Monday, April 8, 2013

BERNIAGA DENGAN HIKMAH

Assalammualaikum,

Saya kagum dengan orang bangsa Cina. Bagaimana mereka boleh bijak berniaga. Kita semua sudah maklum, biarpun Malaysia ni majoriti bangsa Melayu tapi yang menguasai ekonomi adalah bangsa Cina. Baik dari syarikat yang besar hinggalah ke kedai runcit. Saya tertanya-tanya bagaimana mereka ini boleh bertahan walaupun berniaga kecil-kecilan bersaing dengan hypermarket yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Mana nak bayar sewa kedai, nak bayar pada pembekal dan sebagainya. Erm..saya tak ada kawan Cina yang berniaga, kalau ada dah tentu saya nak berkongsi cerita dengannya. Ada siapa-siapa yang nak berkongsi cerita dengan saya? Saya budak baru belajar...Memang saya kagum dengan kebolehan bangsa Cina berniaga.

Saya juga dapat perhatikan kebanyakan peniaga Cina pandai berkomunikasi dengan pelanggan, ramah-mesra. Cara mereka mengambil hati pelanggan memang tip top. Tak banyak sikap seperti itu dalam kalangan peniaga Melayu. Pernah saya ke kedai peniaga berbangsa Melayu tetapi bersikap acuh tak acuh bila ditanya, muka pulak masam, kalau ditanya mulalah nak marah-marah, memang itulah kali terakhir saya ke kedainya. Bagaimanalah ekonom peniga Melayu nak maju dengan sikap sebegini? Pesan saya yang setahun jagung dalam bisnes ni, janganlah berbisnes kalau tak mahu melayan orang.

Jom kita jadi usahawan (walaupun secara sambilan dan kecil-kecilan) yang berhikmah. Jaga akhlak dengan pelanggan dan peniaga lain. Huhuu..semoga Allah SWT permudahkan. Tak rugi kita berbudi bahasa dan baik dengan orang lain sebab pengakhirannya kita akan dapat kebaikan baik dari segi rezeki atau kemesraan orang terhadap kita. Saya suka ramai kawan, saya tak suka ramai lawan. Buat para peniaga sekalian, tak perlulah melenting bila berurusan dengan pelanggan. InshaAllah sikap baik yag ditunjukkan akan mencairkan hati pelanggan. Biar pun macam-macam kerenah kita kena layan.

Buat para pelanggan/pembeli atau bakal pelanggan/pembeli, berurusanlah dengan akhlak yang baik juga. Setiap perkara ada solusinya. Tak perlu diperbesarkan masalah kecil sampai berbalah sesama sendiri. Kalau tak reti nak berkawan dan baik dengan orang, asyik nak cari sila duduk di Gua Kelam atau Gua Niah dan berkawanlah dengan kelawar-kelawar di sana hahaha...

Jemput lawat dan like page kedai online saya Zaitunrofie Muslimah Shop di facebook ya...TQ ^^

No comments:

Post a Comment