Tuesday, January 3, 2012

NAK MENAMBAH PENDAPATAN?


Assalammualaikum semua,

Zaman sekarang ini sudah menjadi perkara biasa jika seorang manusia melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Ada yang siangnya jadi jurutera dan malamnya jadi guru tuisyen, dan ada juga kakitangan kerajaan atau swasta tapi punya sebuah butik. Dengan kenaikan kos sara hidup, harga rumah yang meningkat, harga barang yang semakin naik, harga minyak yang tak menentu, tanggungan ahli keluarga, semua ni menyebabkan ramai dari kita yang memilih untuk mencari peluang lain menjana pendapatan tambahan. Lebih-lebih lagi kalau tinggal di bandar. Segala-galanya mahal, even air suam di kedai makan ada yang caj 60 sen.

Di Mukabuku saya, banyak promosi perniagaan sampingan yang diwar-warkan untuk disertai. Yang paling terkini dan sensasi sekarang ni bisnes Premium Beautiful (PB), korset untuk wanita (lelaki pun katanya boleh pakai). Melihatkan kepada status mereka yang berkenaan di laman mukabuku memang bisnes ni banyak menjana keuntungan. Siapalah yang tak nak dapat duit sampingan nilai ribuan, di samping dapat kesihatan yang baik kan...Ops! Saya bukan agen PB yer. Jangan tanya saya apa manfaat pakai PB ni sebab saya bukan ahlinya, kena tanya yang arif tentangnya.

Semalam ada orang promosikan secara personal pasal PB. Terima kasih saya ucapkan. Ada juga orang yang ambil berat akan kesihatan diri saya ni. Sakan promosinya tapi maaf saya terpaksa menolak kerana pelbagai kekangan. Meski di awal perbualan dia seakan bersungguh-sungguh meyakinkan supaya saya memakainya. Memang kita boleh pakai, tapi tak semestinya kita boleh beli, kan. Mujur dia tak mendesak. Nak menolak perlulah menggunakan penerangan dan penjelasan yang berhemah, bukan main hentam marahkan dia. Itu salah satu tugasnya, mempromosi barang niagaannya. Tak salah. Tapi, mesti tahu status kewangan sasaran pelanggan.

Kadang-kadang ada peniaga ala-ala direct selling ni beriya-iya nak suruh kita beli barang yang dijualnya tanpa mengambil kira keadaan kewangan pelanggan. Kalau barang tu berkualiti, bermanfaat mustahil tak ada orang nak beli tapi mungkin sebab dia tak ada duit. Jadi, kalau ditolak jangan buruk sangka dengan pelanggan. Adalah sebab-sebabnya kenapa dia tak boleh nak beli korset yang harga mencecah ribuan tu. Tak semua orang mampu, walaupun pulangannya lumayan tapi nak memulakan tu pun perlu ada sumber kewangan.

Teruskanlah pernigaan tu selagi mana ia memberi manfaat kepada orang lain. Nabi SAW pun pernah jadi peniaga sebelum dilantik sebagai Rasul, sahabat-sahabat pun ramai kalangan peniaga seperti Abdurrahman Auf, Uthman Affan (sekadar menyebut beberapa nama). Ada disebut dalam hadis, 9/10 daripada rezeki datang dari perniagaan. Saya pun dah buka perniagaan sendiri juga. Bisnes terjemahan dokumen dari B.Melayu ke B.Inggeris dan B.Inggeris ke B.Melayu. Tahap beginner....(kalau ada yang perlukan bantuan boleh hubungi saya).

Saluran promosi perniagaan ni banyak dengan kemudahan internet sekarang. Ramai yang dah ada kemudahan inetrnet sendiri. Even, online shopping ni memang ada pembelinya yang tersendiri, yang obses. Saya tak bolehlah nak cerita apa kebaikan dan nikmat yang diperolehi daripada online shopping ni sebab saya bukan tergolong dalam kalangan yang mempunyai 'minat'....

Tapi, elok juga kalau saya nak berkongsi pesanan buat rakan-rakan yang berniaga korset ni. Ada yang menggunakan gambar sebagai satu kaedah untuk convince kan orang lain. Tak salah tapi sepatutnya display kepada wanita sahaja jangan ditayang kepada public. Maklumlah, korset tu pakaian dalaman wanita so banyaklah ruang-ruang yang terdedah dengan bentuk-bentuk yang mampu menggugat iman lelaki yang melihatnya. Gambar model-model pun tak kurang banyak menunjukkan yang ketat dan sedat sebab nak tunjuk perubahan badan. Please, iklankan saja pada golongan hawa secara tertutup bukan tatapan umum. Tanpa disedari kita mungkin berkongsi saham dosa atas tindakan kita menayangkan aurat wanita orang lain semata-mata nak lariskan barangan.

Wanita diciptakan oleh Allah SWT dengan harga diri yang tinggi yang lebih bernilai daripada permata sebab itu kita disuruh menutup aurat dengan sempurna. Tujuannya untuk menjaga diri kita daripada mata-mata nakal yang meliar memandang, tangan-tangan jahat yang cuba memegang tanpa rela. Cuba tanya pada diri, kepada siapa kita nak tayangkan tubuh yang ramping? Wanita yang bersuami hak tayangan hanya pada suami. Wanita yang belum bersuami, hak tayangan pada suaminya juga. Biar seramping mana pun badan, biarlah suami saja yang menatapnya tak perlulah nak tunjukkan pada orang lain yer...

Saya mungkin orang luar dalam bisnes ni....tapi, saya perlu suarakan pendapat seorang wanita yang sayangkan saudara wanita yang seagama. Biar pendapatan yang masuk tu bukan sekadar angka tapi membawa masuk keberkatan juga. Mohonlah supaya Allah SWT berkati usaha kita.

Salah satu tanda orang bersyukur adalah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT dan melakukan apa yang disuruh oleh Allah SWT. Orang yang sentiasa bersyukur, rezekinya akan bertambah-tambah tapi orang yang kufur azab Allah SWT sangatlah pedih.

Sekadar ingatan buat diri sendiri terutamanya dan teman-teman wanitaku semua.

P/S: Semalam ada juga bertanya pada Abu Ziyad pasal bisnes ni saja nak tengok reaksi. Tapi, awal-wal lagi kena cantas. Kalau suami sendiri tak berjaya diyakinkan macam manalah nak yakinkan orang lain. So, I rest my case....

Nak jana tambahan pendapatan kunci utamanya adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT, rezeki kan datang dariNya...


2 comments:

  1. Hehe..setuju2 (bab model2 tu).
    Dari aritu duk terfikir pasal benda ni, sbb korset tu tiba2 cam glamer plak sejak akhir2 ni.
    Kadang2 kita yg pompuan ni pon rasa malu bila tgok model2 tu. Huhu..

    **Dulu ada org pernah btau saya, ada baiknya xdak product2 melangsingkan badan ni sbb bila badan dh cantik, mesti nk pakai sendat2. Huhu..
    Allahua'lam..

    ReplyDelete
  2. ye la zarina...nak pulak kalau lelaki yg tengok...gugur iman..

    akak pernah jugak dengar ayat tu, ada jugak yg masa badan berisi bertudung litup, tapi bila kurus hilang tudung, pakaian pun seksi, takut2 kita jadi kufur nikmat bukan bertambah bersyukur..

    ReplyDelete