mulut seorang wanita ni memang ada link dengan hati,
kalau ada apa-apa yang terdetik di hati memang laju keluar di mulut,
tak boleh nak pendam,
banding anak lelaki dengan anak perempuan,
anak perempuan lagi banyak mengomel,
sebab itu ramai perempuan update status di mukabuku,
nak cerita tak ada orang nak dengar,
alam mayalah medan luahan hati,
kadang-kadang ngomelan perempuan dikatakan bebelan,
suami sakit telinga, anak sakit hati,
Pernah suatu hari,
seorang lelaki datang berjumpa Saidina Umar al-Khattab khalifah di masa itu,
datang membawa masalah isterinya yang kuat membebel,
hajat di hati mahu meminta pandangan si khalifah,
ketika berjumpa Umar al-Khattab rupanya dia juga dibebel oleh isterinya,
si khalifah hanya diam,
tiada sebutir kata diluahkan untuk menangkis bebelan,
lelaki itu tertanya-tanya,
kenapa sang khalifah tidak saja membalasnya,
ujar Amirul Mukminin yang bijaksana,
"Apa salahnya membiarkan isteriku membebel,
dia yang menjagaku, anak-anakku, rumahtangga kami,
apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku"...
suami,
janganlah berkecil hati dengan bebelan seorang isteri,
isteri itu akalnya kurang,
perlu bimbingan bukan pukulan dan tendangan,
terima pasangan seadanya kerana kita juga tidak sempurna :)
No comments:
Post a Comment