Assalammualaikum...
Alhamdulillah, tumpang seronok dengan kakitangan kerajaan dapat bonus sebulan setengah. Kalau yang ada anak ramai bolehlah guna duit tu untuk beli kelengkapan dan keperluan keluarga. Tapi, saya tak dapat apa-apa dari belanjawan ni sebab surirumah jer. Yang dapat hanya kenaikan gula 20 sen. Suami saya pun tak dapat apa-apa jugak sebab pekerja swasta. Selepas ni kena tingkatkan lagi penjimatan belanja keluarga sebab nak menampung harga barang yang dijangka naik. Harga barang kalau dah naik manalah nak turun semula. Jadi, kita sebagai rakyat biasa ni kenalah ikat perut, kena banyakkan minum air masak sebab takut dapat diabetes. Pekerja swasta, sila tingkatkan mutu kerja. Mungkin kualiti kerja tak setanding kakitangan kerajaan sebab tu tiap kali belanjawan diumumkan pekerja swasta hanya dapat 'air liur' saja. Sabar jer lah. Cukai tetap kena bayar kan. Ada orang kata pekerja swasta ni selalu dapat bonus 5-8 bulan setiap tahun. Agaknya yang pakai kereta mewah, rumah besar-besar tu semuanya pekerja swasta la yer...
Malas nak komen banyak-banyak. Sebagai seorang surirumah yang menganggur, saya tak layak nak komen pasal belanjawan ni. Bukannya ada orang nak dengar. Setakat gula naik 20 sen tu apalah sangat....Negara lain lagi mahal gula...Bersyukurlah...
Allah Yang Maha Memberi Rezeki...
btui2 org kakitangan awam slalu ckp org swasta dpt bonus 5-8 bln tp tgk ar company yg cmner je bg. Bg yg company kecik nk merasa bonus mmg payah, nk naik gaji pon payah. Mmg ar bersyukur dgn rezki yg Allah beri tp nk gak rs semangat keje biler diberi insentif oleh kerajaan. Xnk pon gov bg bonus cukuplah sekadar selaraskan gaji di setiap sektor swasta.
ReplyDeleteterima kasih sebab komen, ada jugak yang baca bebelan saya rupanya...
ReplyDeleteyer setuju sgt, at least kalau gov buat selaras gaji pun ok dah kan utk golongan pekerja bawahan mcm pak guard, makcik dan pakcik cleaner etc,imagine sekarang ni kalau bwk RM50 ke kedai, apa sgt boleh beli...harga rumah dah mahal, pekerja swasta yang gaji tak naik2, bonus x dpt ni mmg sewa jer lah smpai bila2 melainkan ada rezeki tambahan...apa pun rezeki tu Allah yang Punya...semoga Allah murahkan dan mudahkan rezeki kita...