Sunday, January 1, 2012

BYE BYE 2011...HI...HI 2012


Assalamualaikum semua,

Nak ingatkan sekali lagi, tahun 2012 hanya satu fasa perubahan yang melibatkan angka. Jadi, tak perlu nak taksub gila-gila. Dan tak perlu nak takut-takut dengan ramalan ahli Nujum Pak Belalang yang mengatakan kiamat akan berlaku pada 20.12.2012. Hebat sungguh, Rasulullah SAW yang dapat wahyu terus dari Allah SWT (meski perantaranya adalah Jibril a.s), pun tidak tahu rahsia Allah yang satu tu. Kita manusia biasa yang banyak dosa ni tiba-tiba nak ambil taraf Kenabian Baginda lalu pakat meramal bagai nak gila. Kiamat tu rahsia Allah. Sama juga seperti jodoh, rezeki, ajal, semua itu adalah rahsiaNya. Tak ada siapa yang tahu, Puak Maya, Nujum Pak Belalang, Ayah Pin, Rasul Melayu, semuanya tak tahu...Hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi, kerjalah seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah seolah-olah kita akan mati sekejap lagi.

Segala keburukan yang telah dilakukan sepanjang tahun 2011, mudah-mudahan tidak kita ulanginya dengan izin Allah SWT jua. Segala kebaikan yang dilakukan sepanjang 2011, mudah-mudahan dapat kita panjangkan sepanjang tahun 2012, bahkan berterusan ke tahun-tahun berikutnya (kalau diizinkan Allah kita panjang usia).

Tahun baru bukan tahun kita berebut nak beli iPad, Samsung galaxy, iPhone, Mercedes, Lancer Mitsubishi sampai merana diri berhutang dan sebagainya. Dunia ni hanya sementara tak perlulah mengejar kemewahan yang melampau. Cukuplah asalkan melengkapi keperluan.

Bahkan kedatangan tahun baru ni kita perlu berlumba-lumba solat jemaah di masjid/surau setiap hari (bagi lelaki), solat di awal waktu setiap waktu solat dan setiap hari (bagi wanita), kejar majlis-majlis ilmu agama (bukan tertakluk pada Ustaz Azhar Idrus punya saja), setiap hari baca Al-Quran, setiap ketika bersedekah dan lain-lain amal kebajikan.

Percayalah bila kita kejar akhirat, dunia akan ikut belakang kita tapi kalau kejar dunia kita takkan dapat akhirat..Bak kata pepatah, kalau tanam padi, lalang akan tumbuh sama, tapi kalau tanam lalang, padi takkan tumbuh sama.

Ingatan buat diri sendiri sempena tahun baru...

Ya Allah, bantulah kami.

P/S: Sedih bila dengar mahasiswa dipukul pada malam tahun baru sebab demo minta kebebasan akademik. Pihak tu mungkin dah lupa yang 5 tahun lagi mereka mungkin bukan lagi menjadi golongan yang memimpin, 5 tahun lagi mungkin yang dipukul itu akan memimpin. We are not forever alive and bukan selamanya di atas.

Berjuang untuk kebenaran itu sangat manis walau jalan yang dilalui berduri, berdarah dan mengorbankan nyawa. Hasan al-Bana dulu mati ditembak oleh pemerintah dan tiada siapa boleh mengusung mayatnya kecuali ayahnya yang sudah uzur dan ahli keluarga wanita. Bahkan Rasulullah SAW bermandi darah dibaling batu semasa menyebarkan dakwah. Yang benar itu jalannya memang tak mudah.

Suatu hari nanti yang benar akan mengalahkan yang salah dan zalim. Berdoalah semoga kita tergolong dalam golongan yang benar. InsyaAllah...


No comments:

Post a Comment