Salam ulangtahun wahai kekasihku
Terima kasih Ya Allah atas pertemuan yang terindah ini dengannya
Terima kasih buat ayahanda dan bonda mertua
kerana melahirkan dan mendidik anakmu ini menjadi seorang yang baik budinya
Semoga cintaku padanya tidak mengatasi cintaku padaMu dan RasulMu
dan tidak melebihi cintaku pada agamaMu yang tulus ini
Selamat ulangtahun sahabat baikku dunia dan akhirat
6 tahun kita bersama
Disatukan dengan ijab qabul yang mulia
Mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta
Dua hati disatukan dengan iman dan takwa kepadaNya
Semoga cinta kita bersatu demi meraih cintaNya yang paling utama
Wahai suamiku
Buah hatiku
Semoga Allah SWT jadikanmu suami yang pengasih dan penyayang
Menjadi abi yang terbaik buat zuriatmu
Mendidik zuriatmu menjadi penyambung mata-mata rantai perjuangan Rasulullah
Ya Allah, berilah kekuatan buatnya
supaya dapat memimpin tanganku dan zuriat kami menuju syurgaMu
Andai dia salah, berilah petunjuk, hidayah serta hikmah
untuk membetulkan salahnya
Salam ulangtahun yang ke 30 buatmu pendampingku,
Bertambah satu angka dalam hidup
bermakna semakin dekat kita menuju pengakhiran
Semoga hidup kita sekeluarga penuh berkah
dengan amalan yang tak putus-putus buat al-Khaliq
Semoga Allah memilih kita untuk mencintai ilmuNya
menjadi hamba yang sentiasa mengimarahkan rumahNya
dan sentiasa berada dalam halaqah taman syurga
Ibarat kata Imam Nawawi buat si isteri,
Kalau hilang cinta si isteri pada Allah,
hilanglah cintanya juga pada si isteri
Mencintai Allah dan Rasul matlamat utama pernikahan kita
Semoga ianya terpahat kekal dalam hati dan sanubari
Buat ingatan bersama
Salam ulangtahun kelahiran imamku Zarizi a.k.a Abu Ziyad
Happy 6th wedding anivessary
Hadirmu melengkapkan sisi ketidak sempurnaan isterimu ini
Ummu Ziyad
28/8/13
21 Syawal 1434
9.56 am
“beri hatimu hanya untuk ALLAH, pasti ALLAH temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya untuk ALLAH, pasti ALLAH aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya”
Wednesday, August 28, 2013
Wednesday, August 21, 2013
DAH 6 TAHUN
Assalammualaikum,
19/8/13
Genaplah 6 tahun usia perkahwinan saya dan Tok Imam saya. Anak pun dah 3 orang. Kalau ikut KPI (Key Performance Index) untuk keluarga kira berjayalah tu kan..
Yang lawaknya, bila sampai ja tarikh 19 Ogos tu, dua-dua orang buat tak tahu, masing-masing tak ingat. Bila bukak Mukabuku ada reminder sebut Annivessary..barulah teringat. Bila bagitau kat Tok Imam, nah haih dia baru teringat..Itulah penangan 6 tahun kahwin, ulangtahun perkahwinan pun boleh ingat-ingat lupa. Bukan tak ingat tarikh nikah tapi tak sedar tarikh tu dah tiba. Ni kes banyak sangat makan ketupat kot hehe..Apa kaitan? Semalam baru berkesempatan buat acara makan-makan sambut ulangtahun dengan anak-anak di kedai makan.
Alhamdulillah 'ala kulli hal..
Dalam 6 tahun bersama ni, banyak suka dan duka kami tempuhi. Dari tinggal berasingan hampir setahun dok jarak jauh dari Penang-Terengganu, kemudian suami pindah ke Penang menyewa di rumah flat kos rendah, pindah ke rumah teres 2 tingkat, pindah Sungai Petani dan kemudiannya pindah Kajang. Tok Imam pun dari saiz M dah jadi saiz XL, bidadari dia saja yang maintain saiz. Jimat duit Tok Imam nak beli korset ker ubat pelangsing bagai..haha
Semoga kasih sayang yang terbina akan berkekalan hingga ke syurga. Cinta pada Allah akan menjadikan kita cinta pada makhlukNya...:)
Jangan lupa doakan saudara kita di Mesir, Syria, Palestin dan seluruh dunia. Mereka berjuang menegakkan agama Islam di sana, ramai yang sudah tidak dapat menyambut ulangtahun perkahwinan bersama yang tersayang
PLEASE, PRAY FOR THEM
Friday, July 19, 2013
POLIGAMI
Assalammualaikum,
Poligami tu memang sakit. Sakit hati, sakit jiwa dan sakit kepala.
Semalam, pakat heboh d FB. Ashraf Muslim kahwin lagi. Adoyaii...Tiba-tiba, puisi indah dishare serata tempat hasil nukilan si isteri katanya. Sangat indah. Menusuk hati untuk tumpang bersedih. Ramai tak puas hati. Hari ni dapat tahu nukilan itu bukan dari si isteri tapi teman karib si isteri. Bulan-bulan puasa ni pakat dapat dosa free dok mengumpat.
Penangan orang terkenal kan. Lupa, dia pun manusia biasa. Sebab musabab hanya Allah SWT saja yang tahu. Poligami tu tak boleh ditentang sebab ada manfaatnya kenapa Islam benarkan. Kalau tak mau bermadu, si suami patut dihalang.
Tapi, kalau kahwin di Siam macam mana nak halang kan. Kahwinlah empat pun kalau seorang lelaki itu mampu tapi harus ingat, kalau berkahwin rahsia begitu. Yang akan menjadi susah di kemudian hari adalah isteri dan anak-anak yang bakal lahir nanti. Soal harta pusaka tak payah cerita. Adik-beradik kandung pun sanggup berbunuhan. Kahwin lah kalau dirasakan diri tak mampu menangung godaan. Sebab itu kahwin kena hebahkan bukan sorokkan. Tapi harus diingat, kahwin bukan sebab nafsu tetapi sebab nak dekat diri, isteri dan anak-anak dengan Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.
Ramai lelaki kahwin dengan niat mengikut sunnah tapi di pertengahan jalan membiarkan isteri dan anak-anak tenggelam tanpa didikan. Seorang isteri pun dia tak mampu jaga rohani dan agama, jangan berani nak pimpin wanita lain. Pimpin yang satu tu dulu ke jalan syurga bersama anak-anaknya. Barulah pimpin yang kedua, ketiga dan seterusnya.
Saudara,
Ada terfikir nak kahwin lagi? Fikirkan bebanan dosa yang kamu perlu pikul kalau seorang isteri pun kamu tak mampu didik agamanya. Seorang isteri pun nafkahnya tak mampu diberi. Nafkah batinnya tak mampu dipenuhi. Janganlah berani nak berpoligami.
Jangan salah faham. Saya bukan anti-poligami, saya anti suami yang poligami tapi tak adil pada isteri.
Nabi Muhammad SAW setia dengan Saidatina Khadijah r.a sehingga ke akhir hayatnya. Hanya Saidatina Aisyah r.a satu-satunya gadis yang dikahwini baginda selepas kewafatan Khadijah r.a, yang lain adalah janda.
Rasulullah SAW teladan yang terbaik perlu dicontohi. Takkan ada manusia yang lebih adil selain baginda :)
SOPAN SANTUN
Assalammualaikum,
Hari ni dah masuk 10 Ramadhan, bermakna fasa pertama Ramadhan dah sampai ke penghujung. Esok dah masuk Fasa kedua Ramadhan. Apa khabar Iman kita hari ini? Satu-satunya bulan Islam yang mana semua umat Islam hafal tarikhnya dan siap hafal waktu solat terutamanya waktu Maghrib dan Subuh.
Sopan santun.
Dalam bulan Ramadhan, ramai berubah jadi sopan santun. Yang tak bertudung mula berselendang, yang pakai ketat mula berbaju kurung. Yang tak pernah jejak kaki ke masjid pergi solat terawih. Alhamdulillah, permulaan yang bagus, semoga boleh istiqamah menjdi lebih baik untuk bulan-bulan akan datang.
Ingat! Allah SWT bukan berada dalam bulan Ramadhan saja tau. Dia berada di sisi kita setiap masa melihat kita dan amalan kita.
Sopan santun bukan hanya dalam bicara dan tutur kata. Sopan santun juga boleh diaplikasi di jalan raya. Orang Malaysia ni agak jaguh dalam memandu melalui pemerhatian saya. Selit sana, selit sini, selit sinun. Kita yang memandu dengan penuh berhemah ni naik terkejut beruk kadang-kadang.
Saudara/saudari,
Gunalah lampu isyarat kiri dan kanan tu dengan baik yer. Kalau nak mencelah jangan masuk saja. Kalau terlanggar kan dah berbalah. Sopan santun la yer...Nak masuk jalan kiri, bagilah signal kiri, nak masuk kanan bagilah signal kanan. Bila ada kenderaan yang bagi signal nak ke kiri janganlah kita yang berada dibelakangnya memecut laju ke depan. Kalau terlanggar macam mana? Bagilah laluan.
Buat baik ni bukan tunggu pergi masjid saja tau. Kat jalan raya pun kena buat baik. Barulah selamat perjalanan. Jangan lupa baca doa naik kenderaan. Kita nak Allah SWT yang jaga kita sepanjang perjalanan kan.
Wednesday, July 17, 2013
IHYA RAMADHAN
Assalammualaikum,
Nak share sedikit harap bermanfaat.
Ustaz Ebit Lew, Auditorium Kejuruteraan, UPM Serdang
"Andai Rasulullah SAW ada dengan kita" - tajuk lebih kuranglah..hehe
1. Pernah kerajaan Rom menghantar perempuan cantik dengan tujuan nak goda sahabat-sahabat Nabi SAW dalam perang tapi akhirnya pulang mengadap Raja dengan hampa sebab sahabat-sahabat Nabi bukan setakat tak pandang, jeling pun tidak..kalau pemuda kita hari ni?
2. Rumah Nabi SAW sangat kecil sampaikan kalau Baginda solat terpaksa kais kaki Saidatina Aisyah r.a yang sedang tidur
3. Anak-anak Rasulullah SAW semuanya meninggal ketika Rasulullah masih hidup kecuali Fatimah
4. Saidatina Zainab anak baginda yang paling banyak berkorban untuk agama. Umur 10 tahun, dia sentiasa bawakan air dan kain untuk ayahandanya dan menjaga baginda
5. Rasulullah SAW sangat sayangkan Hasan dan Husin cucu baginda, kepada mereka berdualah ditumpahkan kasih sayang kerana anak lelaki baginda semuanya meninggal ketika masih kecil. Pernah suatu ketika Rasulullah mendapat perkhabaran yang kedua cucunya itu akan meninggal akibat diracun dan dipancung kepala. Saidatina Fatimah menangis ketika mendapat tahu hal itu, Fatimah menyuruh ayahnya mendoakan cucu-cucu baginda tapi baginda kata nak simpan doanya itu untuk umat baginda
6. Rasulullah lahir dari keturunan Nabi Ibrahim
Pesan ustaz, jadilah orang yang bersungguh menjaga agama sebab baginda dan sahabat-sahabat dah bersusah-payah dan berkorban nyawa nak sampaikan Islam kepada kita. Tak malukah kita di akhirat nanti untuk minta pertolongan daripada Rasulullah SAW kalau kita tak menjaga agama kita?
Kalaulah Rasulullah bersama kita hari ini, alangkah sedihnya baginda kerana umatnya yang disayangi sudah jauh dari menjaga agama...
Allah tak memerlukan kita untuk menyembahnya tapi kitalah yang perlukan Allah dalam hidup kita...

Thursday, June 20, 2013
ISTERI KUAT MEMBEBEL
Assalammualaikum,
mulut seorang wanita ni memang ada link dengan hati,
kalau ada apa-apa yang terdetik di hati memang laju keluar di mulut,
tak boleh nak pendam,
banding anak lelaki dengan anak perempuan,
anak perempuan lagi banyak mengomel,
sebab itu ramai perempuan update status di mukabuku,
nak cerita tak ada orang nak dengar,
alam mayalah medan luahan hati,
kadang-kadang ngomelan perempuan dikatakan bebelan,
suami sakit telinga, anak sakit hati,
Pernah suatu hari,
seorang lelaki datang berjumpa Saidina Umar al-Khattab khalifah di masa itu,
datang membawa masalah isterinya yang kuat membebel,
hajat di hati mahu meminta pandangan si khalifah,
ketika berjumpa Umar al-Khattab rupanya dia juga dibebel oleh isterinya,
si khalifah hanya diam,
tiada sebutir kata diluahkan untuk menangkis bebelan,
lelaki itu tertanya-tanya,
kenapa sang khalifah tidak saja membalasnya,
ujar Amirul Mukminin yang bijaksana,
"Apa salahnya membiarkan isteriku membebel,
dia yang menjagaku, anak-anakku, rumahtangga kami,
apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku"...
suami,
janganlah berkecil hati dengan bebelan seorang isteri,
isteri itu akalnya kurang,
perlu bimbingan bukan pukulan dan tendangan,
terima pasangan seadanya kerana kita juga tidak sempurna :)

Monday, June 10, 2013
VACCINATION
Assalammualaikum,
Sekarang timbul satu isu pulak di media sosial perihal vaksinasi @imunisasi kanak-kanak. Isu ni dah lama sebenarnya. Tapi, disebabkan ada seorang hamba Allah ni sebarkan surat enggan menerima vaksinasi untuk anak-anak dia, jadi buah mulut pulak. Orang perempuan terutamanya para ibu ni kalau benda melibatkan anak-anak ni janganlah dijolok-jolok. Meletup tak pasal-pasal.
Perlukah ambil vaksinasi ni?
Aha..tanyalah mereka yang pakar. Kalau saya jawab nanti ada doktor yang marah atau ada ibu yang marah pulak. Terus-terang saya tak ambil imunisasi ni untuk anak-anak saya selepas mendengar dan mendapatkan pandangan dari yang pakar. Saya sendiri pun mak saya tak bagi imunisasi dari kecik. Alhamdulillah, sihat jugak membesar. Demam, batuk, selsema tu perkara biasalah kan. Bak kata doktor, membina antibodi badan secara semulajadi.
Kalau ada ibu yang dah ambil, teruskan saja kalau anak-anak tak ada masalah kesihatan yang besar. Kalau ada ibu yang tak nak ambil pun saya rasa tak perlulah kita kata ibu ni tak reti jaga anak, berlagak pandai atau sebagainya. Anak dia kan, kalau sakit dia yang jaga. Yang pasti, rujuk kepada doktor Islam yang boleh dipercayai, berpengalaman, bersikap adil dalam soal imunisasi bukan semata-mata baca buku teks tau. Sebagai ibu atau bapa, kita kena ambil tahu sumber-sumber makanan atau ubat-ubatan yang dimasukkan dalam tubuh anak kita sebab semua tu mempengaruhi akhlak anak kita nanti.
Sekarang, saya baru dapat ilmu untuk dekatkan suami, anak-anak saya dengan pemakanan sunnah. Saya tengok respon positif dari orang yang amalkan. Mestilah, makanan nabi Muhammad SAW kan. FYI, Nabi Muhammad SAW tak pernah sakit tau sepanjang baginda hidup sebab baginda menjaga amalan pemakanan. Saya rasa bagi ibu-ibu yang tak ambil imunisasi untuk anak-anak bolehlah bagi anak-anak makan badam, kurma, susu kambing, madu sebagai makanan tambahan. Kalau anak sakit, cuba rawatan secara herba yang bahannya ada dalam dapur rumah kita saja. Ajaib kan. Kan Allah SWT dah bagitau, semua penyakit ada ubatnya. Ubat tu pulak ada dalam alam sekitar kita. Yang pasti selamat dan tiada kesan sampingan kalau digunakan untuk anak-anak dan keluarga kita.
Anak-anak saya asyik on-off demam for a month, sekarang dah beransur-ansur pulih. Alhamdulillah, berkat menggunakan herbal medicine. After this, say no to drugs hokey..hehe..Dah-dah jangan berbalah pasal imunisasi ni. Setiap dari kita ni cara hidup dan penerimaan berbeza, asalkan tak bagi mudarat pada diri teruskan saja. Plus, do some research also..internet kan ada. Blog doktor-doktor pakar pun ada. Boleh try baca pandangan mereka tentang imunisasi then you choose the best for your children.
Kepada pengamal perubatan, I think you should do some research on your own about vaccination on behalf of all Muslims then publish to public. Jihad tu. Ada doktor yang buat kajian dan bagitau perkara sebenar pada pesakit tapi dia pulak yang dikenakan tindakan oleh orang atasan. So not fair lah...Kita tahu kan, vaccination ni diperkenalkan oleh orang bukan Islam dan sepatutnya kita orang Islam rasa curious about this issue kan. Atau Ibnu Sina (father of medicine ada mention about vaccination in his book???) Sebagai orang Islam, kaji dan selidik kebenarannya. Jangan cedok dari buku bulat-bulat. Buku sejarah yang kita belajar masa di sekolah tu pun banyak salah kan. My 2 cent opinion as a mother with curiosity...jangan marah arr..
Subscribe to:
Posts (Atom)