Monday, June 10, 2013

KIRA-KIRA

Assalammualaikum,

Amboi! Sibuk sungguh menjadi seorang perempuan. Siang bangun pagi-pagi siapkan bekal anak nak ke taska, siapkan pakaian anak-anak dan suami serta siapkan baju kerja sendiri. Hantar anak pergi taska dan terus pergi kerja.

Petang, ambil anak di taska dan balik rumah. Tengok rumah bersepah-sepah, kemas rumah sekejap. Kemudian, masuk dapur masak ala kadar. Selepas makan, basuh pinggan yang beranak-pinak seperti ada 10 orang dalam rumah padahal 5 beranak jer..Basuh kain menggunakan mesin basuh kalau longgokan kain tak basuh dah boleh bina menara KL yang kedua, sidai kain, gosok baju untuk esok.

Selepas tu, anak merengek-rengek nak tidur dengan ibu. Anak menyusu sampai umur 2 tahun ni memang tak boleh berenggang dengan ibu. Berhenti buat kerja sekejap, pergi layan anak. Masa ni kalau anak buat perangai memang cepat saja kena marah. Aduh, dah hilang sifat sabar bila badan dah letih kan. Kadang-kadang masa nak tidurkan anak, ibu tidur sekali jadi kerja rumah yang tak siap tu terpaksalah sambung esok pulak. 

Bila anak dah tidur, layan laptop sekejap. Kadang-kadang kena layan customer nak beli telekung, baju, ikan pekasam..tak apa layan sekejap bukan lama sangat pun. Ada juga terpaksa siapkan translate/proofread document customer kalau nak cepat (kalau ada yang nak guna servis saya tu janganlah bagi last-last minute yer uolss..kelam-kabut hidup saya nanti).

Selalunya, sayalah yang paling lambat tidur dalam keluarga. Tapi kadang-kadang sayalah orang pertama yang tidur dulu kalau dah super duper letih...Terpaksalah Tok Imam saya yang layan anak-anak dia pulak. Bolehlah kan..dah nama anak pun berbin/binti kan ayah. Apa salahnya ayah layan kerenah anak-anak. Masa sibuk ni kalau Tok Imam kita tolong serba sikit rasa beban sebelah bahu dah terangkat. Serius..

Hari ni dah 1 Syaaban, cepatnyer masa berlalu..kita dah masuk pertengahan tahun 2013. Kira-kira 30 hari lagi nak puasa..wah tak sabar..Semoga boleh merasai dan beribadat dalam bulan Ramadhan bersama suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Bulan puasa nanti rasanya bazar Ramadhanlah tempat saya dan suami mencari juadah berbuka puasa. Masak waktu sahur dan cuti sajalah kot eh..hehhe..Tarawih mestilah kat rumah saja dengan anak-anak kecil ni, susah nak pergi masjid. Tak apa sunat saja, yang penting solat wajib tu kena pergi masjid. Yang sunat berkejar-kejar nak buat, yang wajib pulak berciciran. 

Para bidadari sekalian, rajin-rajinlah doakan Tok Imam kita rajin solat jemaah di masjid/surau. InshaAllah bertambah bahagia rumahtangga :)..

No comments:

Post a Comment