Tuesday, October 30, 2012

ANUGERAH ISTIMEWA

Assalammualaikum,

Alhamdulillah 'ala kulli hal...

Tepat pukul 7.26 pagi pada 17 Oktober 2012, saya selamat melahirkan seorang putera di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra, Kedah.

Seinfiniti kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah Swt yang memudahkan segala urusan, meski diuji dengan sedikit kesulitan pada awalnya. Alhamdulillah, suami saya sentiasa berada di sisi bermula dari perjalanan kami ke Mahsuri sehinggalah saya selamat bersalin. Terima kasih suamiku..

Terima kasih yang tak terhingga juga buat bonda yang turut berada bersama di hospital sampaikan bernazar nak buat kenduri sikit kalau saya selamat bersalin.

Bersalin kali ketiga ni memang ujiannya lebih berbanding dulu...

Apa pun, syukur atas anugerah yang tak ternilai ini..

MUHAMMAD ZAKIR BIN ZARIZI

Semoga menjadi anak yang soleh...

Hari ni dah genap 14 hari berpantang...

1 comment: