Friday, May 22, 2009

SELSEMA ABI VS IBU


Alhamdulillah a'la kulli hal atas setiap detik yang berlalu dengan ingatan dariMu...


Penyakit baru datang lagi. Dulu, kita dikejutkan dengan Chikugunya (sepupu sepapat Denggi sebab datang dari nyamuk yang sama iaitu nyamuk Aedes). Sekarang, penyakit Swine Influenza pula atau nama kampungnya Selsema B**i datang menjengah kita. Mungkin ini sebagai peringatan buat kita umat manusia atas segala maksiat dan kemungkaran yang kita lakukan tak henti2 di muka bumi.


Kalau kita fikir2kan, hiburan semakin berleluasa dengan penganjuran konsert demi konsert malah, hiburan realiti TV yang rancak saban waktu tanpa mengambil kira natijah yang bakal menimpa kita. Biarpun fatwa haram telah dikeluarkan terhadap konsert yang melalaikan muda-mudi dan menggalakkan perbuatan zina di kalangan mereka, namun pandangan ulamak dewasa ini seolah-olah menyiram air di daun keladi. Lebih banyak ditentang daripada diikuti. Wanita Islam pula lebih mengikut arus fesyen yang semakin memodenkan agama daripada peraturan agama. Lebih banyak yang terbuka daripada yang dilitupi. Lebih banyak yang ketat daripada yang longgar. Lebih banyak yang singkat dari yang labuh. Semuanya kerana ingin menjadi muslimah moden.



Akhirnya, bukan kita yang mengikut agama tetapi agama yang perlu mengikut kita. Na'uzubillah..Murka daripada Yang Maha Mencipta agama itu sendiri bila mana tangan2 manusia begitu teruja untuk mengubah ciptaanNya mengikut dunia yang hanya sementara. Mungkin, kejadian tsunami di Acheh 2006 dulu hanya sekadar menjentik hati umat manusia untuk sedar dari kelalaian. Jadi, penyakit2 pula diturunkan sebagai tambahan ingatan kepada manusia yang selalu lupa.



Bercakap pasal penyakit ni, minggu lepas, suami saya terpaksa menahan bahang kepanasan badan akibat demam. Ditambah lagi dengan lenguh2 belakang yang menyengat, sakit tekak, selsema dan batuk sikit2. Memang secukup rasa. Hasilnya, lesung tumbuk di rumah terpaksa menggalas tanggungjawab menjadi tungku buat mengurangkan rasa lenguh2 yang teramat sangat itu. Kesian abang. Tiba-tiba pengalaman saya bertungku semasa berpantang bersalin tempoh hari datang menjengah ingatan. Apabila diperiksa oleh Dr, sakit itu cuma demam biasa bukan penyakit yang menggerunkan itu. Lagipun, suami saya ke luar negeri pun sekali sekala, inikan pula luar negara. Hari ini, akibat tidak memakai topeng muka, saya pula diserang selsema, sakit tekak dan batuk2 manja (sikit2) dari abang. Uhuk2...Syukur jua buatMu, ya Allah.


Penyakit juga rahmat daripada Allah SWT sebagai medium untuk menguji kesabaran dan keimanan kepadaNya tatkala ditimpa musibah sebegini. Berapa ramai dari kita yang apabila ditimpa sakit, kita tetap bersyukur dan redha dengan ujianNya dengan tawakal dan sabar. Namun, berapa ramai dari kita yang mengeluh, merintih dan menyalahkan takdir atas ujian yang menimpa. Ganjaran pahala buat mereka yang bersabar menanggung penderitaan. Doa saya semoga penyakit yang menyerang saya ini cepat2 sembuh dan semoga saya dan keluarga serta teman2 dilindungi daripada penyakit yang berbahaya. Mungkin sakit ini sebagai ingatan dan kafarah dosa dariNya atas kesalahan yang saya telah lakukan secara sedar atau tidak. Semoga Allah ampuni dosa2 saya, suami, keluarga dan teman2.



Kata Ust. Farid Ravi dalam program Halaqah minggu lepas yang membincangkan tentang Selsema B**I, banyakkan berdoa pada Allah semoga kita dijauhkan daripada terkena penyakit tersebut kerana doa itu senjata orang2 mukmin. Syafakumullah...



ubat oh ubat, kenapa engkau pahit...macam mana aku tak pahit, kan aku ni ubat bukannya cekelat..uhuk3











No comments:

Post a Comment