Wednesday, August 28, 2013

SANAH HELWAH DAN SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN WAHAI KEKASIH

Salam ulangtahun wahai kekasihku
Terima kasih Ya Allah atas pertemuan yang terindah ini dengannya
Terima kasih buat ayahanda dan bonda mertua
kerana melahirkan dan mendidik anakmu ini menjadi seorang yang baik budinya
Semoga cintaku padanya tidak mengatasi cintaku padaMu dan RasulMu
dan tidak melebihi cintaku pada agamaMu yang tulus ini

Selamat ulangtahun sahabat baikku dunia dan akhirat
6 tahun kita bersama
Disatukan dengan ijab qabul yang mulia
Mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta
Dua hati disatukan dengan iman dan takwa kepadaNya
Semoga cinta kita bersatu demi meraih cintaNya yang paling utama

Wahai suamiku
Buah hatiku
Semoga Allah SWT jadikanmu suami yang pengasih dan penyayang
Menjadi abi yang terbaik buat zuriatmu
Mendidik zuriatmu menjadi penyambung mata-mata rantai perjuangan Rasulullah
Ya Allah, berilah kekuatan buatnya
supaya dapat memimpin tanganku dan zuriat kami menuju syurgaMu
Andai dia salah, berilah petunjuk, hidayah serta hikmah
untuk membetulkan salahnya


Salam ulangtahun yang ke 30 buatmu pendampingku,
Bertambah satu angka dalam hidup
bermakna semakin dekat kita menuju pengakhiran
Semoga hidup kita sekeluarga penuh berkah
dengan amalan yang tak putus-putus buat al-Khaliq
Semoga Allah memilih kita untuk mencintai ilmuNya
menjadi hamba yang sentiasa mengimarahkan rumahNya
dan sentiasa berada dalam halaqah taman syurga

Ibarat kata Imam Nawawi buat si isteri,
Kalau hilang cinta si isteri pada Allah,
hilanglah cintanya juga pada si isteri
Mencintai Allah dan Rasul matlamat utama pernikahan kita
Semoga ianya terpahat kekal dalam hati dan sanubari
Buat ingatan bersama

Salam ulangtahun kelahiran imamku Zarizi a.k.a Abu Ziyad
Happy 6th wedding anivessary
Hadirmu melengkapkan sisi ketidak sempurnaan isterimu ini

Ummu Ziyad
28/8/13
21 Syawal 1434
9.56 am

No comments:

Post a Comment