Alhamdulillah, segala puja dan puji buat Yang Maha Pengasih lagi Penyayang kerana masih lagi memberi peluang untuk saya melalui kehidupan hari ni dan juga saat ini. Syukur kerana saya masih dapat menatap wajah suami yang tercinta dan mengagah-agah si comel Ziyad yang sudah menjangkau usia 3 bulan. Kesian Ziyad, hari-hari kena penyet pipi dengan ibunya disebabkan ketembamannya yang seperti dipam-pam dengan pam angin tayar basikal..hehe
Pejam, celik, pejam, celik....dah 3 bulan dah Ziyad. Saya pun dah setahun 9 bulan memegang status isteri. Dan yang paling penting untuk diingatkan buat masa ini, saya sudah setahun 5 bulan menjadi pelajar sarjana (MSc) di USM kampus Kejuruteraan (USMKKj). Tak rasa nak grad lagi ker??? Kalau dicampur tolak bahagi darab, dah masuk tahun ke-6 saya berada di bumi USMKKj ni termasuk 4 tahun pengajian ijazah sarjana muda di sini. Memang tak boleh dipertikaikan lagi tahap ke'cinta'an saya pada USM..huhuhu...Cuma tak ada anugerah khas dari Naib Cancelor je sebagai tanda menghargai kasih sayang yang tercurah pada kampus tercinta ni. Bukan saja kasih sayang yang tercurah, habis titik-titik peluh tercurah. Kalau ditadah titik-titik peluh tu selama 6 tahun ni, agaknya dah penuh 7 tempayan kot. Tak pun melimpah-limpah. Alkisah jika mengikut hikayat dahulukala, Sultan Melaka pun dah boleh kahwin dengan Puteri Gunung Ledang. Kalau titisan keringat ni boleh ditukar ganti dengan duit, dah jadi jutawan saya ni. Tak apalah, asalkan saya buat semua kerja tu dengan ikhlas. Dapat pahala dan kaf ba ro kaf alif taaaa nun...keberkatan.
Rasa seronok dan bersemangat nak habiskan kerja-kerja ni supaya tahun depan saya berjaya bergelar graduan sarjana dan menggenggam sekeping ijazah (USM tak ada ijazah gulung-gulung ni). Tingginya angan-angan. Bukan angan-angan tapi impian. Maklumlah kalau saya ni diibaratkan seperti pokok, dah berakar tunjang dah tu. Dah berbuah agaknya. Sigh....Semoga kerja-kerja yang bertimbun-timbun ni dapat dihabiskan sehingga bulan Jun ini. Selepas tu boleh lah saya menulis tesis di rumah saja (tertakluk pada kebenaran supervisor). Boleh jaga si kecil yang semakin membesar dengan sihatnya. Jimat duit hantar ke pengasuh atau nursery. Jangan tak jadi kerja dah...
So, adakah saya masih di sini selepas bulan Jun nanti??? Tungguuuuuuuuuuuu!!! Ahaks..
Terima kasih banyak-banyak kepada bekas RA saya Derrick dan Yan Wai kerana tak henti-henti membantu. Terima kasih jugak pada RA sekarang ni Faiq sebab tak membantah setiap kali disuruh...Lancar perjalanan kerja MSc saya seperti diletak minyak pelincir.
Tapi, penat jugak lah setiap hari kena berulang-alik dari PPK Kimia ke PPK Awam semata-mata nak buat eksperimen kat Makmal Konkrit tu. Arghhhh..naik kematu jugak la kaki ni asyik berjalan. Tapi, alhamdulillah disebabkan banyak berjalan la saya senang jugak bersalin Febuari yang lepas. Tak sia-sia kan. Cumanya sekarang ni sebab dah banyak sangat berjalan lebih kurang 2 kilometer jaraknya dari satu pusat pengajian ke satu lagi pusat pengajian berat pun dah turun. Sedih2. Baru je nak mengadaptasikan diri dengan pertambahan berat badan..Kurus kering lah saya lepas ni.
In conclusion (macam taip paper jurnal pulak), TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU TANPA USAHA SEPAHIT HEMPEDU
Ongoing:
-6 tests
1. porosity dan permeability test
2. heat transfer
3. mass transfer
4. pozzolanic acticity
5. characterization
6. biological test
- 1 paper to be published (deadline: May)
- proposal to be submitted (deadline: May)
No comments:
Post a Comment