Saturday, August 20, 2011

NETWORKEDBLOGS


Saya ni bukannya expertise dalam teknologi, komputer, gajet dan sebagainya. Suatu hari, adik saya invite untuk join Networkedblogs (NB) dalam Facebook (FB). Sambil menggaru kepala, apa kejadahnya pulak ni? Di atas ketidaktahuan itu, saya abaikan jemputan. Saya malas nak layan perkara yang tidak menjamin sesuatu pulangan di masa akan datang (cewahhh...pulangan duit ker maksudnya?). Tapi, minggu lepas saya terserempak lagi dengan perkataan NB ni. Saya pun try tengok orang-orang yang dah join. Nampak macam menarik, tertarik, kau memang deboooom...Jadi, saya dapat simpulkan dalam bahasa kefahaman saya sendiri (malas nak google cari definisi), NB adalah satu ruang untuk kita dekatkan para penulis blog kepada alam maya di FB, sebagai contoh (kalau silap pemahaman sila betulkan). Saya pun join dan hasilnya adalah seperti di sebelah kanan blog saya. Tengok, ramai kan follower saya....ngeh..ngeh..ngeh..sambil tersenyum kambing...

Takkan tak faham kot...aiseyman..

Hati saya tiba-tiba bersuara, penulis yang ikhlas takkan mengharapkan ramainya pengikut di blognya atau pujian orang kepada apa yang disampaikannya.

OK. Kalau nak nampak ikhlas, klik butang follow dalam hati saja yer..

Saya ingat suatu ketika dulu ada seorang ustaz kata begini, perkataan Imam yang diletakkan pada nama Imam Syafie, Imam Hambali dan sebagainya itu adalah kerana mereka mempunyai pengikut. Jangan risau, kalau anda menjadi pengikut saya tak semestinya saya akan menjadi imam satu mazhab baru di blog ni. I am so aware of that. Walaupun saya ni lemah teknologi, tak bermakna saya juga lemah ilmu agama tapi tak bermakna ilmu agama saya tinggi juga.

Faham-fahamkanlah....



7 comments:

  1. haha.. lawak2

    kalo camtu saya nak unfollow balik la.. baru nampak ikhlas.. saya duk baca ja blog nie sbb akak taip berdasarkan pemikiran sendiri.. saya x suka sangat benda copy n paste nie hehe

    .. chat box tu dah buang, kena la komen kat sni..

    kadang2 ada ja silent reader, depa x mau tunjukkan yg depa baca blog kita, tp kita dapat tau jugak sbb bila x update depa duk tanya2 plak.. hehhee

    ReplyDelete
  2. adik aisyah khadijah (nama sebenar ke bukan):

    kalau tarik balik tu namanya buruk siku hehe

    chatbox terpaksa buang sbb dah nampk serabut blog ni

    silent reader tu harap2 ikhlas la membaca hehe

    ReplyDelete
  3. hehe.. diorg ikhlas kot :p

    bukan nama sebenar, insyaAllah nama bakal anak perempuan pertama :)

    ReplyDelete
  4. insyaAllah, akak tolong aminkan..

    teringat pulak kisah akak hehe just nak kongsi..

    dulu pun macam awak jugak idam nama anak 'Ziyad', kuasa Allah SWT akak dpt suami namanya mula dgn huruf Z..so aka terus guna nama tu bila dpt anak..dh umur 2 thn 6 bln

    saja nak bercerita, nak bagi semangat heheh

    ReplyDelete
  5. ooo.... x sangka saya akan tahu sejarah nama anak akak si Ziyad :)

    Saya kenal anak akak, cuma x pernah jumpa jer... hehehe :D

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah, mungkin kita akan jumpa suatu hari nanti

    ReplyDelete
  7. kalau terserempak di tepi jalan (kalau tengah jalan kena langgar kereta pulak) tegur-tegur akka yang pemalu saaaangaaatttt ni yer hehe

    ReplyDelete