Monday, June 15, 2009

MASUK BARISAN


Alhamdulillah, puja dan puji saya panjatkan pada Yang Maha Menciptakan. Syukur tak terhingga padaNya kerana menganugerahkan kepada saya keluarga yang sakinah, suami yang penyayang dan baik hati dan anak yang sangat sihat dan sempurna sifat. Semoga diperluaskan rezeki kami sekeluarga dengan kecukupan harta benda dan anak2 yang soleh dan solehah. Jadikanlah anak2 kami penyambung mata2 rantai para pendokong agamaMu yang mulia yang lebih baik daripada kami.

Selawat dan salam buat Rasul junjungan. Semoga mendapat syafaatnya di akhirat nanti. Layakkah kita ni untuk meraih syafaat Rasul kita di akhirat nanti kalau sunnahnya kita tak ikuti? Tepuk dada tanya iman. Kalaulah iman kita ni boleh diukur menggunakan kaedah seperti termometer.Letak saja termometer iman itu di badan kita dan ia akan memberi bacaan iman kita semenjak kita lahir sehinggalah sekarang. Maksimum, minimum atau zero bacaannya tanpa dipengaruhi sebarang ralat. 100% accurate.

Kalaulah ada alat seperti itu, boleh lah kita tahu di tahap mana iman kita. Jika kurang bacaannya bolehlah ditambah amalan2 hasanah, jika banyak bacaannya bolehlah di 'maintain' kan amalan2 hasanah tersebut. Bolehlah kot diusulkan kepada sesiapa yang nak sambung belajar untuk mengkaji potensinya. Agak2 boleh tak dicipta alat sebegitu. Maklumlah, manusia ni kan suka mereka cipta benda2 yang pelik. Yang pastinya, iman itu adalah perkara yang hanya dapat dinilai oleh Yang Maha Kuasa, setinggi mana tahap keimanan seseorang manusia itu kepadaNya.

Seorang hamba Allah ini solat Subuh pukul 8 pagi kerana terjaga lambat daripada tidurnya. Dia beribadat dengan penuh rasa sesal dan merendah diri kerana terlambat menyempurnakan ibadatnya itu. Seorang hamba Allah lagi solat sebaik saja azan Subuh selesai. Dia diibaratkan melaksanakan solatnya sebagai rutin setiap hari tanpa penuh rasa sesalan dan rendah diri pada Penciptanya. Agak2nya solat yang mana lebih diterima oleh Allah? Entah2 solat Subuh pukul 8 pagi itu lebih dinilai oleh Allah daripada solat seorang lagi walaupun dia solat di awal waktu. Nilai iman hanya Dia saja yang tahu. Jadi, ibadat sekecil2 mana pun buatlah dengan penuh rasa kehambaan. Ingatan untuk diri sendiri yang sangat lemah ini.

Berbalik kepada tajuk posting. Kepada yang membaca jangan tukar blog anda kerana tajuk di atas langsung tidak ada kaitan dengan mana2 parti politik. Dan kepada yang berkenaan undi saya masih pada pihak yang sentiasa dekat di hati dan rahsia. Tajuk ini juga bukan merujuk pada buku yang menggunakan tajuk yang sama. Hanya sekadar tajuk tetapi isinya berbeza. Tiada unsur komersial dalam tajuk ini.

Tajuk ini sebenarnya merujuk kepada fenomena yang semakinmenjadi2 di sebuah tempat *** ni. Dalam kita sedang berbaris panjang membeli makanan, ada juga pihak2 yang kurang prihatin dengan isu berbaris ni. Remeh ke isu masuk barisan ni. Bayangkan anda berada di plaza tol ketika musim perayaan yang sudah semestinya sesak dengan kenderaan. Seperti biasa, setiap kenderaan akan berbaris menunggu giliran masing2 untuk membayar duit tol atau mahu mengambil tiket. Cuba kalau ada beberapa kenderaan tiba2 datang dari belakang dan terus memotong giliran anda di hadapan. Lebih dekat dengan pondok tol itu berbanding anda yang sudah lama berbaris. Agak2nya apa perasaan anda ketika itu?

Mesti ada juga rasa macam nak keluar dari kereta anda kemudian pergi ke kereta tersebut lalu pancitkan tayarnya. Atau pun anda rasa macam nak pergi menemui pemandu kereta tersebut lalu memarahinya dengan sepenuh hati anda. Tak pun anda rasa macam nak belasah saja pemandu kereta yang kurang ajar itu yang suka2 hati potong giliran anda. Macam itu jugalah perasaan saya dan orang2 lain yang selalu saja ditimpa masalah sebegini. Sudah lah barisannya panjang tiba2 ada pula insan2 yang potong barisan.Akibatnya barisan yang panjang itu tak bergerak dan orang yang potong barisan kita tu boleh makan dulu dari kita yang lapar pada ketika itu.

Bolehkah dilabel orang2 yang tak prihatin dengan orang lain ni sebagai tak berbudi bahasa. Rasanya tak berbudi bahasa itu lebih sopan ayatnya daripada kurang ajar. Nak ditegur, orang2 tersebut taraf pendidikannya lebih tinggi daripada kita dan makan garam dulu daripada saya yang muda ini. Takkanlah tak tahu kepentingan berbaris semasa membeli makanan. Malah dalam apa2 situasi pun yang memerlukan kita berbaris, sepatutnya hormatilah orang2 lain yang sedang berbaris. Tunggu giliran masing2. Biar lambat asalkan selamat. Ramai yang dah lupa kerelevenan pepatah ni. Kalaulah orang yang dipotong giliran tu jenis yang panas baran, tak pasal2 masuk hospital. Itulah yang dimaksudkan 'selamat' dalam pepatah itu.

Jadi, kepada sesiapa yang selalu juga terbuat benda2 macam ni, tolonglah hormati hak orang lain kalau kita nak orang lain hormati hak kita. Barulah aman dan tenang hidup kita ni. Kurang musuh dan banyak kawan.

PREEEEETTT!!! MASUK BARISAN!

No comments:

Post a Comment