Thursday, May 28, 2009

MUSIM PENGANTIN

Salam Khamis buat pembaca2 blog yang singgah mahupun tersinggah tanpa sengaja. Kita biasa dengar musim sejuk, musim panas, musim tengkujuh, malah musim durian pun kita biasa dengar. Tapi, dalam banyak2 musim ni musim pengantin la yang menjadi 'the hottest season'...musim terpanas setiap kali cuti sekolah menjelang tiba. Berderet2 kad jemputan kahwin singgah di peti pos rumah. Macam2 design dan warna. Awal bulan Jun ni saja, saya menerima 5 undangan majlis perkahwinan daripada kawan2 saya di pantai timur dan utara Semenanjung. Termasuk satu jemputan daripada sahabat suami saya di Terengganu dan satu jemputan daripada jiran perumahan saya yang saya tak kenali. Terima kasih sebab sudi menjemput kami sekeluarga. Bertindih2 harinya. Kalaulah saya ni ada 7 kembar, bolehlah saya bahagi2kan setiap seorang pergi ke setiap majlis tersebut.


Saya sudah berhajat untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat se-praktikum saya semasa di KMPP dulu di Ajil, Terengganu. Itu pun jika saya jadi pulang ke Jerteh, kampung halaman suami saya. Tetapi, disebabkan saya yang belajar di Pulau Pinang ini bercuti Sabtu dan Ahad, manakala suami saya yang bekerja di Kedah bercuti Jumaat dan Sabtu, jadi nampak gayanya tak tercapailah hajat saya itu. Minta maaf Ci-are..jangan marah ya!! Saya terfikir2 macam mana nak balas hadiah 'karpet' yang saya terima daripada Ci-are, Hana dan beberapa orang lagi kawan2 saya semasa majlis perkahwinan saya dulu. Minta maaf juga buat adik saya yang tak sebapa dan tak seibu, Safurah. Tak dapat juga hadiri majlis perkahwinannya di Johor dan di Terengganu atas sebab yang sama.

Sebut pasal hadiah 'karpet', terimbas kembali semasa beberapa hari sebelum majlis saya. Tiba2 saya dapat panggilan telefon dari Pejabat Pos di belakang rumah saya. Rupa2nya si pemanggil tu suruh saya pergi ambil barang yang dikirim atas nama saya di Pejabat Pos. Katanya, barang tu besar sangat sampai tak muat bakul motosikal posmen...hhehe...dah kalau 'karpet' yang dilipat2 memang tak muat lah bakul motosikal tu. Terima kasih banyak2 atas hadiah yang luar biasa itu. Biasanya orang beri hadiah gelas, set cawan dan lain2. Pertama kali, dapat hadiah 'karpet'...


Seronok kan bila rasa nak menjejakkan kaki ke alam perkahwinan. Kalau bagi perempuan, status nanti dah bertukar daripada Cik.. kepada Puan. Kalau lelaki kalau tak dihebohkan yang dia dah kahwin, sampai bila2 pun orang ingat dia tu single lagi. Bahaya tu...kan cik abang. Kahwin sekali saja seumur hidup jadi persiapannya walau meriah ala2 artis mahupun sederhana, semestinya mempunyai kenangan dan erti yang sangat bermakna buat pengantin. Tapi jangan sampai membazir dan tetamu jemputan pun jangan pula di kalangan orang2 senang saja, orang2 miskin dan susah sepatutnya lebih ramai dijemput. Lagi banyak keberkatan yang dibawa mereka kepada pengantin dan juga majlis nanti.


Majlis perkahwinan saya dulu pun ada kenangan yang tak boleh saya lupakan walaupun majlisnya sederhana saja. Semasa majlis perkahwinan di sebelah suami saya, pengantin lelaki iaitu suami saya diserang demam menjelang tengahari majlis berlangsung. Terpaksalah pengantin perempuan jaga pengantin lelaki dengan basahkan tuala dan letakkan di dahi pengantin lelaki. Tugas pertama saya sebagai isteri masa tu. Kelam kabut jugak lah. Selepas Zohor, baru berkurang bahang panas demam suami saya tu setelah berkali2 ditukar ganti tuala basah tu. Masa majlis pulak nak demam. Dugaan betul.


"Abang. Kenapa pengantin lelaki dalam gambar ni tak senyum? Masam je. Macam kena kahwin paksa..", saya menyoal suami saya yang mula faham perkataan 'pengantin lelaki' tu sebenarnya merujuk kepada dia.


"Kenapa gambar kawin kita dulu tak der pun aksi2 pegang tangan..??", soal saya lagi. Muncung mulut.


"Abang ni kan pemalu. Buat apa nak tunjuk2 kat orang...cukup la suami isteri saja yang tahu", jawab suami saya sambil tersenyum manja. Upss!! Pemalunya suami saya ni. Isteri dia pulak yang tak malu. Cukuplah sekarang saya sudah mengenali suami saya dan perihal sifat pemalunya tu. Semoga anak2 kita bila besar nanti tak komen banyak melihat gambar kahwin kita, kan abang.


Gambar hanya cebisan kecil daripada kehidupan sebagai suami isteri. Kehidupan selepas perkahwinan itu adalah realiti yang sebenarnya. Lebih banyak dugaan akan datang menguji kesabaran dan kesetiaan setiap suami dan isteri. Jika bijak menyelusuri onak dan duri bersama pasangan, perkahwinan akan menjadi seperti syurga dunia tapi jika sebaliknya perkahwinan boleh juga menjadi neraka dunia. Persefahaman, tolak ansur, kepercayaan, kesetiaan, kesabaran antara kunci kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Kadang-kala perlu beralah, kadang-kala perlu berkorban demi menjaga hati pasangan.


Sebagai isteri, saya tidak mengharapkan balasan mahupun ganjaran daripada suami atas segala tanggungjawab yang saya laksanakan. Cukuplah kasih sayangnya yang tak berkurangan dan pudar biar pun usia dimamah waktu dan muka saya dah kedut seribu. Kata2 daripada seorang sahabat saya cukup menyentuh hati dan menyedarkan saya, "Aku seorang isteri, ingin mentaati dan berbakti, terus-menerus kepada suami, sehingga diri dipanggil menghadap Ilahi".


Suasana riang tadi tiba2 jadi sayu. Ting tong! Sekadar pesanan buat isteri2 dan suami2. Suami dan isteri itu adalah cermin buat pasangan masing2. Sepertimana sifat dan perilaku samada baik mahupun buruk seorang suami begitu jugalah isterinya dan sebaliknya. Tiada siapa yang sempurna. Kekurangan yang tidak dikeji dan kelebihan masing2 yang perlu dirai dan dihargai.


Ucapan Selamat Pengantin Baru buat sahabat2 saya Hamsiah a.k.a Ci-are & pasangan, adik Siti Safurah & Yusri, Kak Nurul Salwa & pasangan, Noor Halawati & pasangan, dan Atiqurrahman & pasangan. Tahniah buat sahabat seperjuangan saya Hamidah kerana sudah bergelar isteri 1 Mei yang lalu dan buat Norhana & Peja. Semoga Allah melimpahkan keberkatan buat kalian. Jadilah isteri da suami yang terbaik buat pasangan.


Ya, Allah...
Jadikan daku seorang isteri
yang menjadi penyejuk mata
dan penawar hati seorang suami

Ya, Allah...
Jadikan daku seorang isteri
yang akan mendampingi suamiku
di akhirat nanti



Sebelum berkahwin, syurga saya di bawah telapak kaki ibu. Sekarang, syurga saya di bawah telapak kaki suami

Friday, May 22, 2009

SELSEMA ABI VS IBU


Alhamdulillah a'la kulli hal atas setiap detik yang berlalu dengan ingatan dariMu...


Penyakit baru datang lagi. Dulu, kita dikejutkan dengan Chikugunya (sepupu sepapat Denggi sebab datang dari nyamuk yang sama iaitu nyamuk Aedes). Sekarang, penyakit Swine Influenza pula atau nama kampungnya Selsema B**i datang menjengah kita. Mungkin ini sebagai peringatan buat kita umat manusia atas segala maksiat dan kemungkaran yang kita lakukan tak henti2 di muka bumi.


Kalau kita fikir2kan, hiburan semakin berleluasa dengan penganjuran konsert demi konsert malah, hiburan realiti TV yang rancak saban waktu tanpa mengambil kira natijah yang bakal menimpa kita. Biarpun fatwa haram telah dikeluarkan terhadap konsert yang melalaikan muda-mudi dan menggalakkan perbuatan zina di kalangan mereka, namun pandangan ulamak dewasa ini seolah-olah menyiram air di daun keladi. Lebih banyak ditentang daripada diikuti. Wanita Islam pula lebih mengikut arus fesyen yang semakin memodenkan agama daripada peraturan agama. Lebih banyak yang terbuka daripada yang dilitupi. Lebih banyak yang ketat daripada yang longgar. Lebih banyak yang singkat dari yang labuh. Semuanya kerana ingin menjadi muslimah moden.



Akhirnya, bukan kita yang mengikut agama tetapi agama yang perlu mengikut kita. Na'uzubillah..Murka daripada Yang Maha Mencipta agama itu sendiri bila mana tangan2 manusia begitu teruja untuk mengubah ciptaanNya mengikut dunia yang hanya sementara. Mungkin, kejadian tsunami di Acheh 2006 dulu hanya sekadar menjentik hati umat manusia untuk sedar dari kelalaian. Jadi, penyakit2 pula diturunkan sebagai tambahan ingatan kepada manusia yang selalu lupa.



Bercakap pasal penyakit ni, minggu lepas, suami saya terpaksa menahan bahang kepanasan badan akibat demam. Ditambah lagi dengan lenguh2 belakang yang menyengat, sakit tekak, selsema dan batuk sikit2. Memang secukup rasa. Hasilnya, lesung tumbuk di rumah terpaksa menggalas tanggungjawab menjadi tungku buat mengurangkan rasa lenguh2 yang teramat sangat itu. Kesian abang. Tiba-tiba pengalaman saya bertungku semasa berpantang bersalin tempoh hari datang menjengah ingatan. Apabila diperiksa oleh Dr, sakit itu cuma demam biasa bukan penyakit yang menggerunkan itu. Lagipun, suami saya ke luar negeri pun sekali sekala, inikan pula luar negara. Hari ini, akibat tidak memakai topeng muka, saya pula diserang selsema, sakit tekak dan batuk2 manja (sikit2) dari abang. Uhuk2...Syukur jua buatMu, ya Allah.


Penyakit juga rahmat daripada Allah SWT sebagai medium untuk menguji kesabaran dan keimanan kepadaNya tatkala ditimpa musibah sebegini. Berapa ramai dari kita yang apabila ditimpa sakit, kita tetap bersyukur dan redha dengan ujianNya dengan tawakal dan sabar. Namun, berapa ramai dari kita yang mengeluh, merintih dan menyalahkan takdir atas ujian yang menimpa. Ganjaran pahala buat mereka yang bersabar menanggung penderitaan. Doa saya semoga penyakit yang menyerang saya ini cepat2 sembuh dan semoga saya dan keluarga serta teman2 dilindungi daripada penyakit yang berbahaya. Mungkin sakit ini sebagai ingatan dan kafarah dosa dariNya atas kesalahan yang saya telah lakukan secara sedar atau tidak. Semoga Allah ampuni dosa2 saya, suami, keluarga dan teman2.



Kata Ust. Farid Ravi dalam program Halaqah minggu lepas yang membincangkan tentang Selsema B**I, banyakkan berdoa pada Allah semoga kita dijauhkan daripada terkena penyakit tersebut kerana doa itu senjata orang2 mukmin. Syafakumullah...



ubat oh ubat, kenapa engkau pahit...macam mana aku tak pahit, kan aku ni ubat bukannya cekelat..uhuk3











Thursday, May 21, 2009

PENDANG...MY HOMETOWN

Pendang

From Wikipedia, the free encyclopedia

Districts of Kedah Darul Aman

Pendang is a major town and district in Kedah, Malaysia. The district is primarily covered with paddy fields with agriculture being its main economic activity.

Pendang has its own district, comprising of townships of Pendang, Tanah Merah, Kubur Panjang, Bukit Raya and Padang Harimau. There is a famous Pendang Lake Recreational & Resort[1]near the Pendang town centre. The main road is Jalan Raja Hasrul Raja Hassan, said to be the longest municipal named road in Kedah state - up to 48 kilometers.


Inilah kampung halaman saya, PENDANG. Agaknya perkataan 'Pendang' tu berasal daripada perkataan 'Bendang' kot yang merujuk kepada sawah padi. Kalau letak nama Bendang, kurang pulak nilai komersialnya nanti. Tapi, memang Pendang adalah salah satu kawasan di Kedah yang sangat kaya dengan sawah padi. Kalau tak percaya, cubalah anda lalu lebuhraya Utara-Selatan yang menghala ke utara. Sepanjang perjalanan tu, anda akan dapat melihat sawah padi yang luas terbentang saujana mata memandang sebelum sampai exit Pendang. Tambah indah bila tiba musim padi menghijau. Uish memang cantikkk....Hijauuuuuuuuuuuu saja (apa maknanya tu..)


Seingat saya masa zaman kanak2 dulu, Pendang ni pekan kecil je. Banyak kedai2 runcit kecil je kat sini. Bas pun dulu ada bas Mara yang warna biru tu saja...bila bergerak je bas tu, rasa macam gempa bumi. Maklumlah bas lama. Stesyen bas pun tak ada. Kebanyakan orang2 muda berhijrah ke Alor Setar untuk mencari peluang pekerjaan. Tapi sekarang pekan kecil tu dah diiktiraf sebagai bandar. Banyak peluang pekerjaan kat sini. Dulu kalau nak tulis alamat kena letak "06700 Pendang, Alor Setar, Kedah" pada sampul surat. Tapi sekarang tak lagi. Tulis saja '06700 Pendang, Kedah', surat akan sampai macam biasa.


Pendang sekarang dah maju. Ada sekolah2 yang bukan saja sekolah2 biasa yang bertaraf sekolah A macam SMK Pendang tapi juga MRSM Pendang, SMK Teknik Pendang, dan Maktab Mahmud Pendang. Budak2 Pendang sekarang tak perlu pergi jauh2 untuk cari ilmu. Malah, ada yang datang dari jauh ke Pendang semata2 nak cari ilmu. Ada pejabat pos, JKR, Pejabat Daerah, Bank2, kedai2 kain yang murah2 dan cantik2, ada Pendang Lake Resort dan macam2 ada...Semua kemudahan cukup lah setakat ini. Satu perkara lagi yang menarik tentang Pendang ni adalah stesyen minyak Petronasnya. Bukan boleh isi minyak je, tapi nak beli barang2 dapur dari barang2 yang kering sehinggalah ke barang2 basah macam ikan, daging, ayam, sayur dll pun boleh kat sini. Yang mana saya tengok tak ada lagi kat mana2 stesyen Petronas tempat2 lain yang pernah saya pergi.


Pendang pun ada tempat macam Cameron Highland jugak. Kalau tak percaya, cuba pergi ke tempat bernama Sg. Jagung pada pukul 7 pagi. Anda akan dapat merasai hawa sejuk tanah tinggi dan menyaksikan keindahan matahari terbit yang menyinari tempat2 penanaman sayur2an yang sangat cantik. Satu lagi yang menarik, ada terowong semulajadi di sini jugak. Terowong tu bukan dibuat dengan batu bata tapi terbentuk semulajadi dengan pokok2 getah yang tumbuh tinggi di sepanjang jalan (tak ingat kat mana tempat tu..hehe). Cantik2...Pendek kata Pendang is the best lah. How i miss my hometown...Walaupun hujan emas ni tempat orang tapi saya rindukan hujan batu di tempat sendiri

Wednesday, May 20, 2009

SI 'SPOUNGE' KUNING

Fuh....sedut bekalan oksigen dulu...baru saja habiskan kerja di makmal..Alhamdulillah, masih boleh bernafas. Nikmat daripada Allah SWT yang tak ternilai.


Al kisah.....


"Who lives in a pineapple under the sea?

SPONGEBOB SQUAREPANTS!!!"


Teka-teki:

Ada apa dalam nenas?



Jawapannya:

SPONGEBOB!!!


Hebat betul penangan si 'sponge' hijau ni. Kalau kat rumah jadi alat mencuci pinggan, mangkuk, periuk dan rakan2 seangkatannya. Tapi, bila masuk TV, terus jadi glamor macam Kelly Clarkson (Juara American Idol musim berapa entah..tak pernah tengok pun, sekadar menyebut namanya sebagai bandingan). Satu dunia kenal Spongebob.


Mula2 saya tengok cerita kartun Spongebob (SB) ni di TV, sangatlah tak berminat untuk meneruskan agenda menonton, walaupun adik2 saya dok melayan cerita ni sampai ternganga2 mulut. Punyalah seronok. Suami saya pun tumpang sekaki layan kartun ni di kala lapang. Terkekek ketawa..hehe ampun abang. Apalah yang best sangat kartun ni. Kartun dah lah tak comel, cerita pun macam tak berapa cerdik je (kutuk kaw2 ni..jangan marah peminat SB). Namun, impak hentaman karakter2 tu sangat terkesan di hati anak2, mak, ayah, atuk, nenek dsbnya untuk terus menonton cerita kartun ni. Telatah yang mencuit hati.


Tambahan pula dengan kehadiran karakter2 penyeri seperti Patrick (tapak Sulaiman warna pink merangkap teman paling akrab SB), Squidward (sotong kurita yang tak ada perasaan tapi pandai melukis dan meniup trumpet), Mr.Crab (ketam yang mata duitan), tupai yang pakai balang oksigen (lupa nama daa..), Gary (siput b**i peliharaan yang sangat manja dan sensitif binatangnya) dan penduduk2 Bikini Bottom, menarik pula cerita ni. Amboi, melayan jugak kartun ni nampaknya..


Tapi, anda perasan tak apa yang lagi menarik tentang SB selain perangainya yang lurus bendul, suka tangkap obor2 dengan jaring dengan riang, dll??

1) Walaupun dia selalu kena marah dengan Squidward, tapi SB tak pernah balas balik. Tak rasa kecil hati pun. Dia senyum je...

2) Walaupun Mr.Crab selaku majikannya tu suka ambil kesempatan atas kejujuran SB, dia tetap rajin bekerja di kedai burger tu dan tak pernah merungut

3) Walaupun Patrick tu 10x kali lebih lurus bendul dan kadang2 kurang cerdik, tapi dialah sahabat baik SB di kala susah mahupun senang

Kan? Kan? Kan? Betul tak?


Bila saya dapat mesej macam ni daripada kawan baik saya,

"kalau saya Squidward, saya mesti buli awak,

kalau saya Mr.Crab, habis duit awak saya kikis,

kalau saya Patrick, saya asyik buat awak tension je,

jadi, saya tak nak jadi macam mereka,

saya berharap saya boleh jadi seperti Spongebob

yang selalu setia dengan sahabat2nya...."


rupa2nya itulah perkara paling menarik pasal SB. Dia KAWAN YANG SETIA.


Moral of the story, kalau kita nak berkawan dan ada ramai kawan, jadilah kawan yang setia sesetia SB. Dia mungkin makhluk hijau yang berlubang, bermata bulat dan besar, bergigi jongang, berbentuk petak dengan berbaju kemeja, berseluar dan bertali leher yang tidak menarik untuk dipandang, tapi hatinya baik...kan?kan?kan?

Mutiara kata Saidina Ali k.w: "orang yang lemah itu adalah orang yang mencari teman, dan orang yang paling lemah adalah orang yang mensia-siakan teman yang dicari".

Jadi, hargailah, hormatilah, sayangilah dan setialah pada teman2 di sekeliling saya dan anda...


Penat menaip panjang, rasa rugi kalau tak klik 'publish post', jadi layannnnnnnnn...


P/S: Bila sahabat baik saya tu berharap dia dapat jadi seperti Spongebob, takkan saya kena jadi Patrick???..erk!!!


Tuesday, May 19, 2009

USM OH USM

Alhamdulillah, segala puja dan puji buat Yang Maha Pengasih lagi Penyayang kerana masih lagi memberi peluang untuk saya melalui kehidupan hari ni dan juga saat ini. Syukur kerana saya masih dapat menatap wajah suami yang tercinta dan mengagah-agah si comel Ziyad yang sudah menjangkau usia 3 bulan. Kesian Ziyad, hari-hari kena penyet pipi dengan ibunya disebabkan ketembamannya yang seperti dipam-pam dengan pam angin tayar basikal..hehe


Pejam, celik, pejam, celik....dah 3 bulan dah Ziyad. Saya pun dah setahun 9 bulan memegang status isteri. Dan yang paling penting untuk diingatkan buat masa ini, saya sudah setahun 5 bulan menjadi pelajar sarjana (MSc) di USM kampus Kejuruteraan (USMKKj). Tak rasa nak grad lagi ker??? Kalau dicampur tolak bahagi darab, dah masuk tahun ke-6 saya berada di bumi USMKKj ni termasuk 4 tahun pengajian ijazah sarjana muda di sini. Memang tak boleh dipertikaikan lagi tahap ke'cinta'an saya pada USM..huhuhu...Cuma tak ada anugerah khas dari Naib Cancelor je sebagai tanda menghargai kasih sayang yang tercurah pada kampus tercinta ni. Bukan saja kasih sayang yang tercurah, habis titik-titik peluh tercurah. Kalau ditadah titik-titik peluh tu selama 6 tahun ni, agaknya dah penuh 7 tempayan kot. Tak pun melimpah-limpah. Alkisah jika mengikut hikayat dahulukala, Sultan Melaka pun dah boleh kahwin dengan Puteri Gunung Ledang. Kalau titisan keringat ni boleh ditukar ganti dengan duit, dah jadi jutawan saya ni. Tak apalah, asalkan saya buat semua kerja tu dengan ikhlas. Dapat pahala dan kaf ba ro kaf alif taaaa nun...keberkatan.


Rasa seronok dan bersemangat nak habiskan kerja-kerja ni supaya tahun depan saya berjaya bergelar graduan sarjana dan menggenggam sekeping ijazah (USM tak ada ijazah gulung-gulung ni). Tingginya angan-angan. Bukan angan-angan tapi impian. Maklumlah kalau saya ni diibaratkan seperti pokok, dah berakar tunjang dah tu. Dah berbuah agaknya. Sigh....Semoga kerja-kerja yang bertimbun-timbun ni dapat dihabiskan sehingga bulan Jun ini. Selepas tu boleh lah saya menulis tesis di rumah saja (tertakluk pada kebenaran supervisor). Boleh jaga si kecil yang semakin membesar dengan sihatnya. Jimat duit hantar ke pengasuh atau nursery. Jangan tak jadi kerja dah...


So, adakah saya masih di sini selepas bulan Jun nanti??? Tungguuuuuuuuuuuu!!! Ahaks..

Terima kasih banyak-banyak kepada bekas RA saya Derrick dan Yan Wai kerana tak henti-henti membantu. Terima kasih jugak pada RA sekarang ni Faiq sebab tak membantah setiap kali disuruh...Lancar perjalanan kerja MSc saya seperti diletak minyak pelincir.

Tapi, penat jugak lah setiap hari kena berulang-alik dari PPK Kimia ke PPK Awam semata-mata nak buat eksperimen kat Makmal Konkrit tu. Arghhhh..naik kematu jugak la kaki ni asyik berjalan. Tapi, alhamdulillah disebabkan banyak berjalan la saya senang jugak bersalin Febuari yang lepas. Tak sia-sia kan. Cumanya sekarang ni sebab dah banyak sangat berjalan lebih kurang 2 kilometer jaraknya dari satu pusat pengajian ke satu lagi pusat pengajian berat pun dah turun. Sedih2. Baru je nak mengadaptasikan diri dengan pertambahan berat badan..Kurus kering lah saya lepas ni.


In conclusion (macam taip paper jurnal pulak), TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU TANPA USAHA SEPAHIT HEMPEDU


Ongoing:



-6 tests

1. porosity dan permeability test

2. heat transfer

3. mass transfer

4. pozzolanic acticity

5. characterization

6. biological test


- 1 paper to be published (deadline: May)

- proposal to be submitted (deadline: May)


Friday, May 15, 2009

JASA BONDA

kau dibuai mimpi dia jaga
kau bersenang dia bekerja
untukmu tiada terbatas
memberi tak minta dibalas
ingin dibinanya untukmu
kehidupan yang sempurna
punya kekuatan jiwa
punyai maruah


leterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat di hati
beringatlah berpesan-pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian tapi tanda sayang


engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka
sedang dia semakin tua
membilang usia
di saat kau berjaya
dia tiada berdaya
SEMOGA KAU TAK LUPA
JASA BONDA

..ya Allah, kasihilah ibuku sepertimana dia mengasihiku semasa kecil..

SELAMAT HARI IBU BUAT MAMA (PUAN ZAITUN) DAN MA (PUAN RADIAH)

SELAMAT HARI IBU BUAT DIRIKU

(anak kecik lagi tak boleh nak wish, so wish untuk diri sendiri la..huhu)



MARAH BUKAN KEBENCIAN TAPI TANDA SAYANG

Monday, December 4th, 2006 (another copy)

Wardah membisu. Hanya kedengaran esakan tangis. Kelopak matanya banjir dengan airmata. Hatinya begitu sebak dan sayu hari itu. Empangan airmatanya yang yang ditahan sekian lama, akhirnya pecah mengalir juga. Mak Usu, ibu saudaranya hanya memerhatikan saja anak saudara kesayangannya itu yang tidak henti-henti mengesat airmatanya yang semakin laju mengalir.

"Kenapa menangis ni?", soal Mak Usu lembut. Tak tertahan melihat kesedihan Wardah. Tidak pernah dia melihat anak saudaranya itu menangis tersedu-sedan sebegitu selama dia rapat dengan Wardah. Matanya merenung Wardah yang lengkap memakai baju kurung dan tudung.

"Wardah dah nak balik kampus ker?". Mak Usu teringat kembali perbualannya dengan Wardah semalam. Katanya, dia akan pulang ke kampus hari ini kerana semester baru pengajian akan dibuka 2 hari lagi. Wardah yang semalam sangat riang bergelak- ketawa mengusik Mak Usunya, tidak sama dengan Wardah yang berada di depannya ini.

"Wardah sedih nak tinggalkan Mak Usu ker?", soalnya lagi setelah soalan pertamanya tadi tidak berbalas. Mak Usu membuat tekaan yang sebenarnya dia sendiri tahu salah. Tangannya memeluk bahu Wardah yang terhinjut-hinjut menahan esakan.

"Tak adalah…Mak Usu", balas Wardah kembali mengesat airmatanya.

"Habis tu? Kenapa menangis?". Wardah tunduk.

"Mak Usu tahu…". Wanita berusia lewat 20-an itu meneka lagi.

"Ummi marahkan Wardah ye..". Kali ini, Mak Usu pasti itulah jawapan yang sebenarnya. Mak Usu kenal sangat dengan fi’il kakaknya itu. Kadang-kadang tak terkawal leterannya itu. Bukan Wardah saja yang menangis, Mak Usu pun pernah menangis sebab marah kakaknya. Tapi, Mak Usu tak salahkan Ummi Wardah kerana itu tanggungjawabnya sebagai kakak untuk mendidik adik dan mungkin caranya untuk mendidik anak.

Airmata Wardah tumpah lagi, mengiyakan tekaan Mak Usunya itu. Bertambah sebak apabila kata-kata Umminya tadi kembali hinggap di memori.

"Kenapa Ummi marah? Wardah ada buat salah yer?", tanya Mak Usu dalam nada memujuk. Wardah bercerita, berselang-seli dengan sedu-sedannya. Semuanya kerana keputusan peperiksaannya yang agak teruk pada semester lepas membuatkan Umminya marah. Hatinya bagai dihiris-hiris apabila Ummi mempersoalkan bidang pengajian yang diambilnya kini. Itulah akibatnya kalau membantah cakap Ummi. Umminya benar-benar berharap Wardah menjadi seorang doktor. Lagipun, Wardah pernah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan selepas tamat matrikulasi tetapi Wardah menolak tawaran itu. Hanya kerana dia berasa berat hati untuk menerima. Kali ini, Ummi bangkitkan lagi kesilapan Wardah menolak tawaran itu. Kalau Wardah ambil bidang perubatan mungkin tak jadi begini. Lebih cerah masa depan, kata Ummi. Wardah menahan telinga saja, tak melawan. Wardah tidak berniat untuk melukakan hati Umminya. Pelbagai perkara berlaku menyebabkan Wardah akhirnya memilih bidang kejuruteraan. Dia sendiri tidak pasti apa yang terbaik untuk dirinya. Mungkin itu adalah ketentuan Allah buat Wardah. Wardah mengakui kesilapan dan kesalahan yang telah dia lakukan kerana menghampakan harapan Umminya. Tapi, biarlah semua itu menjadi kenangan. Dia cuma mengharapkan doa, sokongan dan galakan daripada insan yang amat dikasihinya itu. Mak Usu mengusap-usap bahu anak saudaranya itu. Tanda memahami perasaannya.

Wardah hanya membisu di dalam kereta sepanjang perjalanan dari rumahnya ke kampus. Ummi yang sedang memandu tidak berbicara, menumpukan perhatian ke jalan raya. Suara adik-adiknya saja yang kedengaran sepanjang jalan. Wardah benar-benar kecil hati dengan kata-kata Ummi. Ummi selalu memberi galakan kepada adik-adiknya tapi kenapa dia saja yang sering menerima cercaan. Semenjak dia sekolah sampailah sekarang. Mungkin Ummi tak sayangkannya, fikir Wardah sendirian. Melayan rasa sedihnya.

Selepas makan, Ummi singgah sebentar di tempat rekreasi berdekatan dengan kampus Wardah. Wardah monyok. Senyumannya hilang ditelan kesedihan. Ummi perasan dan Ummi tahu anaknya itu sedih dengan kata-katanya. Ummi berlabuh di sisi Wardah yang duduk memerhatikan adik-adiknya berjalan-jalan di sekitar tempat itu.

"Wardah..", panggil Ummi lembut. " Marah Ummi bukan sebab benci, tapi marah Ummi sebab Ummi sayangkan Wardah".

"Wardah anak sulung Ummi, kakak kepada adik-adik Wardah. Mengguris hati Wardah ibarat mengguris hati Ummi sendiri", tutur Umminya lagi. Airmatanya bergenang. Wardah diam. Tak layak untuk dia berkata-kata. Diamnya kali ni bukan sebab marah tapi atas rasa bersalah. Tidak sepatutnya dia terlalu ikutkan perasaannya marahkan Ummi yang mengandungkannya, menyusukannya, mendidiknya sejak daripada kecil.

"Ummi nak Wardah jadi seorang yang kuat semangat dan tabah. Tak mudah goyah. Hidup kita ni banyak cabaran dan dugaan Wardah. Kalau kita tak kuat semangat, kita takkan berjaya harunginya..".

Wardah akur. Betul kata Ummi. Wardah nak jadi setabah Ummi. Ummi ibu yang tabah, tak mudah goyah dengan rintangan, kuat semangat, kental jiwanya mendepani cabaran. Kalau tidak, masakan Ummi boleh menjaga mereka adik-beradik sendirian tanpa kehadiran suami di sisi. Segala yang pahit terpaksa Ummi telan. Segala yang manis diberikan kepada anak-anak yang tersayang.

"Ummi tak ada harta yang banyak untuk Ummi berikan kepada anak-anak Ummi. Biarlah Ummi menghabiskan keringat, wang ringgit, malah hidup Ummi untuk Wardah dan adik-adik, asalkan anak-anak Ummi berjaya dalam hidup masing-masing. Biar kita tak kaya harta tapi Ummi nak anak-anak Ummi kaya dengan ilmu..", pesan Ummi sambil membelai anak gadisnya itu. Wardah mencium pipi Umminya. Maafkan wardah, UMMI. Wardah sayang Ummi.

…marah bukan tanda benci, tapi tanda sayang…
"Ya ALLAH, rahmatilah dan kasihilah ibuku"

-hakcipta terpelihara-tunsripiandangcopyright….

ADIK OH ADIK

Saturday, December 2nd, 2006 (copy from my blog in Friendster)

KES 1

Suatu petang Jumaat, saya melemparkan pandangan ke luar jendela bas Bumiwira Express, memerhatikan karakter-karakter manusia yang pelbagai di sekitar stesyen bas. Pemandu belum kelihatan di kerusi miliknya. Ada beberapa minit lagi sebelum bas yang saya naiki itu bertolak dari Parit Buntar ke Butterworth yang perjalanannya memakan masa selama satu jam melalui highway. Penumpang-penumpang mula memenuhi kerusi-kerusi kosong di dalam bas tapi, tempat duduk di sebelah saya ini masih belum ada penyinggahnya.

Begitu asyik saya membuat ‘observation’ pada manusia, tiba-tiba sesuatu singgah di riba. Segera saya belek barang yang diterima daripada ‘pemberi’ misteri yang hilang menuju ke tempat duduk belakang. Ya Allah, senaskah Yasin rupanya. nampaknya, saya bakal bersua lagi dengan si ‘pemberi’ misteri itu kerana sudah masuk kali kedua naskah Yasin yang serupa ‘menyapa’ saya dalam bisikannya.
"Ish..baru ja beli minggu lepas" saya mengomel sendirian. Syaitan mula memanah hasutan. Saya menanti kehadiran si pemberi itu sambil mencari-cari alasan untuk menolak pemberian berbayarnya kali ini. namun, jauh di sudut hati rasa kasihan mula bertandang. Tak sampai hati untuk memulangkan semula senaskah Yasin kecil berwarna biru gelap itu kepada si pemberi meskipun bayaran bakal ditagih sebentar nanti.

Rasa hati yang berat tadi seolah-olah hilang bila terpandang wajah comel adik itu. Seorang budak lelaki comel, berT-shirt putih biasa, berkopiah. Pantas jari-jemari ini menyeluk poket beg mencari dua keping RM1 untuk diberi. Tangannya menggenggam erat lebihan naskah-naskah Yasin yang tidak dapat dijual. Saya melirik langkah adik itu menuruni anak-anak tangga bas lalu tanpa segan silu menyapa orang-orang yang berada di sekitar stesyen sambil menghulurkan naskah Yasin di tangannya. Rata-rata manusia yang berada di situ menggeleng sebagai tanda tidak mahu, tidak kurang juga yang buat tak tahu seolah-olah insan kecil itu tidak wujud sama sekali. Kelihatan seorang lagi budak lelaki yang seiras wajah adik tadi.Berdasarkan saiz badan budak itu, saya mengagak barangkali mereka adik-beradik. Tidak kelihatan naskah-naskah Yasin tapi, di jari telunjuknya tergantung ‘keychain’ ayat-ayat al-Quran. Akhirnya, kedua beradik itu berlalu setelah tiada insan yang sudi menerima ‘pemberian’ mereka yang berbayar itu.

KES 2

Suatu petang setelah pulang ke kampung dari kampus, saya berkesempatan menunaikan solat Asar di Masjid al-Bukhary di Langgar, Alor Setar yang begitu indah binaannya menyerupai masjid Putra di Putrajaya. Pertama kali melangkahkan kaki ke masjid yang menjadi sebutan rakyat Kedahitu. Seusai solat, saya bersama-sama dua orang ibu saudara (maksu dan mak njang), adik perempuan saya dan sepupu meluangkan sedikit masa mengunjungi pasaraya Giant yang baru dibuka di kawasan Langgar, Alor Setar. Betul-betul bersebelahan dengan Masjid al-Bukhary. Terkejut saya melihat binaan hypermarket itu yg persis seperti sebuah masjid. Bezanya cuma tiada kubah besar dan ada perkataan "GIANT" terlekat di dinding bangunan. Dari segi seni binanya memang saling tak tumpah seperti masjid bersebelahan.

Bukanlah keindahan binaan yang ingin diceritakan, tapi kes yang lebih kurang sama juga berlaku di sini. Cuma yang bezanya adalah si ‘pemberi’, ‘penerima’ (kecuali saya), tempat dan masa. Ketika itu, saya sedang asyik menyuap nasi ayam yang dibelanja oleh maksu ke mulut apabila seorang budak lelaki yang pada hemat saya sebaya dengan adik lelaki saya, mungkin dalam umur 11 tahun ke atas, menghampiri meja kami. Budak itu kelihatan kemas memakai kemeja berwarna kelabu yang di’tuck in’, kopiah putih di kepala sambil menggalas sebuah beg hitam di bahunya. Di tangannya tergenggam segulung kalendar, dan beberapa keping CD nasyid sekolah. Adik itu petah berbicara lagak seperti seorang salesman.

Dia memperkenalkan dirinya dahulu dan memberitahu kami yang hasil jualan kalendar dan CD itu akan disalurkan kepada anak-anak yatim. Hati mula terasa sayu. Setelah membelek-belek barang-barang itu, ibu saudara saya menghulurkan sedikit wang kepadanya sebagai sedekah kerana tidak membeli barang-barang jualannya. Adik itu menolak untuk menerima wang itu.
"Saya jual barang-barang ni untuk anak-anak yatim.." katanya. Ibu saudara saya menghulurkan lagi wang di tangannya tapi, kata-kata yang sama diulang semula.
"Tak apalah kalau kak tak mau beli. Saya jual ni untuk anak-anak yatim..", ujar adik itu lalu berlalu meninggalkan meja kami. Pendirian anak kecil ini sungguh mengagumkan.

Teringat kisah anak kecil yang menjual kuih buatan ibunya. Dia berusaha untuk menjual kuih-kuih itu walaupun ada seorang lelaki memberi RM10 kepadanya tapi, duit itu diberikan anak kecil itu kepada si pengemis berdekatan. Hanya kerana berpegang kepada pesan si ibu untuk mendapatkan wang atas hasil usaha bukannya dengan mengemis. Watak yang sama, cuma jalan ceritanya berbeza.

Inilah senario yang berlaku dalam masyarakat kita, yang sempat saya coretkan di sini. Banyak lagi kes-kes sebegini berlaku di segenap tempat dengan pelbagai watak dan jalan cerita. Nasib adik-adik ini tidak sama seperti rakan-rakan yang sebaya dengan mereka yang bebas belajar, bermain dan bersuka ria. Hidup mereka siang malam digunakan untuk mencari wang, samada untuk keperluan sendiri mahupun kepentingan pihak lain. Anak-anak yatim yang sepatutnya dibelai, dikasihi, disayangi, dicukupkan segala keperluan, berkeliaran ke sana sini mencari wang atas pelbagai tujuan.

Kenapa tidak pihak yang bertanggungjawab menguruskan anak-anak yatim ini turun ke padang, mencari sumbangan dari badan-badan NGO, swasta mahupun korporat andai kewangan menjadi permasalahannya. Bukannya meletakkan tanggungjawab itu kepada kanak-kanak yang masih jauh perjalanan hidup dan belum jelas tentang masa depan mereka. Andai ada pihak yang mempergunakan kanak-kanak ini untuk kepentingan mereka, pastinya mereka ‘berhutang’ dengan anak-anak kecil ini yang mana ‘hutang’nya akan dilangsaikan di hadapan ALLAH SWT nanti.

Semoga hasil coretan ini dapat membuka mata masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab untuk mengatasi salah guna tenaga kerja di kalangan anak-anak kecil ini. Kepada saya dan teman-teman di luar sana, ringan-ringankan tangan untuk menjana saham akhirat dengan menghulurkan sedikit lebihan rezeki yang diterima kepada insan-insan yang lebih memerlukan. Sama-sama kita praktikkan salah satu sifat Allah Yang Maha Memberi dalam diri kita. Adik..Oh..Adik..Andai panjang umur, moga kita bertemu dengan watak yang berlainan dan jalan cerita yang mempunyai kesudahan yang baik di penghujungnya.

Wallahu a’lam

AHLAN WASAHLAN

Assalammualaikum wbt…

ALHAMDULILLAH, seinfiniti kesyukuran dirafa’kan selama-lamanya buat Yang Maha Penyayang dan Yang Maha Pemberi nikmat yang terhingga banyaknya. Tidak kan tercapai akal untuk menghitung limpahan rahmat dan kurniaMu kepada insan yang mengaku sebagai hambaMu dengan memuliakan hamba-hambaMu ini dengan kemuliaan iman dan Islam. Agama yang diredhai buat selama-lamanya.

Ucapan selawat dan salam buat kekasihNya, Rasulullah SAW, insan mulia walaupun jauh di mata namun pasti dekat di hati. Semoga rahmat Allah sentiasa melimpahi keluarga baginda, para sahabat, salafussoleh, tabi’in, pendakwah-pendakwah, pejuang-pejuang Islam dan ashabul yamin yang sentiasa ikhlas mengabdikan diri kepadaNya dengan berpegang kepada al-Quran dan sunnah.

Sudah lama kiranya saya berfikir untuk melibatkan diri dalam blog tapi baru hari ini diberi kekuatan oleh Allah untuk merealisasikan hasrat ini. Mungkin kerana moral support yang saya perolehi daripada blog teman-teman yang lain. Teruja untuk mencoretkan cebisan-cebisan fikiran dan pengetahuan yang ada. Mudah-mudahan dapat dijadikan sebagai salah satu wasilah/platform untuk saling ingat memperingati diri sendiri khususnya mahupun teman-teman secara amnya.

Andai ada kekurangan, mohon jutaan kemaafan kerana saya bukanlah insan yang selayak-layaknya dan tidak mempunyai kelebihan hikmah seperti Luqmanul Hakim untuk mencoretkan tinta yang terkesan di hati insan-insan yang lain. Hanya usaha kecil-kecilan. Mudah-mudahan Allah permudahkan andai ini memberi kebaikan walaupun sedikit kepada insan-insan lain.

___seeru ‘ala mardhatillah abadan abada___

~usah berbicara seperti seorang ulama’ jika hati seperti seorang munafik~