Assalammualaikum,
Sekarang timbul satu isu pulak di media sosial perihal vaksinasi @imunisasi kanak-kanak. Isu ni dah lama sebenarnya. Tapi, disebabkan ada seorang hamba Allah ni sebarkan surat enggan menerima vaksinasi untuk anak-anak dia, jadi buah mulut pulak. Orang perempuan terutamanya para ibu ni kalau benda melibatkan anak-anak ni janganlah dijolok-jolok. Meletup tak pasal-pasal.
Perlukah ambil vaksinasi ni?
Aha..tanyalah mereka yang pakar. Kalau saya jawab nanti ada doktor yang marah atau ada ibu yang marah pulak. Terus-terang saya tak ambil imunisasi ni untuk anak-anak saya selepas mendengar dan mendapatkan pandangan dari yang pakar. Saya sendiri pun mak saya tak bagi imunisasi dari kecik. Alhamdulillah, sihat jugak membesar. Demam, batuk, selsema tu perkara biasalah kan. Bak kata doktor, membina antibodi badan secara semulajadi.
Kalau ada ibu yang dah ambil, teruskan saja kalau anak-anak tak ada masalah kesihatan yang besar. Kalau ada ibu yang tak nak ambil pun saya rasa tak perlulah kita kata ibu ni tak reti jaga anak, berlagak pandai atau sebagainya. Anak dia kan, kalau sakit dia yang jaga. Yang pasti, rujuk kepada doktor Islam yang boleh dipercayai, berpengalaman, bersikap adil dalam soal imunisasi bukan semata-mata baca buku teks tau. Sebagai ibu atau bapa, kita kena ambil tahu sumber-sumber makanan atau ubat-ubatan yang dimasukkan dalam tubuh anak kita sebab semua tu mempengaruhi akhlak anak kita nanti.
Sekarang, saya baru dapat ilmu untuk dekatkan suami, anak-anak saya dengan pemakanan sunnah. Saya tengok respon positif dari orang yang amalkan. Mestilah, makanan nabi Muhammad SAW kan. FYI, Nabi Muhammad SAW tak pernah sakit tau sepanjang baginda hidup sebab baginda menjaga amalan pemakanan. Saya rasa bagi ibu-ibu yang tak ambil imunisasi untuk anak-anak bolehlah bagi anak-anak makan badam, kurma, susu kambing, madu sebagai makanan tambahan. Kalau anak sakit, cuba rawatan secara herba yang bahannya ada dalam dapur rumah kita saja. Ajaib kan. Kan Allah SWT dah bagitau, semua penyakit ada ubatnya. Ubat tu pulak ada dalam alam sekitar kita. Yang pasti selamat dan tiada kesan sampingan kalau digunakan untuk anak-anak dan keluarga kita.
Anak-anak saya asyik on-off demam for a month, sekarang dah beransur-ansur pulih. Alhamdulillah, berkat menggunakan herbal medicine. After this, say no to drugs hokey..hehe..Dah-dah jangan berbalah pasal imunisasi ni. Setiap dari kita ni cara hidup dan penerimaan berbeza, asalkan tak bagi mudarat pada diri teruskan saja. Plus, do some research also..internet kan ada. Blog doktor-doktor pakar pun ada. Boleh try baca pandangan mereka tentang imunisasi then you choose the best for your children.
Kepada pengamal perubatan, I think you should do some research on your own about vaccination on behalf of all Muslims then publish to public. Jihad tu. Ada doktor yang buat kajian dan bagitau perkara sebenar pada pesakit tapi dia pulak yang dikenakan tindakan oleh orang atasan. So not fair lah...Kita tahu kan, vaccination ni diperkenalkan oleh orang bukan Islam dan sepatutnya kita orang Islam rasa curious about this issue kan. Atau Ibnu Sina (father of medicine ada mention about vaccination in his book???) Sebagai orang Islam, kaji dan selidik kebenarannya. Jangan cedok dari buku bulat-bulat. Buku sejarah yang kita belajar masa di sekolah tu pun banyak salah kan. My 2 cent opinion as a mother with curiosity...jangan marah arr..
No comments:
Post a Comment