Tuesday, June 5, 2012

BIAR PAPA ASAL BERGAYA?

Assalammualaikum,

Biar papa asalkan bergaya..
Duit poket tak cukup tak apa...
Hutang berjela...
Buat-buat lupa...

Tiba-tiba pulak teringat lagu Senario ni. Adeh...

Sejak-semenjak tinggal di bandar Kajang ni, saya pun dah makin faham tabiat orang bandar.Pastilah banyak bezanya kalau nak dibandingkan dengan di kawasan luar bandar kan.

Pertama, dari segi pemakaian. Dulu semasa tinggal di Pulau Pinang, Sungai Petani, Pendang, pandangan fesyen tu biasa-biasa saja. Ada juga yang bergaya terutamanya sesetengah pelajar di tempat saya menuntut ilmu dulu tapi biasa kalau bergaya lebih-lebih memang sah la kena kutuk kaw kaw dengan mata yang memandang. Fesyen tak kena tempat. Bila dah tinggal sendiri di bandar yang dekat dengan KL ni, macam-macamlah fesyen pelik yang saya lihat. Ni gara-gara obses dengan fesyen atau artis. Apa artis pakai semua nak ikut. Sampai dah naik pening kepala tengok. Encik suami pun kadang-kadang geleng kepala. Mujur isterinya berfesyen di rumah sahaja. Yalah, orang sekarang pentingkan fesyen dan pandangan orang daripada sunnah, syariah dan pandangan Allah. Bukannya tak tahu hukum tapi terlalu taksub nak bergaya kerana pengaruh media massa.

Kedua, dari segi teknologi seperti handphone. Di sini, geng-geng Bangla, Indon dan seangkatan dengannya tu pun dah ramai pakai handphone touch screen tak kira jenama apa. Saya rakyat Malaysia ni mampu pakai handphone biasa jer. Diorang lagi kaya hehe...Even, my students (tuisyen) pun pakai Blackberry, iPhone, Galaxy. Umur baru 12 tahun dah pakai Galaxy kot, sentap jantung cikgu. Gaji ribu riban mak ayah diorang ni. Adeh, jangan anak-anak saya pun nanti macam tu. Makan nasi dengan kicap jer lah hari-hari. Anak saya pun dah pandai main game Angry Bird kat handphone mak sedara dia jenama Galaxy harga ribu-ribu tu. Malas ibu nak pakai handphone canggih-canggih ni kalau anak pun dah mula nak main game. Mengabiskan duit jer. Saya sangat berkira duit untuk membeli handphone canggih-canggih yang harga lebih dari 200 ke atas, harap maklum. Lainlah kalau encik suami yang belikan hehehe...(ceh, teringin jugak). Lebih baik pergi makan kat kedai sedap-sedap. Telefon ni asal boleh mesej dan telefon dahlah, syukur alhamdulillah. Tak canggih pun tak apa. Ada orang tengok handphone pun tak pernah. Teknologi oh teknologi..kalau dikejar memang lingkuplah duit. Last-last, duit nafkah kat isteri, anak-anak, mak ayah di kampung yang terbengkalai sebab nak bergaya punya pasal. Itu tak cerita bab kereta lagi...adoiii..

Ketiga, penggunaan kad kredit. Tak payah cakap banyak, orang bandar memang suka guna kad kredit. Ate, orang kampung takkan nak pakai kad kredit pergi pasar. Tak pasal-pasal kena hambat balik. Pergi hypermarket, stesyen minyak, kedai makan, semuanya dibayar dengan kad kredit. Kad kredit kalau dijadikan budaya boleh merana jiwa dengan hutang-piutang, bayaran servis dan macam-macam kos tersembunyi di sebaliknya. Adik saya terpaksa bayar hutang berpuluh ribu sebab kad kredit. Itu pun dia guna untuk tempah/beli tiket kapal terbang dari Sarawak balik ke Semenanjung dan sebaliknya.

Cukuplah saya senaraikan tiga perkara tu melalui pemerhatian yang dilakukan. Hidup di mana-mana pun yng paling kita ikut resmi ikan. Biar pun berenang di laut masin tapi daging tetap tawar. Hidup mesti ada pendirian. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Kalau gaji sebesar kancil janganlah berbelanja sebesar gajah. Kalau kita kaya sekalipun, ingat Allah tidak memberi harta supaya kita menunjuk-nunjuk. Hiduplah sekadarnya dan sentiasalah mendekat kan diri denganNya.

Kalau dulu semasa pakai kereta Wira rajin juga ke surau/masjid solat berjemah, dengar kuliah ilmu, sekarang bila dah pakai Nissan Livina kenalah lebih rajin lagi ke masjid, kuliah agama supaya kita tak menjadi orang yang kufur nikmat.

Orang yang bersyukur Allah akan tambah lagi nikmat tapi orang yang kufur azab Allah sangatlah pedih....renungan bersama.

4 comments:

  1. Sudah tukar kereta ka? Hehe..
    Relevan x tanya soklan tu utk tajuk di atas? Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, dah tukar kereta..itu pun terpaksa sebab kereta KAH ni dah uzur sgt dah x leh pergi jauh2...

      Delete
  2. Replies
    1. ya ka naimah? pakat jd spiderman..blog bersawang2

      Delete