, bolehlah saya bahagi2kan setiap seorang pergi ke setiap majlis tersebut.


Saya sudah berhajat untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat se-praktikum saya semasa di KMPP dulu di Ajil, Terengganu. Itu pun jika saya jadi pulang ke Jerteh, kampung halaman suami saya. Tetapi, disebabkan saya yang belajar di Pulau Pinang ini bercuti Sabtu dan Ahad, manakala suami saya yang bekerja di Kedah bercuti Jumaat dan Sabtu, jadi nampak gayanya tak tercapailah hajat saya itu. Minta maaf Ci-are..jangan marah ya!! Saya terfikir2 macam mana nak balas hadiah 'karpet' yang saya terima daripada Ci-are, Hana dan beberapa orang lagi kawan2 saya semasa majlis perkahwinan saya dulu. Minta maaf juga buat adik saya yang tak sebapa dan tak seibu, Safurah. Tak dapat juga hadiri majlis perkahwinannya di Johor dan di Terengganu atas sebab yang sama.

Sebut pasal hadiah 'karpet', terimbas kembali semasa beberapa hari sebelum majlis saya. Tiba2 saya dapat panggilan telefon dari Pejabat Pos di belakang rumah saya. Rupa2nya si pemanggil tu suruh saya pergi ambil barang yang dikirim atas nama saya di Pejabat Pos. Katanya, barang tu besar sangat sampai tak muat bakul motosikal posmen...hhehe...dah kalau 'karpet' yang dilipat2 memang tak muat lah bakul motosikal tu. Terima kasih banyak2 atas hadiah yang luar biasa itu. Biasanya orang beri hadiah gelas, set cawan dan lain2. Pertama kali, dapat hadiah 'karpet'...


Seronok kan bila rasa nak menjejakkan kaki ke alam perkahwinan. Kalau bagi perempuan, status nanti dah bertukar daripada Cik.. kepada Puan. Kalau lelaki kalau tak dihebohkan yang dia dah kahwin, sampai bila2 pun orang ingat dia tu single lagi. Bahaya tu...kan cik abang. Kahwin sekali saja seumur hidup jadi persiapannya walau meriah ala2 artis mahupun sederhana, semestinya mempunyai kenangan dan erti yang sangat bermakna buat pengantin. Tapi jangan sampai membazir dan tetamu jemputan pun jangan pula di kalangan orang2 senang saja, orang2 miskin dan susah sepatutnya lebih ramai dijemput. Lagi banyak keberkatan yang dibawa mereka kepada pengantin dan juga majlis nanti.


Majlis perkahwinan saya dulu pun ada kenangan yang tak boleh saya lupakan walaupun majlisnya sederhana saja. Semasa majlis perkahwinan di sebelah suami saya, pengantin lelaki iaitu suami saya diserang demam menjelang tengahari majlis berlangsung. Terpaksalah pengantin perempuan jaga pengantin lelaki dengan basahkan tuala dan letakkan di dahi pengantin lelaki. Tugas pertama saya sebagai isteri masa tu. Kelam kabut jugak lah. Selepas Zohor, baru berkurang bahang panas demam suami saya tu setelah berkali2 ditukar ganti tuala basah tu. Masa majlis pulak nak demam. Dugaan betul.


"Abang. Kenapa pengantin lelaki dalam gambar ni tak senyum? Masam je. Macam kena kahwin paksa..", saya menyoal suami saya yang mula faham perkataan 'pengantin lelaki' tu sebenarnya merujuk kepada dia.


"Kenapa gambar kawin kita dulu tak der pun aksi2 pegang tangan..??", soal saya lagi. Muncung mulut.


"Abang ni kan pemalu. Buat apa nak tunjuk2 kat orang...cukup la suami isteri saja yang tahu", jawab suami saya sambil tersenyum manja. Upss!! Pemalunya suami saya ni. Isteri dia pulak yang tak malu. Cukuplah sekarang saya sudah mengenali suami saya dan perihal sifat pemalunya tu. Semoga anak2 kita bila besar nanti tak komen banyak melihat gambar kahwin kita, kan abang.


Gambar hanya cebisan kecil daripada kehidupan sebagai suami isteri. Kehidupan selepas perkahwinan itu adalah realiti yang sebenarnya. Lebih banyak dugaan akan datang menguji kesabaran dan kesetiaan setiap suami dan isteri. Jika bijak menyelusuri onak dan duri bersama pasangan, perkahwinan akan menjadi seperti syurga dunia tapi jika sebaliknya perkahwinan boleh juga menjadi neraka dunia. Persefahaman, tolak ansur, kepercayaan, kesetiaan, kesabaran antara kunci kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Kadang-kala perlu beralah, kadang-kala perlu berkorban demi menjaga hati pasangan.


Sebagai isteri, saya tidak mengharapkan balasan mahupun ganjaran daripada suami atas segala tanggungjawab yang saya laksanakan. Cukuplah kasih sayangnya yang tak berkurangan dan pudar biar pun usia dimamah waktu dan muka saya dah kedut seribu. Kata2 daripada seorang sahabat saya cukup menyentuh hati dan menyedarkan saya, "Aku seorang isteri, ingin mentaati dan berbakti, terus-menerus kepada suami, sehingga diri dipanggil menghadap Ilahi".


Suasana riang tadi tiba2 jadi sayu. Ting tong! Sekadar pesanan buat isteri2 dan suami2. Suami dan isteri itu adalah cermin buat pasangan masing2. Sepertimana sifat dan perilaku samada baik mahupun buruk seorang suami begitu jugalah isterinya dan sebaliknya. Tiada siapa yang sempurna. Kekurangan yang tidak dikeji dan kelebihan masing2 yang perlu dirai dan dihargai.


Ucapan Selamat Pengantin Baru buat sahabat2 saya Hamsiah a.k.a Ci-are & pasangan, adik Siti Safurah & Yusri, Kak Nurul Salwa & pasangan, Noor Halawati & pasangan, dan Atiqurrahman & pasangan. Tahniah buat sahabat seperjuangan saya Hamidah kerana sudah bergelar isteri 1 Mei yang lalu dan buat Norhana & Peja. Semoga Allah melimpahkan keberkatan buat kalian. Jadilah isteri da suami yang terbaik buat pasangan.


Ya, Allah...
Jadikan daku seorang isteri
yang menjadi penyejuk mata
dan penawar hati seorang suami

Ya, Allah...
Jadikan daku seorang isteri
yang akan mendampingi suamiku
di akhirat nanti



Sebelum berkahwin, syurga saya di bawah telapak kaki ibu. Sekarang, syurga saya di bawah telapak kaki suami

No comments:

Post a Comment