Wednesday, June 24, 2009

SUATU HARI DI PASAR MALAM

Suatu hari dihari raya...

Bila baca tajuk entri kali ni, terngiang2 pula lagu nyanyian M.Nasir itu. Tiba2 feel raya datang menjengah. Puasa pun belum dah fikir pasal raya. Hari ni dah bersamaan dengan 1 Rejab 1430 H. Tinggal sebulan lagi sebelum kita menyambut Ramadhan al-Mubarak. Pakat2 la siapkan diri dengan menjalankan puasa sunat sepanjang bulan Rejab dan Syaaban ni. Nanti dah masuk bulan Ramadhan, tak adalah kita ni lembik dan lesu berpuasa sebulan. Buat kerja pun dengan lemah longlai.



Tinggalkan dulu isu2 puasa dan raya ni. Masih terlalu awal nak bicarakan isu ni. Berbalik kepada tajuk entri kali ni. Memandangkan dah lama tak pergi ke pasar malam setiap hari Jumaat, jadi saya pun menumpang kawan2 saya berkunjung ke pasar malam tersebut minggu lepas. Suami tak ada, kenalah berdikari sikit. Bukan itu saja sifat malas masak terus datang menyerang diri saya ni. Kalau setakat saya dan adik saya (pengasuh Ziyad import dari Pendang) saja yang ada kat rumah, baik beli.


Kata suami saya kalaulah dia baca entri ni, "Selalu abang kat rumah asyik makan lauk masak kat kedai saja". Kan dah kena sebijik. Betul2 terasa ni maklumlah dapat isteri tak berapa pandai masak dan sibuk sangat konon2nya. Walaupun dah lama tak pergi ke pasar malam tapi suasananya masih sama. Namun ada juga suasana yang saya rasa agak baru bagi saya si pengunjung pasar malam yang sekejap ada dan sekejap tak ada ni.


Mungkin sebab dah lama tak pergi ke pasar malam kot, jadi bila saya menjejakkan kaki ke pasar tersebut tersangatlah ramai manusia. Nak mencelah sebelah kaki pun terpaksa berasak2 sikit. Luar biasa ramai. Kalau bawa anak ramai2 ke situ memang sesat la anak2 kita tu jawabnya.


Punyalah rambang mata saya ni melihat pelbagai jenis makanan yang biasa saya jumpa mahu pun tak pernah saya jumpa di mana2. Kalau ikut nafsu, memang semuanya saya nak beli. Mujurlah bawa duit cukup2 saja. Terpaksalah pilih yang terbaik saja untuk dijadikan santapan. Kawan si F pun ada juga tunjukkan saya gerai2 yang sedap makanannya. Jadi tak lah saya ni tertipu dengan gerai2 yang tengok makanannya nampak sedap. Tapi bila rasa...faham2 sajalah.


Tapi, dalam kemeriahan saya dan orang2 lain membeli, ada insan2 yang ke hulu ke hilir pasar malam memohon sumbangan dan sedekah untuk rumah anak2 yatim dan sekolah2 tahfiz. Sayu hati saya. Yang paling saya sedih bila orang2 yang lalu lalang seolah2 tidak menghiraukan kewujudan insan2 ni. Tidak langsung dipandang walaupun mereka disapa oleh insan2 ini. Hinakah mereka kerana meminta2?


Tiba2 saya disapa oleh salah seorang daripada insan2 ini sambil menunjukkan kertas bertulis yang mungkin dapat dijadikan bukti supaya mereka diberi kepercayaan untuk menerima huluran sumbangan dan sedekah daripada orang ramai. Tidaklah saya meneliti apa yang ditulis atas kertas tersebut. Saya hulurkan sedikit rezeki yang saya ada walaupun tak sebanyak mana kerana saya sentiasa ingat pesanan ibu saya walau di mana saja saya berada.


Pesan ibu saya, "Kalau ada orang datang jual atau minta sedekah, belilah atau berilah sedikit daripada rezeki yang kita ada kepada mereka. Jangan biarkan mereka pulang dengan tangan kosong".


Kalau ditanya, saya pasti insan2 ini tidak ingin meminta2 tetapi keadaan memaksa dan mendesak. Itu sajalah yang mampu mereka lakukan. Bila melihat insan2 ni yang sebaya adik2 saya dan ahli keluarga saya yang lain, tak sampai hati untuk tidak menghiraukan mereka begitu saja. Bayangkan saya yang berada di tempat mereka....Buat insan2 ini maaf kerana tidak banyak membantu.


Kata orang, jangan mudah percaya kerana mereka mungkin ahli2 sindiket yang menipu untuk meraih simpati dan wang daripada orang ramai. Tak terlintas pula di fikiran saya ketika itu sewaktu menghulurkan sedikit sumbangan buat mereka. Bukan kerja saya sebagai manusia biasa untuk menghakimi dan menilai mereka. Tangan yang memberi tu kan lebih baik daripada yang menerima. Cukuplah Dia saja yang tahu niat disebalik hati hamba2Nya dan Dia saja yang layak menghakimi dan menilai seseorang itu. Hari ni mungkin mereka yang susah, esok2 manalah tahu giliran kita pula....

Memandangkan kami dah pergi ke pasar malam tu, jadi kawan saya si F ni pun teramatlah teringin nak makan pengat durian. Nak beli tak ada orang jual jadi terpaksalah beli durian dan masak sendiri. Mujurlah tercapai juga hasratnya nak beli durian. Dengan bermodalkan RM 10 dapatlah durian dalam sebakul bersaiz sederhana besar. Adalah dalam 6 ke 7 biji durian kot. Saya pun dapatlah dua biji durian ehsan daripada F. Alhamdulillah...Rezeki anak kot. Padahal mak dengan makciknya yang bantai habis.

Pakcik yang jual tu letaklah durian2 tu dalam satu beg plastik yang besar untuk dibawa pulang. Tapi punyalah berat plastik tu nak diangkat. Mana taknya 6 ke tujuh biji durian dalam tu. Yang nak bawa plastik tu bukannya lelaki tapi perempuan Melayu terakhir. Bayangkan sajalah. Jadi, F pun mintaklah pakcik tu pecahkan durian2 tu dalam 2 beg plastik senanglah sikit nak dibawa. Tapi pakcik tu bersungguh2 tak nak bagi. Disuruhnya kawan saya tu bawa balik je macam tu. Alasannya sebab sayangkan plastik hikmatnya tu. Adoiiii....Boleh terima ker alasan macam tu? Sabar aje lah. Setelah diberi penjelasan dan dipujuk akhirnya pakcik tu bagi lah juga plastiknya yang sangat berharga tu. Plastik pun nak berkiralah pakcik ni....Ish3. Nasib baiklah kawan saya tu penyabar walaupun panas hatinya ketika itu. Saya dan kawan2 yang lain pun tumpang panas sekali bukan setakat tumpang durian dan kereta saja. Hehe...

Hampir pukul 7 lebih, kami selesai membeli. Masa datang pun dah pukul 6 lebih. Dah masuk pasar malam bukannya seminit dua, mahu berjam2 meronda2 pilih makanan. Tapi, semasa kami semua dalam perjalanan pulang pun masih ramai lagi yang baru datang ke pasar malam. Walaupun petang dah menginjak ke malam. Tambah2 pula dekat2 nak masuk waktu Maghrib. Hati kecil saya ni tertanya2 la juga, agak2nya berapa lama mereka2 yang baru tiba ni nak meronda2 pasar malam ni. Tapi berbaik sangkalah mungkin mereka akan solat di masjid yang berhampiran.

Kata Imam Ghazali kepada anak2 muridnya, "Yang paling ringan itu adalah solat".

Semoga kita tak tergolong dalam golongan yang meringankan solat. Sibuk macam mana pun berniaga mencari rezeki tapi kewajipan jangan ditinggal. Tak berkat rezeki nanti contoh hari ni dapat duit esok dah habis dibelanjakan dengan sia2. Rezeki Allah nak, tapi culas nak bersyukur pada Yang Maha Memberi rezeki.


Saturday, June 20, 2009

BICARA SEPASANG SUAMI ISTERI

Suami: Sayang, abang tak ada apa nak diberi kepada sayang. Abang tak dapat nak beri sayang intan permata macam isteri2 yang lain..

Isteri: Tapi.....sayang ada abang...



Saat ini seorang isteri sedang merindui suaminya yang sedang berkursus di KL selama 9 hari


Countdown: 6 hari sebelum abang pulang


Thursday, June 18, 2009

STRESS = EAT A LOT


Betulkah pemakanan kita berkait rapat dengan stress yang kita hadapi? Ada orang bila stress, tak lalu nak makan. Tapi ada orang bila stress lagi banyak yang dia nak makan. Anda di kategori yang mana? Tepuk dada tanya kepala dan selera...Rosak peribahasa.

Yang pasti saya tergolong dalam golongan orang yang bila stress lagi banyak yang saya makan. Tapi, bersyukur sangat sebab makanlah sebanyak mana pun (tolak batu, kayu, besi) berat badan saya susah nak bertambah. Sebelum kahwin berat saya dalam lingkungan 44-45 kg sahaja. Tak lebih daripada julat tersebut. Selepas berkahwin, berat saya maintain 48 kg sahaja. Semasa mengandung yang paling terasa pertambahan berat badan sampai mencecah maksimum 62 kg (9 bulan mengandung). Selepas bersalin, 50 kg sahaja berat saya. Tapi saya memang suka berat badan saya bertambah. Taklah orang nampak dari jauh saya ni ibarat papan lapis yang sedang berjalan..huhuhu

Kalau diikutkan dengan tinggi 5 kaki 3 inci dan berat 50 kg ni, saya ni dah boleh kot jadi model busana muslimah. Berangan....Itulah satu sebabnya kenapa setiap kali saya stress saya akan makan. Betulkah cara saya mengawal stress saya ni? Terpulang pada diri masing2.

Kata seorang teman saya F (bukan nama sebenar), "Ai, gemuklah saya macam ni setiap kali stress ajak saya makan".

Dia merungut dulu tapi setiap kali saya ajak dia makan, dia termakan juga ajakan saya itu. Kononnya teman saya tu nak berdiet tapi makan petang tak pernah miss...hehe. Satu panduan yang saya dapat dari seorang misi (nurse) semasa saya selalu buat check up baby dalam perut kat klinik berdekatan. Kalau nak diet jangan sampai tak makan, tapi makan dengan kerap dalam kuantiti yang kecil.

8.00 pagi: Sarapan
10.00 pagi: Cicipan/Kudapan (betul ke term ni??)
12.00 tgh: Makan tengahari
3.00 ptg: Makan/Minum petang
7.00 mlm: Makan malam
10.00: Minum susu

Selepas pukul 10 malam dinasihatkan tidak mengambil sebarang makanan lagi. Begitulah panduan yang misi tu tuliskan untuk saya yang bukan saja boleh digunakan untuk ibu2 mengandung tapi juga untuk2 anda2 yang nak berdiet. Cara seperti ni saya kira lebih selamat daripada kita menggunakan ubat-ubatan yang ada kesan sampingan pula selepas mengamalkannya. Control what you eat. Ini pesanan untuk orang lain termasuk suami saya yang merungut berat badannya dah naik mendadak. Yang paling ketara perut lah. Tak apa lah abang...itukan tandanya suami saya ni bahagia beristerikan saya (isu ini akan saya post kemudian dalam posting saya seterusnya).

Berbalik kepada tajuk posting, setiap daripada kita punyai cara trsendiri untuk menangani stress masing2. Asalkan cara itu tidak menggugat kesihatan dan diri, apa salahnya diteruskan. Mujurlah saya bukannya seorang yang emosi. Bukan seorang yang asyik nak menagis bila dilanda stress. Kadang2 saya buat tak tahu jer. Be positive! Itulah kuncinya supaya tak diserang penyakit murung. Bahaya tu lebih2 lagi pada ibu2 yang mengandung dan selepas bersalin. Boleh dapat post natal depression (baru belajar term ni dari F semasa makan tengahari tadi).
Pendek kata, lumrahlah dalam kehidupan sekiranya kita sentiasa dilanda masalah dan stress. Cuma jangan terlalu memikirkan masalah sampai stress yang teramat sangat. Bila saya renung ayat di bawah:

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)

Terasa lega hati. Stress pun kurang.....ibarat dibawa pergi angin sepoi2 bahasa. Masalah itu datang daripadaNya, jalan keluar daripada masalah pun datang daripadaNya. Kemarau takkan berpanjangan, hujan akan turun juga nanti. Begitulah analoginya. Jangan cakap pula sekarang ni El Nino, panjanglah kemaraunya..bila hujan nak turun??? Panjanglah nak bercerita nanti.
Menaip di blog ni pun salah satu cara nak kurangkan stress. Bila saya luahkan apa2 yang tersirat di kepala dalam bentuk penulisan, rasa ringan kepala dan otak. Setiap orang ada cara masing2. Buatlah yang termampu. Jangan benda2 yang Allah larang sudah. Kat dunia hilanglah stress, tapi kat akhirat nanti stress kuasa infinitilah jawabnya.

BE POSITIVE!!!

Projek oh projek........!!!!

p/s: bila dah taip panjang2 dan publish post, perenggan pula hilang...menambah stresssssssssssss

Wednesday, June 17, 2009

NAK SAMBUNG BELAJAR??? JOM BACA TIPS NI

Salam Rabu buat semua teman2 yang mengenali saya, yang tak kenal atau yang baru nak berkenalan. Dah lama tak post apa2 coretan disebabkan kekangan waktu walaupun banyak betul idea datang silih berganti macam slideshow dalam kepala saya ni. Dah banyak sangat sampai tak dan nak menaip ditambah lagi dengan kesibukan menjalankan penyelidikan di makmal2 yang berkenaan. Tak sabar2 nak habiskan kerja2 di makmal ni.


Jadi, buat mengisi seciput masa yang ada ni, adalah sedikit tips2 yang saya rasa nak kongsi dengan sesiapa yang berhajat nak sambung belajar ke peringkat Ijazah Lanjutan atau Ijazah Tinggi.


Antara tips2 yang perlu anda tahu dan kaji sebelum sambung belajar adalah:

1) Pastikan anda kenal serba sedikit tentang bakal penyelia projek anda nanti.

Berdasarkan pengalaman saya adalah baik sekiranya anda mengenali pensyarah yang bakal menjadi penyelia anda nanti sebaik dan sebanyak yang mungkin. Sebabnya, penyelia anda inilah bakal menjadi insan yang samada selalu memberi sokongan dan bimbingan kepada anda ala2 seorang ibu atau ayah, atau insan yang bakal meyusahkan hidup anda dan keluarga anda.


Seorang kenalan saya pernah menghadapi kesusahan semasa menjalankan projek penyelidikannya disebabkan oleh penyelianya yang sangat susah untuk dihubungi dan juga nak berjumpa. Akibatnya, projeknya itu tertangguh hampir setengah tahun. Tak ada progress langsung sebab tak ada orang yang pakar untuk dirujuk. Mujurlah akhirnya kenalan saya itu berjaya juga menjadi graduan hasil kesabaran dan ketabahannya mendepani ujian.


Itulah sebabnya kenapa pemilihan penyelia amat penting untuk diselidiki terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk sambung belajar. Ada sesetengah penyelia yang mesra pelajar dan sangat mengambil berat hal ehwal pelajar di bawah seliaannya. Anda mungkin boleh berkongsi2 perkara2 peribadi mahupun akademik dengannya. malah, bergurau sekalipun beres. Ada juga sesetengah penyelia yang berprotokol sikit walaupun dengan pelajarnya sendiri. Bukan kata bersembang hal2 peribadi, bergurau pun tak berani. Asyik tanya kerja222....

Jadi, buatlah survey kalau boleh, ibarat nak beli keretalah. Mesti anda mahukan yang terbaik untuk diri anda kan....


2) Kaji dan fahami terlebih dahulu projek2 yang bakal anda laksanakan.

Selepas memilih penyelia yang berkenan di hati, tibalah saat untuk memilih tajuk2 penyelidikan atau projek2 penyelidikan yang bakal dilaksanakan. Ini adalah perkara yang sangat penting buat para bakal pelajar. Sebaik2nya buatlah solat istikharah untuk memilih sekiranya terdapat banyak pilihan yang ditawarkan kepada anda. Keputusan yang dibuat dengan campur tangan Allah SWT melalui solat istikharah pasti tidak akan membuat kita berasa menyesal dengan pilihan yang dibuat. Tak percaya?? Cubalah....


Seboleh2nya, kaji dan fahami sedalam2nya projek yang anda pilih. Kalau betul percaturan, anda mungkin akan berasa bahagia sepanjang anda menjalankan penyelidikan yang mungkin mengambil masa beberapa tahun. Tapi jika silap percaturan, anda terpaksa melalui kesengsaraan dan tekanan yang juga mungkin mengambil masa beberapa tahun. Huhu...
Na'uzubillah. Buatlah pilihan yang tepat.....


3) Periksa segala kemudahan dan alatan yang diperlukan dalam perlaksanaan projek anda.

Ini pun sikit sebanyak mempengaruhi juga kelancaran perlaksanaan projek anda. Kalau alatan dan kemudahan yang diperlukan untuk projek anda itu banyak yang rosak dan tidak tahu bila nak dibaiki ataupun memang takkan dibaiki, itu petanda untuk anda menukar pilihan anda seberapa segera supaya tidak menyusahkan anda di kemudian hari. Inilah yang akan menggangu kelancaran perjalanan projek anda sekaligus membuatkan anda grad lambat daripada pelajar2 satu batch dengan anda. MENAMBAH PSIKO....Mana taknya, dalam setahun dah 5 kali tukar tajuk penyelidikan. Bila nak graduatenya asyik tukar tajuk jer???


4) Pastikan anda mendapat elaun atau apa2 bayaran sepanjang anda menjadi pelajar Ijazah Lanjutan atau Ijazah Tinggi.

Ini yang paling penting kot..hehe..Tak ada duit macam mana nak buat kerja. Biasanya, perkara ke-4 inilah yang menjadi keutamaan bagi bakal2 pelajar. Lagi banyak dapat bayaran atau elaun, lagi seronok nak buat kerja..atau pun lagi sakan nak berjoli..ish3. Tak baik niat macam tu. Kalau ada yang niat macam tu cepat2 lah insaf. tak berkat belajar nanti.

Sekiranya pointer anda mantoppppp, biasiswa dan penajaan pasti dalam genggaman. Mudahlah nak sambung belajar bila ada sumber kewangan yang stabil. Tapi kalau cukup2 makan macam saya ni terpaksalah memohon ehsan duit geran penyelia yang dikenali sebagai Skim Pembantu Siswazah (SSP) tu. Sekarang ni, kerajaan dah keluarkan bantuan ransangan ekonomi untuk tolong pelajar2 macam saya ni bayar duit yuran, Jadi, kuranglah sikit bebanan. Apsallah baru ada tahun ni? Tak apalah...Bersyukurlah dengan apa yang ada kan...


Rasanya cukuplah dulu 4 tips yang tak seberapa hasil perahan fikiran saya. Waduss!!! Nak bagi tips banyak2 pun tak berkelayakan sangat sebab tak bergelar graduan Ijazah Sarjana lagi. Jadi, bagi sesiapa yang sudah meletakkan azam untuk sambung belajar bolehlah kot fikir2kan tips2 tanpa paksaan. Lain orang, lain pula pandangan dan pengalaman. Yang penting nak sambung belajar ni kenalah kuatkan mental dan fizikal dengan banyak2 bersenam anggota badan mahupun saraf2 otak.


Nasihat untuk diri, letakkan fokus dan matlamat sebaik2nya dan semaksima mungkin. Kalau tidak, 10 tahun pun belum tentu boleh graduate lagi. Mengabiskan duit geran dan kerajaan jer....Layan aje lah....


Monday, June 15, 2009

MASUK BARISAN


Alhamdulillah, puja dan puji saya panjatkan pada Yang Maha Menciptakan. Syukur tak terhingga padaNya kerana menganugerahkan kepada saya keluarga yang sakinah, suami yang penyayang dan baik hati dan anak yang sangat sihat dan sempurna sifat. Semoga diperluaskan rezeki kami sekeluarga dengan kecukupan harta benda dan anak2 yang soleh dan solehah. Jadikanlah anak2 kami penyambung mata2 rantai para pendokong agamaMu yang mulia yang lebih baik daripada kami.

Selawat dan salam buat Rasul junjungan. Semoga mendapat syafaatnya di akhirat nanti. Layakkah kita ni untuk meraih syafaat Rasul kita di akhirat nanti kalau sunnahnya kita tak ikuti? Tepuk dada tanya iman. Kalaulah iman kita ni boleh diukur menggunakan kaedah seperti termometer.Letak saja termometer iman itu di badan kita dan ia akan memberi bacaan iman kita semenjak kita lahir sehinggalah sekarang. Maksimum, minimum atau zero bacaannya tanpa dipengaruhi sebarang ralat. 100% accurate.

Kalaulah ada alat seperti itu, boleh lah kita tahu di tahap mana iman kita. Jika kurang bacaannya bolehlah ditambah amalan2 hasanah, jika banyak bacaannya bolehlah di 'maintain' kan amalan2 hasanah tersebut. Bolehlah kot diusulkan kepada sesiapa yang nak sambung belajar untuk mengkaji potensinya. Agak2 boleh tak dicipta alat sebegitu. Maklumlah, manusia ni kan suka mereka cipta benda2 yang pelik. Yang pastinya, iman itu adalah perkara yang hanya dapat dinilai oleh Yang Maha Kuasa, setinggi mana tahap keimanan seseorang manusia itu kepadaNya.

Seorang hamba Allah ini solat Subuh pukul 8 pagi kerana terjaga lambat daripada tidurnya. Dia beribadat dengan penuh rasa sesal dan merendah diri kerana terlambat menyempurnakan ibadatnya itu. Seorang hamba Allah lagi solat sebaik saja azan Subuh selesai. Dia diibaratkan melaksanakan solatnya sebagai rutin setiap hari tanpa penuh rasa sesalan dan rendah diri pada Penciptanya. Agak2nya solat yang mana lebih diterima oleh Allah? Entah2 solat Subuh pukul 8 pagi itu lebih dinilai oleh Allah daripada solat seorang lagi walaupun dia solat di awal waktu. Nilai iman hanya Dia saja yang tahu. Jadi, ibadat sekecil2 mana pun buatlah dengan penuh rasa kehambaan. Ingatan untuk diri sendiri yang sangat lemah ini.

Berbalik kepada tajuk posting. Kepada yang membaca jangan tukar blog anda kerana tajuk di atas langsung tidak ada kaitan dengan mana2 parti politik. Dan kepada yang berkenaan undi saya masih pada pihak yang sentiasa dekat di hati dan rahsia. Tajuk ini juga bukan merujuk pada buku yang menggunakan tajuk yang sama. Hanya sekadar tajuk tetapi isinya berbeza. Tiada unsur komersial dalam tajuk ini.

Tajuk ini sebenarnya merujuk kepada fenomena yang semakinmenjadi2 di sebuah tempat *** ni. Dalam kita sedang berbaris panjang membeli makanan, ada juga pihak2 yang kurang prihatin dengan isu berbaris ni. Remeh ke isu masuk barisan ni. Bayangkan anda berada di plaza tol ketika musim perayaan yang sudah semestinya sesak dengan kenderaan. Seperti biasa, setiap kenderaan akan berbaris menunggu giliran masing2 untuk membayar duit tol atau mahu mengambil tiket. Cuba kalau ada beberapa kenderaan tiba2 datang dari belakang dan terus memotong giliran anda di hadapan. Lebih dekat dengan pondok tol itu berbanding anda yang sudah lama berbaris. Agak2nya apa perasaan anda ketika itu?

Mesti ada juga rasa macam nak keluar dari kereta anda kemudian pergi ke kereta tersebut lalu pancitkan tayarnya. Atau pun anda rasa macam nak pergi menemui pemandu kereta tersebut lalu memarahinya dengan sepenuh hati anda. Tak pun anda rasa macam nak belasah saja pemandu kereta yang kurang ajar itu yang suka2 hati potong giliran anda. Macam itu jugalah perasaan saya dan orang2 lain yang selalu saja ditimpa masalah sebegini. Sudah lah barisannya panjang tiba2 ada pula insan2 yang potong barisan.Akibatnya barisan yang panjang itu tak bergerak dan orang yang potong barisan kita tu boleh makan dulu dari kita yang lapar pada ketika itu.

Bolehkah dilabel orang2 yang tak prihatin dengan orang lain ni sebagai tak berbudi bahasa. Rasanya tak berbudi bahasa itu lebih sopan ayatnya daripada kurang ajar. Nak ditegur, orang2 tersebut taraf pendidikannya lebih tinggi daripada kita dan makan garam dulu daripada saya yang muda ini. Takkanlah tak tahu kepentingan berbaris semasa membeli makanan. Malah dalam apa2 situasi pun yang memerlukan kita berbaris, sepatutnya hormatilah orang2 lain yang sedang berbaris. Tunggu giliran masing2. Biar lambat asalkan selamat. Ramai yang dah lupa kerelevenan pepatah ni. Kalaulah orang yang dipotong giliran tu jenis yang panas baran, tak pasal2 masuk hospital. Itulah yang dimaksudkan 'selamat' dalam pepatah itu.

Jadi, kepada sesiapa yang selalu juga terbuat benda2 macam ni, tolonglah hormati hak orang lain kalau kita nak orang lain hormati hak kita. Barulah aman dan tenang hidup kita ni. Kurang musuh dan banyak kawan.

PREEEEETTT!!! MASUK BARISAN!

Wednesday, June 10, 2009

PESAN IBUKU BUAT DIRIKU


Puisi indah ini adalah hasil nukilan ibu saya buat anaknya ini yang menjadi madah pesanan seorang ibu di kad jemputan kahwin saya dulu2. Terima kasih Mama. Pesan Mama ini akan saya pahatkan di hati buat selama-lamanya.



Duhai puteriku sayang

Telah kuhiasi wajahmu

Dengan nur keimanan

Agar menyejuk hati

Suamimu memandang

Telah kucorakkan hatimu

Dengan nur ketaqwaan

Agar dapat kau
Dambakan seluruh hidupmu

Mentaati suamimu

Dan melangkah ke syurga

Dari mana-mana pintu yang kau suka

Telah kuadun akhlakmu

Dengan nur salsabila

Agar seluruh alam

Bersimfoni kasih merestuimu

Dan aku sebagai ibumu

Akan mengangkatmu tika kau rebah

Akan memimpinmu tika kau kabur

Agar kau dapat meniti kehidupan ini

Dengan penuh cekal dan tabah

Sehingga luluhnya hatiku

Kau tetap bersemi

Di seluruh urat nadiku


Yang memakai tudung merah inilah mama saya

Tuesday, June 2, 2009

PERLANGGARAN TAK KENYAL

Salam ukhwah buat semua yang membaca leteran2 saya dalam blog ni. Sejak2 menjadi blogger tahap rendah ni, semakin rajin pulak otak saya berfikir2 mencari isu2 dan pandangan2 yang boleh saya leterkan di blog ni. Banyak pulak perkara dan idea2 yang saya dapat untuk dikupas sesedap rasa. Tapi, bila nak fikir pasal projek, otak terus jem. Jadi lembab macam kek coklat lembab..em..nyum...nyum



Al kisahnya 2 hari yang lalu berlaku kejadian yang agak tragis. Kereta saya tiba2 dilanggar oleh sebuah kereta yang lain dari belakang semasa dalam perjalanan ke Parit Buntar. Tak disangka2...Mujur tak ada yang cedera. Frankly said, saya memang dah sinonim dengan langgar2 ni sebab dah banyak kali saya terlanggar kereta orang lain sampai kemek kereta saya sedangkan kereta yang saya langgar tu calar2 je...dan terlanggar pagar rumah. Akibatnya, bumper belakang kereta saya tu dah kemek dalam bentuk bulatan.


Kata suami saya, "Nanti langgar lah sebelah bumper lagi tu. Dua2 belah kemek baru cantik...". Berbaur sarkastik. Telan sajalah....Saya pun buat muka seposen. Cik abang tak sampai hati nak marah.


Tapi kali ni lain ceritanya sebab kereta saya yang dilanggar dari belakang. Bukan saya yang terlanggar macam biasa. Terkejut saya dibuatnya. Kalau diikutkan hentaman kereta tu yang agak kuat saya rasa, memang dah kemek bumper kereta saya tu. Mujurlah bila saya periksa kereta dengan orang yang langgar tu (uncle berbangsa Cina), calar sikit2 saja. Cuma nombor plat kereta uncle tu patah sikit. Kata uncle tu, brek keretanya tak makan jadi terlanggar dengan tidak sengaja. Oleh itu, saya maafkan saja ketidak sengajaannya memandangkan uncle tu pun tak putus2 mohon maaf. Kalau kemek memang kena bayar ganti rugi la....Tapi, belum sempat saya beritahu peristiwa tu pada suami saya, dia dah boleh cam perubahan pada bumper belakang yang dilanggar tu. Bumper nampak macam jatuh sikit.



"Tak apalah", kata suami saya lagi setelah melihat muka 2 posen saya. "Dah memang nak tukar pun bumper tu..".



Mujurlah, kereta tu cuma kereta Wira secondhand jer. Cat pun dah banyak tertanggal. Kalaulah kereta Toyota Wish yang menjadi idaman kena langgar, sehari semalam kot saya kena dengar suami saya bersyarah..hehe..Siapa tak sayang kereta oiii...



Bercakap pasal langgar melanggar ni, teringat pulak insiden saya kemalangan semasa saya Latihan Industri 4 tahun yang lalu. Masa tu saya tengah menunggang motosikal Wave 100 yang menjadi kebanggaan. Untuk menghilangkan kebosanan menunggang selama hampir sejam dari Alor Setar ke Pendang, saya pun menyanyi2 sikit. Sedar2 saya dah kena langgar. Tercapik2 la kaki saya buat 2 hari. Motosikal saya pulak pecah lampu hadapan dan pancit tayar. Motosikal yang langgar saya tu pulak pecah tangki minyaknya. Gerun rasanya bila sesekali teringat insiden tu. Na'uzubillah...



Bila bercakap pasal benda2 macam ni, setiap hari semasa suami saya melangkah keluar dari rumah untuk ke tempat kerjanya saya berdoa,


"Semoga suami saya pergi dengan kebaikan, pulangnya pun dengan kebaikan".



Kesimpulannya, bacalah doa semasa keluar rumah dan doa menaiki kenderaan. InsyaAllah, kita akan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT ke mana saja kita pergi...Ingatan untuk diri...










Monday, June 1, 2009

PERMATA HATI IBU & ABI..

Salam...

Rasa boring dan pening pulak nak siapkan satu paper ni. Ada 6 lagi paper kena buat sebelum boleh 'grad' MSc ni (as said by my supervisor)...Waduhhhh.....Ganbatte!!!

Jadi, sebagai menguraaaaaaaaaaaangkan stress yang sudah menghinggapi kepala ni, terasa pulak nak post gambar permata hati ibu dan abi...zassssss


Nama: Muhammad Ziyad Bin Zarizi


Tarikh lahir: 6 Febuari 2009


Tempat lahir: Hosp. Sultanah Bahiyah, Alor Setar


Makanan & minuman kegemaran: Susu ibu







MUHAMMAD ZIYAD









Rambut Ziyad tak tumbuh2 lagi sejak dia bercukur semasa dia berumur 7 hari. Bertambah bulat mukanya yang memang dah bulat tu. Sekarang tengah belajar2 nak meniarap.


Sebenarnya, dah lama saya berminat dengan nama 'Ziyad' ni. Malah, sebelum kahwin dan sebelum kenal suami saya lagi saya dah pasang angan2 mat jenin, kalau ada anak lelaki nanti nak letak nama Ziyad. Dengan izin Allah, saya berkahwin dengan suami saya yang pangkal namanya bermula dengan huruf 'Z'. Berguna juga pasang niat awal2 sebelum kahwin lagi. Bia dapat tahu yang saya mengandungkan anak lelaki, dah terbayang2 dah bayi yang bakal dinamakan Ziyad tu. Suami saya pun setuju dengan pilihan nama tu.












Masa dalam perut lagi dah terpanggil dia dengan nama Ziyad. Tapi, seorang kenalan yang pernah merujuk kepada seorang ustaz ada beritahu kami yang tak elok dipanggil nama sewaktu anak masih dalam kandungan. Khuatir bila anak tu dah lahir nanti kalau tak diletakkan nama yang dipanggil tu, anak akan menangis. Jadi, kami standby jer nama tu dulu. Risau jugak masa scan anak lelaki tapi tup2 lahir nanti anak perempuan. Tak pasal2 perempuan nama Ziyad pulak.


Saya dan suami dah berpakat tak nak letak nama panjang2 lebar macam nama saya. Lenguh jari2 nak menulis nama tambah2 lagi masa peperiksaan. Kadang2 sampai tak muat ruang nak isi nama. Cobaaannnn....


Ummi Kalsum Hasanah + Zarizi = Muhammad Ziyad

3 perkataan + 1 perkataan = (4 perkataan /2 orang)
= 2 perkataan
(purata perkataan stp seorang)





Kalau boleh diterjemahkan dengan perkiraan, macam tu lah kot persamaannya untuk mendapatkan bilangan perkataan yang sepatutnya untuk menamakan anak kami. Semoga nama Muhammad Ziyad yang bermaksud 'Kelebihan/Pertambahan yang terpuji' akan mengindahkan lagi sakhsiah permata hati ibu dan abi ni. Semoga bertambah2 dan berlebih2 dalam iman dan amalnya nanti...Kata Nabi SAW, anak2 itu dilahirkan ibarat kain putih. Ibubapa yang bertanggungjawab untuk mewarnakan kain tersebut dan menjadikan anak2 mereka samada sebagai Islam, Nasrani ataupun Yahudi...

"Ya Allah, jadikanlah saya dan suami, ibubapa yang terbaik dalam mendidik anak2 kami. Jadikanlah mereka generasi yang lebih baik daripada kami iaitu generasi yang mencintaiMu, mencintai RasulMu, mencintai agamaMu dan mencintai segala kebaikan"