Assalammualaikum,
JANGAN BACA!!
..kalau tak nak ilmu...:)..Dah alang-alang klik tu bacalah sampai habis..
semalam terdengar bicara seorang Prof (x tau nama sebab dengar pun dah nak habis) di IKIM prihal ekonomi negara. Antara intipati yang masih ingat:
~ hutang Malaysia dah mencecah RM550 billion (billion tu bukan banyak lg dr million ka??)
~ bukti-bukti dari Jabatan Audit negara ada menyatakan berlakunya banyak ketirisan dan pembaziran wang negara..
~ ada seorang pemanggil tanya pendapat Prof. boleh ker buat perlaksanaan turunkan harga minyak? Prof. kata mungkin boleh kalau ketirisan dan pembaziran wang negara dikurangkan, kena cuba buat sekali baru kita tahu boleh laksana atau tak (serius Prof tu yang cakap macam ni..bukan saya tambah)
~ tak wajar kerajaan kenakan GST pada rakyat terutamanya rakyat pertengahan yang akan menghadapi kenaikan taraf hidup, padahal ketirisan dan pembaziran wang negara terus-terusan berlaku, sedangkan ada pihak lain boleh hidup bersenang dan bermewah kerana mengamalkan rasuah untuk dapat tender projek sebagai contoh
~ rakyat sepatutnya menggesa kerajaan supaya membentangkan laporan kewangan, hutang negara, cara nak langsaikan hutang pada rakyat supaya kita tahu apa yang kerajaan buat
~ jika tiada tindakan dilakukan oleh kerajaan untuk langsaikan hutang yang semakin bertambah, bila-bila masa Malaysia akan mengikut jejak langkah negara Eropah yang dah muflis, ramai rakyat hilang pekerjaan, hutang bertimbun-timbun,kalau bukan berlaku pada masa kita mungkin akan dihadapi oleh generasi anak, cucu, cicit kita
~ ada yang tanya kenapa harga rumah dan kereta tinggi, tak bolehkah kerajaan buat sesuatu? Prof. kata kenaikan harga rumah tak boleh salahkan kerajaan kerana ia berkait dgn supply & demand, hari ni ramai orang membeli rumah atau hartanah sebagai aset, demand sentiasa tinggi dari rakyat jadi pemaju menyediakan supply yang banyak jugak, ada permainan harga dari pemaju dan pihak bank apabila demand tinggi, kalau kerajaan turunkan harga rumah nanti pemaju dan bank akan bising sebab tak ada bisnes
~ rakyat hari ni terlalu ramai guna kad kredit, kad kredit ni akan menambah hutang yang sedia ada dan ramai dah jadi muflis kerana hutang kad kredit, jika hutang rakyat bertambah akan menambah jugak hutang kerajaan
~ rakyat tak ambil peduli bagaimana kerajaan menguruskan wang negara, yang rakyat minta bagi bonus, naik gaji padahal kalau gaji naik, harga barang semua naik, berlaku inflasi, tak selesai jugak masalah
based on apa sy dgr, Prof. ini bersikap neutral, hujahnya berpandukan kepada bukti dan fakta yang benar dan analisis yang dibuat berdasarkan apa yang dah berlaku pada negara lain..
Jom jadi rakyat yang prihatin, bangsa Cina dan India dah mula buka mata, bangsa Melayu takkan nak pejam mata, tutup telinga lagi, kemon la...maklumat di hujung jari maaa...
No comments:
Post a Comment