Tuesday, June 2, 2009

PERLANGGARAN TAK KENYAL

Salam ukhwah buat semua yang membaca leteran2 saya dalam blog ni. Sejak2 menjadi blogger tahap rendah ni, semakin rajin pulak otak saya berfikir2 mencari isu2 dan pandangan2 yang boleh saya leterkan di blog ni. Banyak pulak perkara dan idea2 yang saya dapat untuk dikupas sesedap rasa. Tapi, bila nak fikir pasal projek, otak terus jem. Jadi lembab macam kek coklat lembab..em..nyum...nyum



Al kisahnya 2 hari yang lalu berlaku kejadian yang agak tragis. Kereta saya tiba2 dilanggar oleh sebuah kereta yang lain dari belakang semasa dalam perjalanan ke Parit Buntar. Tak disangka2...Mujur tak ada yang cedera. Frankly said, saya memang dah sinonim dengan langgar2 ni sebab dah banyak kali saya terlanggar kereta orang lain sampai kemek kereta saya sedangkan kereta yang saya langgar tu calar2 je...dan terlanggar pagar rumah. Akibatnya, bumper belakang kereta saya tu dah kemek dalam bentuk bulatan.


Kata suami saya, "Nanti langgar lah sebelah bumper lagi tu. Dua2 belah kemek baru cantik...". Berbaur sarkastik. Telan sajalah....Saya pun buat muka seposen. Cik abang tak sampai hati nak marah.


Tapi kali ni lain ceritanya sebab kereta saya yang dilanggar dari belakang. Bukan saya yang terlanggar macam biasa. Terkejut saya dibuatnya. Kalau diikutkan hentaman kereta tu yang agak kuat saya rasa, memang dah kemek bumper kereta saya tu. Mujurlah bila saya periksa kereta dengan orang yang langgar tu (uncle berbangsa Cina), calar sikit2 saja. Cuma nombor plat kereta uncle tu patah sikit. Kata uncle tu, brek keretanya tak makan jadi terlanggar dengan tidak sengaja. Oleh itu, saya maafkan saja ketidak sengajaannya memandangkan uncle tu pun tak putus2 mohon maaf. Kalau kemek memang kena bayar ganti rugi la....Tapi, belum sempat saya beritahu peristiwa tu pada suami saya, dia dah boleh cam perubahan pada bumper belakang yang dilanggar tu. Bumper nampak macam jatuh sikit.



"Tak apalah", kata suami saya lagi setelah melihat muka 2 posen saya. "Dah memang nak tukar pun bumper tu..".



Mujurlah, kereta tu cuma kereta Wira secondhand jer. Cat pun dah banyak tertanggal. Kalaulah kereta Toyota Wish yang menjadi idaman kena langgar, sehari semalam kot saya kena dengar suami saya bersyarah..hehe..Siapa tak sayang kereta oiii...



Bercakap pasal langgar melanggar ni, teringat pulak insiden saya kemalangan semasa saya Latihan Industri 4 tahun yang lalu. Masa tu saya tengah menunggang motosikal Wave 100 yang menjadi kebanggaan. Untuk menghilangkan kebosanan menunggang selama hampir sejam dari Alor Setar ke Pendang, saya pun menyanyi2 sikit. Sedar2 saya dah kena langgar. Tercapik2 la kaki saya buat 2 hari. Motosikal saya pulak pecah lampu hadapan dan pancit tayar. Motosikal yang langgar saya tu pulak pecah tangki minyaknya. Gerun rasanya bila sesekali teringat insiden tu. Na'uzubillah...



Bila bercakap pasal benda2 macam ni, setiap hari semasa suami saya melangkah keluar dari rumah untuk ke tempat kerjanya saya berdoa,


"Semoga suami saya pergi dengan kebaikan, pulangnya pun dengan kebaikan".



Kesimpulannya, bacalah doa semasa keluar rumah dan doa menaiki kenderaan. InsyaAllah, kita akan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT ke mana saja kita pergi...Ingatan untuk diri...










2 comments:

  1. haha..aku dtg nak komen..oo ada blog tp x gtau..apapon nice blog..:D

    ReplyDelete
  2. ahlan wasahlan

    selamat melayari blog saya

    ReplyDelete