Thursday, May 9, 2013

CAR LAG

Assalammualaikum,

PRU13 dah habis tapi perjuangan masih belum habis. Pakatan memang kalah tapi kalah yang bergaya sebab berjaya kurangkan kerusi yang dimenangi puak parti biru. Banyak dah bagi ulasan orang Cina dah tolak parti biru..depa dah sedaq, orang Melayu ja yang tak sedar-sedar lagi..

Tapi nak buat macam mana, tak semua pandai guna internet, ramai yang berguru dengan TV dan suratkhabar arus perdana saja, kalau TV dan suratkhabar kata biru, birulah mereka, kalau TV dan suratkhabar kata hijau maka hijaulah mereka..

Buat para pengamal media masa arus perdana, sudah-sudalah dok jadi batu api melaga-lagakan kaum di Malaysia ni...orang Malaysia ni bukan macam 50 tahun dulu tau..orang dah pandai baca, p sekolah, masuk universiti, pakar IT, doktor, jurutera, cikgu dan segalanya tau..nanti kena sama sampai bankrup baru tau..

Stop!! 

Bukan nak ulas pasal pilihanraya. Boleh baca kat blog ilmiah lain na. Cek cuma nak habaq keseronokan balik mengundi kali ni walaupun cek tak mengundi sebab terpaksa pulang ke kampung suami. Terkilan sepanjang hayat wooo..

Best sungguh balik masa mengundi ni. Ada yang pasang bendera di kenderaan masing-masing. Tak kiralah warna biru, putih, hijau atau biru muda. Masing-masing tunjuk semangat mengundi. Yang paling sayu dan terharu bila masing-masing 'menyapa' satu sama lain di jalan raya dengan menaikkan lampu bila mana ternampak kenderaan yang menyokong parti yang sama. Ada juga yang tunggu perantau di tepi jalan sambil dok kibar-kibar bendera. Terbaik!!! Kami pun join sekali naik lampu..baru rasa semangat nak balik mengundi kan..

Orang Malaysia tak kira bangsa dah bersatu la kome...satu parti tu jer yang dok berbalah sesama sendiri. 

Perjalanan balik Terengganu yang biasanya ambil masa 7-8 jam jadi 18 jam. Antaranya disebabkan oleh jalan sesak macam balik raya, Tok Imam dah stress bawak kereta sebab asyik jem saja sepanjang jalan lalu asyik berhenti di tepi jalan tidoq..

Kami dah terkena CAR LAG..bukan JET LAG..sampai pening dan sakit habis satu badan punya la lama dok dalam kereta..

Lepas ni balik naik bas saja..Kos lebih kurang sama..dalam 5 tahun sebelum PRU14 ni macam-macam boleh jadi..harap-harap yang benar akan mengatasi yang batil dan menipu..

No comments:

Post a Comment