Assalammualaikum
Sempena Hari Guru yang bakal datang.
Semasa tinggal di asrama Tingkatan 1, pelajar kalau duduk di asrama, asal cikgu tak masuk saja kerja utamanya adalah tidur. Kebanyakan pelajar macam tu termasuklah saya. Teori ini semakin sahih apabila kemudiannya saya pindah sekolah, dah tak duduk asrama. Tapi, bila ada cikgu-cikgu tak masuk kelas, aktiviti kawan-kawan saya yang tinggal di asrama adalah tidur jugak. Penjelasan yang terperinci masih dalam peringkat kajian.
Nak dijadikan cerita, ada satu hari semasa saya belajar disekolah berasrama, tak tahulah kenapa, hari tu saya mengantuk sangat. Padahal, malam-malam bukan buat apa sangat pun, prep jer..buat kerja sekolah. Waktu tidur pulak sama macam kawan-kawan lain sebab pukul 11 malam lampu dah kena padam. Habis saja sesi kelas pertama sementara nak tunggu cikgu lain datang, entah macam mana saya terlelap atas meja. Entah berdengkur entah ke tidak. Saya pun tak pasti, dah nama pun tidur kan. Rasa nikmat yang teramat boleh tidur walaupun pelapiknya keras, beralaskan meja.
Semasa tengah tidur tu tiba-tiba muka saya disapa angin sepoi-sepoi bahasa. Aduh, bertambah nyenyak nak tidur. Dalam hati berharap kelas batal hari ni jadi boleh terus sambung tidur. Sambil melawan rasa mengantuk tu saya gagah celikkan mata. Allah, terkejut saya bila nampak cikgu depan mata. Rupa-rupanya angin sepoi-sepoi bahasa tu datangnya dari cikgu saya. Kawan saya kata, semasa saya tidur tu dia dok tiup-tiup muka saya. Adeh, malunya...
Semasa saya Darjah 2. Saya ni bukan lahir dah terus pandai. Saya ni sangatlah lemah Matematik. Memang tak suka subjek nombor-nombor ni. Saya paling suka Bahasa Inggeris. Cikgu yang mengajar Matematik saya waktu tu tersangatlah garang. Muda, belum kahwin, comel, kulit putih gebu, pakai skarf ikat belakang tapi garang macam singa. Setiap kali dia bagi kerja sekolah, dia akan duduk di belakang kelas kemudian panggil seorang demi seorang untuk periksa kerja sekolah. Ada yang rasa nak terkuvl, yang menggigil-gigil seram sejuk pun ada, yang nak menangis pun ada.
Bila sampai giliran saya, masa tu baru belajar operasi tolak banyak-banyak nombor. Kalau nombor yang nak tolak tu kecil kena pinjam 1 dari nombor di sebelah baru boleh tolak. Tapi saya ni tak reti. Kerja rumah buat sendiri. Konon bijak sangat tak minta tunjuk ajar mak ayah. Anak sulunglah katakan. Independent bagai. Saya dah dapat bau rotan. Terketar-ketar tunjuk buku kat cikgu. Apalagi, habis pinggang lebam kena cubit. Semua soalan saya jawab salah. Setiap kali cikgu tu masuk kelas, memang trauma.
Macam-macam pengalaman masa sekolah. Ada yang manis dan ada yang lucu. Tapi, terima kasih pada cikgu-cikgu yang banyak bantu saya sampai ke peringkat ini. Mak saya kata, bagus kalau dapat cikgu garang, cepat belajar. Saya memang selalu dapat cikgu garang. Sampai masuk U pun dapat pensyarah garang jugak. Disebabkan kegarangan itulah saya berjaya tamatkan sekolah dan grad Master dengan jayanya.
TERIMA KASIH CIKGU. InshaAllah, saya kenang cikgu-cikgu saya dalam doa saya. Semoga Allah limpahkan keberkatan dalam hidup semua cikgu-cikgu saya dari SK Pendang (Kedah), SK Tengku Ampuan Mariam (T'ganu), SK Pusat Chabang Tiga (T'ganu), SMKA Yan (Kedah), MMAS (Kedah), SMK Tunku Temenggung (Kedah), KMPP, USM Kampus Kejuruteraan.
Buat bonda saya Zaitun Hj Rofie, TERIMA KASIH, dialah guru pertama dalam hidup saya...
No comments:
Post a Comment