Saturday, July 9, 2011

BERSIH lagi

Alkisah, suatu hari ada satu perhimpunan mini-haram diadakan di hadapan pejabat seorang pemimpin negeri Konoha.

Kata wakil rakyat A (parti bebas tapi condong ke arah kerajaan Negara Api):
Rakyat Kampung Konoha hari ini berhimpun kerana ingin menentang kezaliman Guan Dong selaku pemerintah yang mewakili parti pembangkang (berapi-api sambil melihat kamera wartawan yang condong ke arah kerajaan juga)

Suatu hari yang lain, ada satu lagi perhimpunan yang mega-haram diadakan di ibu Negara Api.

Kata seorang rakyat B (NGO):
Kami rakyat Negara Api hari ini berhimpun kerana ingin menentang kezaliman dan ketidakadilan kerajaan pimpinan Nam Kung (berapi-api sambil melihat wartawan yang condong ke arah pembangkang tapi tak ada kamera macam wartawan TV kerajaan sebab pembangkang tak ada saluran TV sendiri yang boleh ditonton oleh semua rakyat Negara Api, nak buat perhimpunan aman pun tak dapat permit, inikan pula nak buat saluran TV sendiri, dan mana ada wartawan TV kerajaan nak temuramah rakyat yang tidak menyokong kerajaan)

Hari ni tengok berita di TV macam tengok cerita anime Naruto. Tidak, tengok Naruto lagi best. Sekurang-kurangnya Tsunade-sama selaku Hokage ke-5 tak gila kuasa macam sesetengah pemimpin.


2 comments:

  1. saya baca,saya faham,dalam kelucuan ada kebenaran juga...
    berharap dapat menulis mcm ini.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..keep writing. Terima kasih atas komen

    ReplyDelete