Tuesday, January 10, 2012

ALL IS WELL


Assalammualaikum semua,

Tadi baru saja dapat panggilan daripada seseorang. Katanya, Khamis ni dah boleh start mengajar. Adeh, tiba-tiba jantungku berdebar-debar.

Okay, sure ada yang tertanya-tanya saya jadi cikgu ker? (Macamlah glamour sangat orang nak tanya-tanya)...

Memang saya jadi cikgu..tapi cikgu tuisyen jer. Mengajar subjek Kimia...Pergghhh...Terbelit-belitlah otakku nanti.

Nak mengajar tu satu perkara tapi kita pulak nak kena belajar sama. Manalah nak ingat dah jadual berkala, mol, double bond dan sebagainya tu...Silap-silap anak murid yang ajar cikgu. Tadi dah study sikit-sikit silibus Kimia Form 5. Wah, bersimpul-simpul jugaklah persamaan kimia kepala otak saya ni nak memahamkan formula, konsep dan sebagainya. Suami saya lah orang yang paling bersemangat bawak saya pergi beli buku rujukan Kimia. Siap dengan buku latihan lagi. Tiba-tiba rasa macam nak masuk sekolah menengah balik. Hehe...

Baru saya teringat. Sejak kebelakangan ni selalu saja mimpi pakai baju sekolah, pergi sekolah, belajar. Mungkin inilah jawapan kepada mimpi saya tu. Akhirnya, darah guru itu mengalir juga dalam saluran darah merahku. Mak cikgu, adik cikgu, kakak pun terbabit sama dalam profesion perguruan. Meski hanya guru sambilan di pusat tuisyen.

Bak kata suamiku, inilah masanya nak belajar mengajar. Kata nak jadi pensyarah, kan...Kalau yang ini pun dah terketar-ketar mengajar, bayangkanlah kalau jadi pensyarah nanti. Demam kura agaknya...huhu..

Anyway, alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Di samping dapat menjana pendapatan, yang paling penting mungkin inilah caranya untuk saya kembali mendalami ilmu. All is well..hehe...Ilmu bukan untuk peperiksaan tapi untuk diamalkan. InsyaAllah.

Semoga Allah berikan kekuatan buat saya untuk mendalami, memahami dan mengkaji subjek Kimia ni (masa SPM dulu tak skor pun subjek ni sob..sob..sob). Mudah-mudah Allah SWT mudahkan pengajaran saya nanti.

Risau jugak nak ajar budak-budak bandar ni. Maklumlah, mak bapaknya highly educated. Silap ajar kang naya...

Pray for my success...

Semuanya dengan izin Allah SWT.....Thank you Allah..

No comments:

Post a Comment