Tuesday, October 9, 2012

BILA????

Assalammualaikum,

Usia kandungan dah menjangkau 39 weeks but still my baby in my womb, dok bergolek sakan macam tak nak keluar dari perut. 

Petang tadi rasa lenguh-lenguh pinggang macam selalu saya rasa kalau 'datang bulan'. Ingatkan dah bagi alarm tapi dah malam ni macam tak ada apa pun. Erm, agaknya bilalah my baby ni nak menatap wajah ibu, abi, abang long dan kak ngah....

Nama dah daftar di hospital swasta. Kali ni nak rasa perkhidmatan swasta pulak. Letih dah mengadap birokrasi dan perangai staf hospital kerajaan yang macam-macam tu. Bukannya nak mengada-ada tapi nak memberi keselesaan pada diri di saat sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat yang tercinta ke dunia. Bukanlah jururawat dan doktor di hospital kerajaan tu semuanya tak baik, ada yang bagus, peramah tapi dah banyak kali terjumpa dan terkena dengan 'orang yang tak reti nak berbudi bahasa' jadi, bagi mengelakkan saya dapat dosa kering mengutuk mereka, baiklah saya beralih ke tempat lain.

Mula-mula rasa takut nak bersalin walaupun dah 2 kali bersalin. Tapi, sekarang rasa macam dah tak sabar-sabar nak bersalin, nak tengok baby....menghitung hari lagi...

Pray for me and my baby...Harap-harap my hubby ada masa bersalin nanti...tengah PJJ ni...

No comments:

Post a Comment