Thursday, June 18, 2009

STRESS = EAT A LOT


Betulkah pemakanan kita berkait rapat dengan stress yang kita hadapi? Ada orang bila stress, tak lalu nak makan. Tapi ada orang bila stress lagi banyak yang dia nak makan. Anda di kategori yang mana? Tepuk dada tanya kepala dan selera...Rosak peribahasa.

Yang pasti saya tergolong dalam golongan orang yang bila stress lagi banyak yang saya makan. Tapi, bersyukur sangat sebab makanlah sebanyak mana pun (tolak batu, kayu, besi) berat badan saya susah nak bertambah. Sebelum kahwin berat saya dalam lingkungan 44-45 kg sahaja. Tak lebih daripada julat tersebut. Selepas berkahwin, berat saya maintain 48 kg sahaja. Semasa mengandung yang paling terasa pertambahan berat badan sampai mencecah maksimum 62 kg (9 bulan mengandung). Selepas bersalin, 50 kg sahaja berat saya. Tapi saya memang suka berat badan saya bertambah. Taklah orang nampak dari jauh saya ni ibarat papan lapis yang sedang berjalan..huhuhu

Kalau diikutkan dengan tinggi 5 kaki 3 inci dan berat 50 kg ni, saya ni dah boleh kot jadi model busana muslimah. Berangan....Itulah satu sebabnya kenapa setiap kali saya stress saya akan makan. Betulkah cara saya mengawal stress saya ni? Terpulang pada diri masing2.

Kata seorang teman saya F (bukan nama sebenar), "Ai, gemuklah saya macam ni setiap kali stress ajak saya makan".

Dia merungut dulu tapi setiap kali saya ajak dia makan, dia termakan juga ajakan saya itu. Kononnya teman saya tu nak berdiet tapi makan petang tak pernah miss...hehe. Satu panduan yang saya dapat dari seorang misi (nurse) semasa saya selalu buat check up baby dalam perut kat klinik berdekatan. Kalau nak diet jangan sampai tak makan, tapi makan dengan kerap dalam kuantiti yang kecil.

8.00 pagi: Sarapan
10.00 pagi: Cicipan/Kudapan (betul ke term ni??)
12.00 tgh: Makan tengahari
3.00 ptg: Makan/Minum petang
7.00 mlm: Makan malam
10.00: Minum susu

Selepas pukul 10 malam dinasihatkan tidak mengambil sebarang makanan lagi. Begitulah panduan yang misi tu tuliskan untuk saya yang bukan saja boleh digunakan untuk ibu2 mengandung tapi juga untuk2 anda2 yang nak berdiet. Cara seperti ni saya kira lebih selamat daripada kita menggunakan ubat-ubatan yang ada kesan sampingan pula selepas mengamalkannya. Control what you eat. Ini pesanan untuk orang lain termasuk suami saya yang merungut berat badannya dah naik mendadak. Yang paling ketara perut lah. Tak apa lah abang...itukan tandanya suami saya ni bahagia beristerikan saya (isu ini akan saya post kemudian dalam posting saya seterusnya).

Berbalik kepada tajuk posting, setiap daripada kita punyai cara trsendiri untuk menangani stress masing2. Asalkan cara itu tidak menggugat kesihatan dan diri, apa salahnya diteruskan. Mujurlah saya bukannya seorang yang emosi. Bukan seorang yang asyik nak menagis bila dilanda stress. Kadang2 saya buat tak tahu jer. Be positive! Itulah kuncinya supaya tak diserang penyakit murung. Bahaya tu lebih2 lagi pada ibu2 yang mengandung dan selepas bersalin. Boleh dapat post natal depression (baru belajar term ni dari F semasa makan tengahari tadi).
Pendek kata, lumrahlah dalam kehidupan sekiranya kita sentiasa dilanda masalah dan stress. Cuma jangan terlalu memikirkan masalah sampai stress yang teramat sangat. Bila saya renung ayat di bawah:

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)

Terasa lega hati. Stress pun kurang.....ibarat dibawa pergi angin sepoi2 bahasa. Masalah itu datang daripadaNya, jalan keluar daripada masalah pun datang daripadaNya. Kemarau takkan berpanjangan, hujan akan turun juga nanti. Begitulah analoginya. Jangan cakap pula sekarang ni El Nino, panjanglah kemaraunya..bila hujan nak turun??? Panjanglah nak bercerita nanti.
Menaip di blog ni pun salah satu cara nak kurangkan stress. Bila saya luahkan apa2 yang tersirat di kepala dalam bentuk penulisan, rasa ringan kepala dan otak. Setiap orang ada cara masing2. Buatlah yang termampu. Jangan benda2 yang Allah larang sudah. Kat dunia hilanglah stress, tapi kat akhirat nanti stress kuasa infinitilah jawabnya.

BE POSITIVE!!!

Projek oh projek........!!!!

p/s: bila dah taip panjang2 dan publish post, perenggan pula hilang...menambah stresssssssssssss

No comments:

Post a Comment