Assalammualaikum,
Poligami tu memang sakit. Sakit hati, sakit jiwa dan sakit kepala.
Semalam, pakat heboh d FB. Ashraf Muslim kahwin lagi. Adoyaii...Tiba-tiba, puisi indah dishare serata tempat hasil nukilan si isteri katanya. Sangat indah. Menusuk hati untuk tumpang bersedih. Ramai tak puas hati. Hari ni dapat tahu nukilan itu bukan dari si isteri tapi teman karib si isteri. Bulan-bulan puasa ni pakat dapat dosa free dok mengumpat.
Penangan orang terkenal kan. Lupa, dia pun manusia biasa. Sebab musabab hanya Allah SWT saja yang tahu. Poligami tu tak boleh ditentang sebab ada manfaatnya kenapa Islam benarkan. Kalau tak mau bermadu, si suami patut dihalang.
Tapi, kalau kahwin di Siam macam mana nak halang kan. Kahwinlah empat pun kalau seorang lelaki itu mampu tapi harus ingat, kalau berkahwin rahsia begitu. Yang akan menjadi susah di kemudian hari adalah isteri dan anak-anak yang bakal lahir nanti. Soal harta pusaka tak payah cerita. Adik-beradik kandung pun sanggup berbunuhan. Kahwin lah kalau dirasakan diri tak mampu menangung godaan. Sebab itu kahwin kena hebahkan bukan sorokkan. Tapi harus diingat, kahwin bukan sebab nafsu tetapi sebab nak dekat diri, isteri dan anak-anak dengan Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.
Ramai lelaki kahwin dengan niat mengikut sunnah tapi di pertengahan jalan membiarkan isteri dan anak-anak tenggelam tanpa didikan. Seorang isteri pun dia tak mampu jaga rohani dan agama, jangan berani nak pimpin wanita lain. Pimpin yang satu tu dulu ke jalan syurga bersama anak-anaknya. Barulah pimpin yang kedua, ketiga dan seterusnya.
Saudara,
Ada terfikir nak kahwin lagi? Fikirkan bebanan dosa yang kamu perlu pikul kalau seorang isteri pun kamu tak mampu didik agamanya. Seorang isteri pun nafkahnya tak mampu diberi. Nafkah batinnya tak mampu dipenuhi. Janganlah berani nak berpoligami.
Jangan salah faham. Saya bukan anti-poligami, saya anti suami yang poligami tapi tak adil pada isteri.
Nabi Muhammad SAW setia dengan Saidatina Khadijah r.a sehingga ke akhir hayatnya. Hanya Saidatina Aisyah r.a satu-satunya gadis yang dikahwini baginda selepas kewafatan Khadijah r.a, yang lain adalah janda.
Rasulullah SAW teladan yang terbaik perlu dicontohi. Takkan ada manusia yang lebih adil selain baginda :)
No comments:
Post a Comment