Thursday, January 5, 2012

REZEKI TAMBAHAN?


Assalammualaikum semua,

Sejak habis belajar secara rasminya pada bulan September 2011 yang lepas, saya masih lagi menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, di samping menjalankan bisnes separuh masa sebagai freelance translator. Alhamdulillah, ada juga sambutan. Jatuh cinta pulak dengan bidang yang baru diceburi ni. Allah yang izinkan...

Bukan tak nak kerja, memang dah banyak kerja yang saya cuba mintak tak kiralah pensyarah, engineer dan sebagainya yang memenuhi kelayakan samada dengan menghantar resume atau apply secara online. Tapi, tak ada satu pun yang sangkut. Semuanya dengan izin Allah juga, mungkin ada hikmah disebaliknya.

Saya tak putus asa. InsyaAllah rezeki tu pasti ada cuma lambat atau cepat saja. Maklumlah, hidup di bandar separa metropolitan, kos sara hidup pun semakin tinggi, jadi kenalah cari sumber pendapatan lain selain pendapatan bulanan suami.

Tapi, nampaknya kerja secara separuh masa (istilahnya part-time) lebih berpihak kepada saya. Tahun lepas (macam dah lama pulak padahal tak sampai lagi sebulan masuk tahun baru) saya dapat offer dari Kumon sebagai part-time marker. Itu pun selepas beberapa bulan cubaan saya menghantar permohonan. Saja nak cuba. Tak sangka dapat pulak. Dekat saja dengan rumah tapi terpaksa ditolak setelah berbincang panjang lebar dengan suami. Selain gaji yang agak kurenggg, masa kerja pun agak tak sesuai untuk seorang ibu yang beranak dua seperti saya.

Dugaan...saya redha mungkin ada rezeki lain Allah nak bagi. Suatu hari, entah macam mana saya bagaikan dapat petunjuk untuk mulakan bisnes terjemahan sambil buat sedikit pencarian berkenaan hal ini di internet. Bisnes macam ni memang dah banyak tapi saya ambil keputusan nak cuba dengan promosikannya pada kawan-kawan dan alhamdulillah dapat sambutan. Adakalanya tak menang tangan. Semuanya dengan izin Allah juga...

Baru-baru ni, saya ditawarkan kerja sebagai kerani sambilan di sebuah pusat tuisyen yang baru dibuka berhampiran rumah saya. Itu pun sebab saya hantar resume untuk memohon jadi cikgu tuisyen di situ tapi katanya dah penuh. Saya terpaksa tolak juga tawaran dan berikan kepada adik saya yang baru habis belajar di UUM. Rezeki dia rupanya...

Tapi, Allah ganti rezeki saya dengan tawaran jadi cikgu tuisyen subjek Kimia pulak di situ. Alhamdulillah, rezeki lagi. At least boleh tambah pengalaman. A stepping stone for me to be what I wish to be in the future...

Mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya. Sikit atau banyak rezeki bergantung kepada keberkatan. Kalau banyak tapi tak berkat, tak kan pernah cukup rezeki tu. Meski sikit tapi kalau berkat, sentiasa cukup walaupun belanja tak pernah surut. Semuanya dengan izin Allah SWT. Dialah Yang Maha Memberi Rezeki. Kita hanya berusaha sebagai hambaNya.

Bahagianya hidup kerana Allah...



No comments:

Post a Comment