Monday, February 25, 2013

GOSIP ILMIAH??

Assalammualaikum,

Kabare? Waras, alhamdulillah. Tapi ramai juga yang tak waras sejak-sejak nak pilihanraya. Tak boleh nak fikir yang mana baik dan yang mana buruk...teeeeetttt..selingan iklan dah tamat..

Minggu lepas ada teman seperjuangan berkongsi tajuk gosip ilmiahnya...haha gosip ilmiah pulak dah..menangis kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah memporak-perandakan bahasa ibunda. Silalah kembali ke pangkal jalan..

Gosip ilmiah bertajuk, "PEREMPUAN SEBELUM BERKAHWIN PANDAI BERDIKARI TAPI SELEPAS BERKAHWIN TAK BOLEH BERDIKARI"..

Lalu, ditanya pendapat saya. Memang setuju banget sama tajuk...Perempuan masa single memang berdikari sangat. Masak sendiri, basuh kain sendiri, cuci pinggan sendiri, cari nafkah sendiri, perabih duit sendiri,beli barang dapur sendiri, urusan rasmi buat sendiri, pendek kata semuanya sendirilah..Memang berdikari dari kari...

Tapi, bila dah kahwin, "Abang, tolong belikan ikan?"..."Abang, tolong poskan parcel ni yer"..."Abang, tolong top up kan handphone"...Abang itu, abang ini..semuanya dah tinggal "kari".."berdi" dah buang ke laut hahaha...Ate, kalau tak boleh minta bantuan dari pasangan hidup yang bergelar suami, nak minta tolong siapa kan. OK What! Tapi, tetap kerja rumah semua buat sendiri, sape kata perempuan tak berdikari selepas kahwin? Masak sendiri jugak, basuh baju sendiri jugak, kemas rumah sendiri jugak, jaga anak sendiri jugak...

Cuba tengok orang lelaki. Sebelum kahwin, basuh baju sendiri, masak sendiri walaupun masak megi kari, lipat baju sendiri, kemas rumah sendiri...Tapi, bila kahwin, baju dah dibasuh, makanan dah dimasak, rumah dah dikemas, anak-anak ada orang jaga, baju-baju dah digosok...suami balik kerja baring atas sofa ada yang bawakan air minuman, hidangkan makanan..selepas makan meja makan dah ada yang kemaskan, pinggan mangkuk ada orang basuh...suami cuma berdikari suap nasi masuk ke mulut, buka mata untuk tengok TV..

So, tukarlah tajuk tu "LELAKI SEBELUM KAHWIN PANDAI BERDIKARI TAPI SELEPAS KAHWIN TAK BOLEH BERDIKARI"...baru adil dan saksama..

As a conclusion, baik laki mahu pun perempuan memang kedua-duanya tak boleh berdikari selepas kahwin sebab  perkahwinan itu adalah satu perkongsian. Sama-sama berkongsi tenaga untuk membina rumahtangga yang selesa, aman dan sentosa. Sama-sama berkongsi tenaga untuk uruskan rumahtangga dan anak-anak...Kalau satu pihak jer kena berdikari buat semua kerja, one day dia akan collapse jugak..Mesin kalau operate 24 jam non-stop pun rosak tau, kalau boleh repair tak apalah, kalau rosak teruk orang buang beli baru..menangislah mesin tu tak ada orang peduli...Takkan nak layan your life partner ibarat mesin kan..Kata teman sehidup semati...

P/S: Anak sulung saya ni memang die hard fan kari style..hari-hari suruh ibu dia masak kari..adoi, nanti kena cari menantu orang penang la selalu makan kari..

No comments:

Post a Comment