Friday, August 3, 2012

BAZAR RAMADHAN...OHHH

Assalammualaikum,

Sekejap saja dah masuk 14 Ramadhan...cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam dengar pengisytiharan mohor besar raja-raja. Akhir zaman...1 hari bagai 1 jam.

Alkisah, hari ni dah tak tahu menu apa nak masak jadi, suruhlah cik abang belikan ikan bakar di Bazar Ramadhan. Terbayang-bayang di kepala kesedapan ikan bakar cicah air asam..uhh meleleh air liur. Ibu mengandung ni kalau terbayang makanan rasa sampai ke anak tekak walaupun tak ada lagi kat depan mata. 

Balik saja cik abang dari Bazar, saya pun ambil lauk, air kelapa dan sedikit kuih yang dibeli masukkan dalam pinggan dan bekas yang sepatutnya. Bila terpandang saja ikan pari bakar yang cik abang beli terus hilang selera. Keras dan tak nampak macam ikan bakar melainkan warna hitam arang dan merah (konon rempah kot). Air asamnya pulak macam budu letak air banyak, tambah lah potongan bawang sikit-sikit. Fail dari segi rupa. Suami saya ambil kerabu perut, lauk tambahan tapi sebaik saja buka ikatan plastik, bau masam macam nak basi. Ya Allah, apa benda lah diorang ni jual. Fail lagi!

Bila buka puasa terpaksalah makan juga lauk-lauk yang dibeli di samping sedikit lauk yang dimasak.  Bukan setakat fail rupa tapi juga fail dari segi rasa. Agaknya ikan bakar tu yang semalam punya kot sampaikan warna isi pun dah kelabu. Keras pulak tu, air asam pun rasa masam jer. Kerabu perut tu cik abang saja yang makan sebab tak nak membazir. Cik abang kata bolehlah nak makan walaupun bau dah lain macam tapi dia sarankan saya supaya tak makan. Perut ibu mengandung ni dahlah sensitif, tak pasal-pasal ulang-alik ke tandas. Hari pertama puasa dulu pun terkena juga. Beli kuih seri muka, nampak sedap tapi bila dah makan tawar gedebe..langung tak rasa masin, manis...Tak ada rezeki na merasa kuih seri muka yang sedap, lemak, manis huhu...kempunan ibu mengandung...

Kepada para penjual Bazar Ramadhan, memanglah sekarang ni bulan puasa tapi takkan sampai tak boleh nak kenalpasti rasa masin, masam, pahit, basi, tawar makanan yang dijual. Tolonglah bersikap jujur dengan pembeli. Bila tak ada orang beli makanan yang dijual, itu salah siapa? Salah diri sendiri sebab tak menyediakan makanan yang berkualiti. Tak rugi kalau jaga kualiti makanan. InsyaAllah, kalau kita jujur rezeki datang melimpah-ruah. Bukan rezeki datang dari pembeli tapi dari Allah SWT. Buat yang pergi ke bazar tu beringatlah. Banyak saja kes sakit perut selepas makan makanan yang dibeli dari bazar. Tengoklah dan telitilah penjual. Pendek kata, orang yang menjaga solat, ibadah-ibadah lain, pasti dia menjaga kualiti barang jualannya. Tak berkat rezeki kalau menipu. 

Semoga Allah SWT memberi kesedaran, hidayah dan petunjuk kepada peniaga-peniaga sebegini.



2 comments:

  1. Kena memilih org yg menjual tu.. Pilih yg sedap mata kita memandang.. Pakai tudung litup, pakai kopiah, mknn nmpk bersih dan segar. Br beli. Kalo air minum, aku suggest jgn beli dr luar. Kita di rumah guna air bertapis. Diorg mungkin air paip ja. Mak bapak sakit tkpalg. Tp kalo anak sakit, kita susah.. Tk senang duduk nt..

    Diana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la dee, serik rasa, memang terkena sungguh posa kali ni, tu tak kira kalau beli yong tau fu lagi ntah dr mana2 la depa ambik stok fishbll semua tu..takut amik dr cina ja...syubhah..air pun beli air tebu dan kelapa ja yg lain mmg tak pernah beli, pelik betul manusia ni nak untung cepat tapi kualiti low class, kalau buat sedap2 kan untung depa jugak..x paham x paham..huhu..ujian ramadhan..bazar ni byk yg indah khabar dr rupa

      Delete