Wednesday, June 24, 2009

SUATU HARI DI PASAR MALAM

Suatu hari dihari raya...

Bila baca tajuk entri kali ni, terngiang2 pula lagu nyanyian M.Nasir itu. Tiba2 feel raya datang menjengah. Puasa pun belum dah fikir pasal raya. Hari ni dah bersamaan dengan 1 Rejab 1430 H. Tinggal sebulan lagi sebelum kita menyambut Ramadhan al-Mubarak. Pakat2 la siapkan diri dengan menjalankan puasa sunat sepanjang bulan Rejab dan Syaaban ni. Nanti dah masuk bulan Ramadhan, tak adalah kita ni lembik dan lesu berpuasa sebulan. Buat kerja pun dengan lemah longlai.



Tinggalkan dulu isu2 puasa dan raya ni. Masih terlalu awal nak bicarakan isu ni. Berbalik kepada tajuk entri kali ni. Memandangkan dah lama tak pergi ke pasar malam setiap hari Jumaat, jadi saya pun menumpang kawan2 saya berkunjung ke pasar malam tersebut minggu lepas. Suami tak ada, kenalah berdikari sikit. Bukan itu saja sifat malas masak terus datang menyerang diri saya ni. Kalau setakat saya dan adik saya (pengasuh Ziyad import dari Pendang) saja yang ada kat rumah, baik beli.


Kata suami saya kalaulah dia baca entri ni, "Selalu abang kat rumah asyik makan lauk masak kat kedai saja". Kan dah kena sebijik. Betul2 terasa ni maklumlah dapat isteri tak berapa pandai masak dan sibuk sangat konon2nya. Walaupun dah lama tak pergi ke pasar malam tapi suasananya masih sama. Namun ada juga suasana yang saya rasa agak baru bagi saya si pengunjung pasar malam yang sekejap ada dan sekejap tak ada ni.


Mungkin sebab dah lama tak pergi ke pasar malam kot, jadi bila saya menjejakkan kaki ke pasar tersebut tersangatlah ramai manusia. Nak mencelah sebelah kaki pun terpaksa berasak2 sikit. Luar biasa ramai. Kalau bawa anak ramai2 ke situ memang sesat la anak2 kita tu jawabnya.


Punyalah rambang mata saya ni melihat pelbagai jenis makanan yang biasa saya jumpa mahu pun tak pernah saya jumpa di mana2. Kalau ikut nafsu, memang semuanya saya nak beli. Mujurlah bawa duit cukup2 saja. Terpaksalah pilih yang terbaik saja untuk dijadikan santapan. Kawan si F pun ada juga tunjukkan saya gerai2 yang sedap makanannya. Jadi tak lah saya ni tertipu dengan gerai2 yang tengok makanannya nampak sedap. Tapi bila rasa...faham2 sajalah.


Tapi, dalam kemeriahan saya dan orang2 lain membeli, ada insan2 yang ke hulu ke hilir pasar malam memohon sumbangan dan sedekah untuk rumah anak2 yatim dan sekolah2 tahfiz. Sayu hati saya. Yang paling saya sedih bila orang2 yang lalu lalang seolah2 tidak menghiraukan kewujudan insan2 ni. Tidak langsung dipandang walaupun mereka disapa oleh insan2 ini. Hinakah mereka kerana meminta2?


Tiba2 saya disapa oleh salah seorang daripada insan2 ini sambil menunjukkan kertas bertulis yang mungkin dapat dijadikan bukti supaya mereka diberi kepercayaan untuk menerima huluran sumbangan dan sedekah daripada orang ramai. Tidaklah saya meneliti apa yang ditulis atas kertas tersebut. Saya hulurkan sedikit rezeki yang saya ada walaupun tak sebanyak mana kerana saya sentiasa ingat pesanan ibu saya walau di mana saja saya berada.


Pesan ibu saya, "Kalau ada orang datang jual atau minta sedekah, belilah atau berilah sedikit daripada rezeki yang kita ada kepada mereka. Jangan biarkan mereka pulang dengan tangan kosong".


Kalau ditanya, saya pasti insan2 ini tidak ingin meminta2 tetapi keadaan memaksa dan mendesak. Itu sajalah yang mampu mereka lakukan. Bila melihat insan2 ni yang sebaya adik2 saya dan ahli keluarga saya yang lain, tak sampai hati untuk tidak menghiraukan mereka begitu saja. Bayangkan saya yang berada di tempat mereka....Buat insan2 ini maaf kerana tidak banyak membantu.


Kata orang, jangan mudah percaya kerana mereka mungkin ahli2 sindiket yang menipu untuk meraih simpati dan wang daripada orang ramai. Tak terlintas pula di fikiran saya ketika itu sewaktu menghulurkan sedikit sumbangan buat mereka. Bukan kerja saya sebagai manusia biasa untuk menghakimi dan menilai mereka. Tangan yang memberi tu kan lebih baik daripada yang menerima. Cukuplah Dia saja yang tahu niat disebalik hati hamba2Nya dan Dia saja yang layak menghakimi dan menilai seseorang itu. Hari ni mungkin mereka yang susah, esok2 manalah tahu giliran kita pula....

Memandangkan kami dah pergi ke pasar malam tu, jadi kawan saya si F ni pun teramatlah teringin nak makan pengat durian. Nak beli tak ada orang jual jadi terpaksalah beli durian dan masak sendiri. Mujurlah tercapai juga hasratnya nak beli durian. Dengan bermodalkan RM 10 dapatlah durian dalam sebakul bersaiz sederhana besar. Adalah dalam 6 ke 7 biji durian kot. Saya pun dapatlah dua biji durian ehsan daripada F. Alhamdulillah...Rezeki anak kot. Padahal mak dengan makciknya yang bantai habis.

Pakcik yang jual tu letaklah durian2 tu dalam satu beg plastik yang besar untuk dibawa pulang. Tapi punyalah berat plastik tu nak diangkat. Mana taknya 6 ke tujuh biji durian dalam tu. Yang nak bawa plastik tu bukannya lelaki tapi perempuan Melayu terakhir. Bayangkan sajalah. Jadi, F pun mintaklah pakcik tu pecahkan durian2 tu dalam 2 beg plastik senanglah sikit nak dibawa. Tapi pakcik tu bersungguh2 tak nak bagi. Disuruhnya kawan saya tu bawa balik je macam tu. Alasannya sebab sayangkan plastik hikmatnya tu. Adoiiii....Boleh terima ker alasan macam tu? Sabar aje lah. Setelah diberi penjelasan dan dipujuk akhirnya pakcik tu bagi lah juga plastiknya yang sangat berharga tu. Plastik pun nak berkiralah pakcik ni....Ish3. Nasib baiklah kawan saya tu penyabar walaupun panas hatinya ketika itu. Saya dan kawan2 yang lain pun tumpang panas sekali bukan setakat tumpang durian dan kereta saja. Hehe...

Hampir pukul 7 lebih, kami selesai membeli. Masa datang pun dah pukul 6 lebih. Dah masuk pasar malam bukannya seminit dua, mahu berjam2 meronda2 pilih makanan. Tapi, semasa kami semua dalam perjalanan pulang pun masih ramai lagi yang baru datang ke pasar malam. Walaupun petang dah menginjak ke malam. Tambah2 pula dekat2 nak masuk waktu Maghrib. Hati kecil saya ni tertanya2 la juga, agak2nya berapa lama mereka2 yang baru tiba ni nak meronda2 pasar malam ni. Tapi berbaik sangkalah mungkin mereka akan solat di masjid yang berhampiran.

Kata Imam Ghazali kepada anak2 muridnya, "Yang paling ringan itu adalah solat".

Semoga kita tak tergolong dalam golongan yang meringankan solat. Sibuk macam mana pun berniaga mencari rezeki tapi kewajipan jangan ditinggal. Tak berkat rezeki nanti contoh hari ni dapat duit esok dah habis dibelanjakan dengan sia2. Rezeki Allah nak, tapi culas nak bersyukur pada Yang Maha Memberi rezeki.


No comments:

Post a Comment