Monday, September 2, 2013

BEKAL

Assalammualaikum,

Sejak 'bekerja' di tempat baru ni, rajin pulak saya bawak bekal makanan. Malas nak pergi makan sorang-sorang. Lebihan sarapan kat rumah yang tak habis tu saya masuk dalam bekas. Kalau tidak syaitan lah kenyang. Membazir tu kan saudara syaitan. Bawak jer bekal. Jimat jugak belanja dan minyak kereta nak pergi kedai makan.

Senang jer nak sediakan bekal ni. Masak yang mudah-mudah saja. Roti dengan telur pun jadilah. 

Bekal dunia senang nak sediakan. Bekal akhirat masih banyak yang kosong dan sikit. Di akhirat nanti 'lapar' amalan kerana sikitnya bekalan ketika hidup di dunia. Allah..Allah..Masih belum terlambat untuk berubah. Jom!

Pesanan buat diri..:(




No comments:

Post a Comment