Monday, September 3, 2012

ANDAI KU TAHU...

Assalammualaikum,

Baru dapat tahu seorang kawan saya akan terbang ke Scotland tak lama lagi untuk sambung pelajaran peringkat PhD. Seorang kenalan lagi pun akan terbang ke Jepun untuk tujuan yang sama tapi dalam bidang yang berbeza. Seronok mendengarnya. Ada lagi seorang kawan yang baru terjebak ke alam penyelidikan di USM, peringkat Master. Rasa bersemangat semula nak sambung belajar bila ramai kawan dah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. 

Tahun lepas beberapa bulan selepas konvokesyen, saya hampir-hampir menjadi pelajar PhD tapi sebab sibuk dengan perkara lain dan melengah-lengahkan masa, proposal projek tu diserahkan kepada pelajar lain. Tak ada rezeki. Aduhai...Kalau nak minta kerja dah tentulah orang tak pandang sebab sijil Master pun dah berhabuk. Menganggur sampai setahun dengan tak ada pengalaman kerja. Setakat pengalaman mengajar tuisyen tu adalah. I am quite choosy actually regarding jobs...Al maklumlah, ada suami dan anak yang kena jaga. Kerja-kerja engineer ni kadang-kadang tak tentu masa, cuti entah ke mana, kerja sampai malam...saya tak boleh survive dalam persekitaran macam ni. Kalau boleh nak lah kerja yang flexible masanya dengan keperluan. Sebab itu saya dah mula berjinak-jinak dengan bisnes. InsyaAllah, mudah-mudahan bisnes ni diberkati dan beroleh keuntungan. Tak perlulah saya susah-susah nak cari kerja yang sesuai lagi. Sambil kerja cari duit boleh jaga anak, jaga suami. Tapi, untuk permulaan bisnes pun kecil-kecil lah dulu. Sambutan pun ibarat baru nak panas enjin motor. Ambil masa jugak kan. Sekarang pun tengah mencari dan menunggu stok barang jualan yang dah ditempah untuk masuk kedai.

Jadi, sambung belajar tu adalah pilihan yang terbaik kalau dah tak boleh nak masuk industri selain menjadikan bisnes sebagai kerja sambilan. Lagipun, belajar ni hanya memerlukan minat, ketekunan, usaha, dan of course duit. If I am lucky, I can manage my own time schedule, for sure. So, boleh seimbangkan tugas sebagai ibu, isteri, dan pelajar. Itu salah satu keistimewaan menjadi pelajar Ijazah Tinggi. Tapi, banyak pengorbanan juga yang perlu dilakukan. Disebalik pangkat Doktor Falsafah tu, banyak jerit perih yang perlu dikerah. Ingat senang nak habiskan 4/5 tahun penyelidikan untuk meraih gelaran Doktor tu? Senang saja nak penuhkan tujuh tempayan dengan air mata macam cerita Puteri Gunung Ledang tu. Sakit jiwa dan raga, hanya Allah yang tahu. 

Apa pun pilihan kita, istiqarah itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita pastikan keputusan yang dibuat adalah juga yang terbaik. Tapi, for sure, jangan jadikan peluang menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi untuk menjadi seorang yang sombong takbur, suka merendahkan orang lain, bangga dengan pencapaian sendiri dan lain-lain sifat mazmumah. Ingat!!! Ilmu tu bukan milik kita. Kalau hari ini Allah beri kita kefahaman tentang sesuatu tak mustahil esok Dia boleh tarik kefahaman itu semula dari kita. Saya memang tak suka dengan orang yang suka berbangga dengan ilmunya dan dalam masa yang sama merendahkan orang lain macam dialah yang paling hebat. Sedihnya, segelintir ahli akademik kita yang dipanggil Dr, Prof dan sebagainya gelaran memiliki sifat seperti ini. 

Ahli akademik dahulukala seperti Khwarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Razi, al-Farabi dan ramai lagi, ilmu mereka berkembang dengan meluas ke seluruh dunia. Bahkan buku karangan mereka diterbitkan dalam pelbagai bahasa. Mereka juga tidak hanya fokus pada satu bidang tapi mahir dalam pelbagai bidang. Malahan, arif dalam ilmu agama. Semuanya kerana asas taqwa yang diletakkan kepada Allah SWT dan sifat rendah diri dan tidak tahu yang disandarkan secara total kepadaNya. Akhirnya, mereka dimuliakan dengan ilmu kurniaan Allah SWT itu oleh seluruh ilmuwan dunia. Ilmu mereka berguna sampailah ke hari ini. 

Ya, itulah ilmuwan yang kita perlu jadi bukan sekadar menyambung pelajaran, dapat duit elaun atau biasiswa tiap-tiap bulan, buat penyelidikan, baca jurnal-jurnal, viva, konvo, dan dapat kerja yang bagus. Sambung belajar juga bukan disebabkan kita tak nak menganggur. No...no...no...Ianya lebih lagi dari itu. It's about educating yourself and others about Allah SWT, His creation, how to be a good servant to Him and obey His orders. Meletakkan asas taqwa dalam diri supaya ilmu yang diperolehi menjadi jambatan untuk kita mengenali pemilik ilmu...

Kalaulah melaksanakannya semudah memperkatakannya.....InsyaAllah. Pray for me my friends...I'm searching my true goals...



No comments:

Post a Comment