Monday, April 8, 2013

SEDEKAHLAH WALAU DENGAN SENYUMAN :)

Assalammualaikum,

Satu hari, saya dan Tok Imam pergi makan di kedai feberet Tok Imam di kawasan Bangi. Feberet la sebab dia boleh makan nasi kerabu kegemaran. Nak harap Bidadarinya ni buat, tahun depan belum tentu siap...Nasib la kahwin dengan orang Kedah kan tapi saya pun suka jugak makan nasi kerabu ni. Thanks to him la...Lap air liur yang menitik tu saya bukan nak bagi resepi nasi kerabu..tapi.....

Semasa kami tengah makan dengan penuh selera sebab lapar tahap gaban, datanglah seorang adik usia 11-
13 tahun kot, kulit hitam manis, pakai sling bag, bawak resit di tangan, pergi dari satu meja ke satu meja yang lain..Dia cakap kat saya, "Nak sedekah kak?"..

Saya seluk beg tangan, saya ni bukan orang kaya jadi saya pun bagilah setakat yang saya ada. Maklumlah surirumah jer..Adik tu pun terkumat-kamit mulut dia ucap terima kasih, nak bagi resit tapi saya tak nak resit cukup saya bagi duit tu pada dia.

Riak lah bagitau kita bagi sedekah kat orang. Nak tunjuk baik ke apa? Tak. Saya bukan nak bagitau yang saya ni lah manusiapaling baik seluruh alam bagi sedekah kat budak tu. Cuma saya sedih tengok budak tu..dia pergi dari meja ke meja tebalkan muka minta sumbangan tapi ramai yang geleng kepala tak nak bagi sambil dok tekan henset iPhone, Samsung Galaxy, pakai beg tangan Gucci (ori ka tiruan tak taulah), pakai baju mahai-mahai, makn sedap-sedap lauk-pauk penuh pinggan tapi berkira nak sedekah walaupun sekeping senyuman yang manis..

Manusia memang tak bersyukur kan..Allah dah tunjuk kesusahan di depan mata untuk kita tolong tapi kita buat endah tak endah saja...Mungkin orang akan kata, "Budak tu mesti dari sindiket, jangan dok bagi nanti kayalah sindiket tu dok tipu kita".

Memang..banyak dalam TV, wartawan bongkarkan rahsia-rahsia si peminta sedekah kat jalan-jalan, even yang budak-budak ni biasanya ada organisasi yang gunakan depa untuk cari duit dengan jalan mudah. Suka menipu orang konon-konon derma anak yatim lah, sedekah orang sakit la..bla bla bla..

Tapi, saya bukan hakim, bukan wartawan nak selidik semua tu sehingga ke akar umbi. Saya pun tk reti nak interview budak dari mana dia datang dan ke mana dia akan pergi...Siapa yang hantar dia dan sebagainya..Kasihan tengok budak tu berhujan panas dari siang sampai malam minta sedekah/sumbangan..kalau pun tak nak bagi banyak bagi seringgit pun tak apalah kawan-kawan sebab Malaikat Rakib dan 'Atid dok catat.."Si fulan bin si fulan ada bagi sedekah seringgit kat seorang budak kecil"..Manalah tahu kot-kot sedekah seringgit tu boleh selamatkan kita dari siksa api neraka. Kalau boleh pakai handset mahal, pakai baju mahal, kereta besar, rumah mewah,,,seringgit pun nak berkira ker?

Kita ni amalan tak banyak, solat pun tak khusyuk, solat sunat pun ikut rajin jer, al-quran pun kadang-kadang jer baca..entah-entah sebab sedekah seringgit boleh masuk syurga kan..Hal dia nak tipu ke apa tu serah pada Allah SWT..sekurang-kurangnya Allah dah saksikan perlakuan dan niat kita untuk membuat kebaikan..

Sedekah ni bukan sahaja memeberi pahala tapi boleh selamatkan kita dari musibah kemalangan atau kesihatan, kalau peniaga kena banyak sedekah sebab boleh jadi penyebab isnes maju kelak..ni Ustaz Azhar Idrus yang kata..

Alhamdulillah ya Allah..semoga Allah jadikan kita orang yang pemurah :)

2 comments:

  1. Ummi... mcm mana, kalau kita tak bg sedekah duit, dan sedekah dgn senyuman, sambil cakap, akak tanak derma dik... dan dapat balasan "ish!" "bodo la" dsb?

    sangat sedih, dan kebanyakan yg akak jumpa yg bagi balasan serupa itu ialah yg membawa resit Pusat Tahfiz Amal, Kedah... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu ada jugak yer macam tu..tak terkilan sangat kalau tak bagi derma kalau dah perangai macam tu..ramai sungguh la budak2 ni kt sini..pelik sebab xde penguatkuasa ambik tindakan ker

      Delete