Monday, September 2, 2013

SEM BARU

Assalammualaikum,

Semester baru 2013/2014 dah dibuka di UPM (semua universiti agaknya dah buka pendaftaran untuk pelajar baru bulan ini). Permohona dalam talian untuk kemasukan ke sidang baru ni pun dah diluluskan cumanya surat tawaran belum menjejakkan dirinya lagi ke dalam peti pos rumah saya. Begitulah kalau pakai pos biasa. 1-2 minggu tempoh sampai tu perkara biasalah. Tapi, agak membimbangkan kerana dokumen penting yang sedang ditunggu tiba. Cepatlah sampai wahai surat tawaranku~~

Tweet!

Teringat zaman Master di USM dulu. Selepas habis 4 tahun sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda, saya jadi pembantu penyelidik 7 bulan, kemudian sambung ke peringkat Ijazah Lanjutan pulak. Batch saya masa tu, 6 orang sahaja pelajar Melayu yang sambung belajar. Semuanya perempuan. Sama-sama jadi pembantu penyelidik, sama-sama daftar belajar. Seronok belajar dengan kawan-kawan yang dah lama kita kenal. 

Kami dulu setiap pukul 12 tengah hari mesti menghilang ke kafe, mengisi perut. Bab makan memang antara yang terawal. Alasan malas nak bersesak dengan pelajar-pelajar dan staf-staf yang keluar makan pukul 1. Petangnya, pukul 4 petang pulak pergi kafe lagi, makan petang. Nak tambah tenaga lah kononnya. Menu petang di kafe pulak memang menggoda perut untuk datang. Buburlah, kuih lah..Sedap!Itulah kerja kami saban hari kalau ada masang lapang dan tak sibuk dengan penyelidikan.

Sekarang, 6 orang ni masing-masing dah bertebaran dengan kerjaya sendiri. Ada yang jadi pensyarah, ada yang jadi chemist, ada yang sambung belajar lagi. Setelah meninggalkan bidang penyelidikan selama hampir 2 tahun, saya kembali semula. Kali ni di tempat berbeza, suasana berbeza, kawan-kawan berbeza, pensyarah pun berbeza. Memang agak susah nak sesuaikan diri. Mujurlah dapat rakan sepenyelidikan yang mesra alam. Saya ni memang tak pandai nak bergaul dengan orang. Tapi, rezeki dari Allah SWT kurniakan kawan-kawan baru yang baik-baik. Saya punya junior satu kursus di USM jadi rakan sepenyelidikan pulak. Alhamdulillah, ada kenalan lama di UPM ni. Segala benda saya tanya dia. Setiap universiti sistem lain-lain. Ambil masa juga nak sesuaikan diri.

Selamat datang buat adik-adik lepasan Matrikulasi/STPM ke alam universiti. Jangan ditimpa penyakit kejutan budaya. Universiti tempat untuk menuntut ilmu tau. Jangan sia-siakan amanah keluarga. Belajar rajin-rajin. Skor subjek setiap semester. Raih anugerah Dekan. Perjalanan sangat panjang yer adik-adik. 

#SAYA BUKAN PELAJAR CEMERLANG#




No comments:

Post a Comment