Wednesday, July 17, 2013

IHYA RAMADHAN

Assalammualaikum,

Nak share sedikit harap bermanfaat.

Ustaz Ebit Lew, Auditorium Kejuruteraan, UPM Serdang

"Andai Rasulullah SAW ada dengan kita" - tajuk lebih kuranglah..hehe

1. Pernah kerajaan Rom menghantar perempuan cantik dengan tujuan nak goda sahabat-sahabat Nabi SAW  dalam perang tapi akhirnya pulang mengadap Raja dengan hampa sebab sahabat-sahabat Nabi bukan setakat tak pandang, jeling pun tidak..kalau pemuda kita hari ni?

2. Rumah Nabi SAW sangat kecil sampaikan kalau Baginda solat terpaksa kais kaki Saidatina Aisyah r.a yang sedang tidur

3. Anak-anak Rasulullah SAW semuanya meninggal ketika Rasulullah masih hidup kecuali Fatimah

4. Saidatina Zainab anak baginda yang paling banyak berkorban untuk agama. Umur 10 tahun, dia sentiasa bawakan air dan kain untuk ayahandanya dan menjaga baginda

5. Rasulullah SAW sangat sayangkan Hasan dan Husin cucu baginda, kepada mereka berdualah ditumpahkan kasih sayang kerana anak lelaki baginda semuanya meninggal ketika masih kecil. Pernah suatu ketika Rasulullah mendapat perkhabaran yang kedua cucunya itu akan meninggal akibat diracun dan dipancung kepala. Saidatina Fatimah menangis ketika mendapat tahu hal itu, Fatimah menyuruh ayahnya mendoakan cucu-cucu baginda tapi baginda kata nak simpan doanya itu untuk umat baginda

6. Rasulullah lahir dari keturunan Nabi Ibrahim

Pesan ustaz, jadilah orang yang bersungguh menjaga agama sebab baginda dan sahabat-sahabat dah bersusah-payah dan berkorban nyawa nak sampaikan Islam kepada kita. Tak malukah kita di akhirat nanti untuk minta pertolongan daripada Rasulullah SAW kalau kita tak menjaga agama kita?

Kalaulah Rasulullah bersama kita hari ini, alangkah sedihnya baginda kerana umatnya yang disayangi sudah jauh dari menjaga agama...

Allah tak memerlukan kita untuk menyembahnya tapi kitalah yang perlukan Allah dalam hidup kita...


No comments:

Post a Comment