Friday, May 15, 2009

AHLAN WASAHLAN

Assalammualaikum wbt…

ALHAMDULILLAH, seinfiniti kesyukuran dirafa’kan selama-lamanya buat Yang Maha Penyayang dan Yang Maha Pemberi nikmat yang terhingga banyaknya. Tidak kan tercapai akal untuk menghitung limpahan rahmat dan kurniaMu kepada insan yang mengaku sebagai hambaMu dengan memuliakan hamba-hambaMu ini dengan kemuliaan iman dan Islam. Agama yang diredhai buat selama-lamanya.

Ucapan selawat dan salam buat kekasihNya, Rasulullah SAW, insan mulia walaupun jauh di mata namun pasti dekat di hati. Semoga rahmat Allah sentiasa melimpahi keluarga baginda, para sahabat, salafussoleh, tabi’in, pendakwah-pendakwah, pejuang-pejuang Islam dan ashabul yamin yang sentiasa ikhlas mengabdikan diri kepadaNya dengan berpegang kepada al-Quran dan sunnah.

Sudah lama kiranya saya berfikir untuk melibatkan diri dalam blog tapi baru hari ini diberi kekuatan oleh Allah untuk merealisasikan hasrat ini. Mungkin kerana moral support yang saya perolehi daripada blog teman-teman yang lain. Teruja untuk mencoretkan cebisan-cebisan fikiran dan pengetahuan yang ada. Mudah-mudahan dapat dijadikan sebagai salah satu wasilah/platform untuk saling ingat memperingati diri sendiri khususnya mahupun teman-teman secara amnya.

Andai ada kekurangan, mohon jutaan kemaafan kerana saya bukanlah insan yang selayak-layaknya dan tidak mempunyai kelebihan hikmah seperti Luqmanul Hakim untuk mencoretkan tinta yang terkesan di hati insan-insan yang lain. Hanya usaha kecil-kecilan. Mudah-mudahan Allah permudahkan andai ini memberi kebaikan walaupun sedikit kepada insan-insan lain.

___seeru ‘ala mardhatillah abadan abada___

~usah berbicara seperti seorang ulama’ jika hati seperti seorang munafik~

No comments:

Post a Comment