Monday, April 8, 2013

SEDEKAHLAH WALAU DENGAN SENYUMAN :)

Assalammualaikum,

Satu hari, saya dan Tok Imam pergi makan di kedai feberet Tok Imam di kawasan Bangi. Feberet la sebab dia boleh makan nasi kerabu kegemaran. Nak harap Bidadarinya ni buat, tahun depan belum tentu siap...Nasib la kahwin dengan orang Kedah kan tapi saya pun suka jugak makan nasi kerabu ni. Thanks to him la...Lap air liur yang menitik tu saya bukan nak bagi resepi nasi kerabu..tapi.....

Semasa kami tengah makan dengan penuh selera sebab lapar tahap gaban, datanglah seorang adik usia 11-
13 tahun kot, kulit hitam manis, pakai sling bag, bawak resit di tangan, pergi dari satu meja ke satu meja yang lain..Dia cakap kat saya, "Nak sedekah kak?"..

Saya seluk beg tangan, saya ni bukan orang kaya jadi saya pun bagilah setakat yang saya ada. Maklumlah surirumah jer..Adik tu pun terkumat-kamit mulut dia ucap terima kasih, nak bagi resit tapi saya tak nak resit cukup saya bagi duit tu pada dia.

Riak lah bagitau kita bagi sedekah kat orang. Nak tunjuk baik ke apa? Tak. Saya bukan nak bagitau yang saya ni lah manusiapaling baik seluruh alam bagi sedekah kat budak tu. Cuma saya sedih tengok budak tu..dia pergi dari meja ke meja tebalkan muka minta sumbangan tapi ramai yang geleng kepala tak nak bagi sambil dok tekan henset iPhone, Samsung Galaxy, pakai beg tangan Gucci (ori ka tiruan tak taulah), pakai baju mahai-mahai, makn sedap-sedap lauk-pauk penuh pinggan tapi berkira nak sedekah walaupun sekeping senyuman yang manis..

Manusia memang tak bersyukur kan..Allah dah tunjuk kesusahan di depan mata untuk kita tolong tapi kita buat endah tak endah saja...Mungkin orang akan kata, "Budak tu mesti dari sindiket, jangan dok bagi nanti kayalah sindiket tu dok tipu kita".

Memang..banyak dalam TV, wartawan bongkarkan rahsia-rahsia si peminta sedekah kat jalan-jalan, even yang budak-budak ni biasanya ada organisasi yang gunakan depa untuk cari duit dengan jalan mudah. Suka menipu orang konon-konon derma anak yatim lah, sedekah orang sakit la..bla bla bla..

Tapi, saya bukan hakim, bukan wartawan nak selidik semua tu sehingga ke akar umbi. Saya pun tk reti nak interview budak dari mana dia datang dan ke mana dia akan pergi...Siapa yang hantar dia dan sebagainya..Kasihan tengok budak tu berhujan panas dari siang sampai malam minta sedekah/sumbangan..kalau pun tak nak bagi banyak bagi seringgit pun tak apalah kawan-kawan sebab Malaikat Rakib dan 'Atid dok catat.."Si fulan bin si fulan ada bagi sedekah seringgit kat seorang budak kecil"..Manalah tahu kot-kot sedekah seringgit tu boleh selamatkan kita dari siksa api neraka. Kalau boleh pakai handset mahal, pakai baju mahal, kereta besar, rumah mewah,,,seringgit pun nak berkira ker?

Kita ni amalan tak banyak, solat pun tak khusyuk, solat sunat pun ikut rajin jer, al-quran pun kadang-kadang jer baca..entah-entah sebab sedekah seringgit boleh masuk syurga kan..Hal dia nak tipu ke apa tu serah pada Allah SWT..sekurang-kurangnya Allah dah saksikan perlakuan dan niat kita untuk membuat kebaikan..

Sedekah ni bukan sahaja memeberi pahala tapi boleh selamatkan kita dari musibah kemalangan atau kesihatan, kalau peniaga kena banyak sedekah sebab boleh jadi penyebab isnes maju kelak..ni Ustaz Azhar Idrus yang kata..

Alhamdulillah ya Allah..semoga Allah jadikan kita orang yang pemurah :)

BERNIAGA DENGAN HIKMAH

Assalammualaikum,

Saya kagum dengan orang bangsa Cina. Bagaimana mereka boleh bijak berniaga. Kita semua sudah maklum, biarpun Malaysia ni majoriti bangsa Melayu tapi yang menguasai ekonomi adalah bangsa Cina. Baik dari syarikat yang besar hinggalah ke kedai runcit. Saya tertanya-tanya bagaimana mereka ini boleh bertahan walaupun berniaga kecil-kecilan bersaing dengan hypermarket yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Mana nak bayar sewa kedai, nak bayar pada pembekal dan sebagainya. Erm..saya tak ada kawan Cina yang berniaga, kalau ada dah tentu saya nak berkongsi cerita dengannya. Ada siapa-siapa yang nak berkongsi cerita dengan saya? Saya budak baru belajar...Memang saya kagum dengan kebolehan bangsa Cina berniaga.

Saya juga dapat perhatikan kebanyakan peniaga Cina pandai berkomunikasi dengan pelanggan, ramah-mesra. Cara mereka mengambil hati pelanggan memang tip top. Tak banyak sikap seperti itu dalam kalangan peniaga Melayu. Pernah saya ke kedai peniaga berbangsa Melayu tetapi bersikap acuh tak acuh bila ditanya, muka pulak masam, kalau ditanya mulalah nak marah-marah, memang itulah kali terakhir saya ke kedainya. Bagaimanalah ekonom peniga Melayu nak maju dengan sikap sebegini? Pesan saya yang setahun jagung dalam bisnes ni, janganlah berbisnes kalau tak mahu melayan orang.

Jom kita jadi usahawan (walaupun secara sambilan dan kecil-kecilan) yang berhikmah. Jaga akhlak dengan pelanggan dan peniaga lain. Huhuu..semoga Allah SWT permudahkan. Tak rugi kita berbudi bahasa dan baik dengan orang lain sebab pengakhirannya kita akan dapat kebaikan baik dari segi rezeki atau kemesraan orang terhadap kita. Saya suka ramai kawan, saya tak suka ramai lawan. Buat para peniaga sekalian, tak perlulah melenting bila berurusan dengan pelanggan. InshaAllah sikap baik yag ditunjukkan akan mencairkan hati pelanggan. Biar pun macam-macam kerenah kita kena layan.

Buat para pelanggan/pembeli atau bakal pelanggan/pembeli, berurusanlah dengan akhlak yang baik juga. Setiap perkara ada solusinya. Tak perlu diperbesarkan masalah kecil sampai berbalah sesama sendiri. Kalau tak reti nak berkawan dan baik dengan orang, asyik nak cari sila duduk di Gua Kelam atau Gua Niah dan berkawanlah dengan kelawar-kelawar di sana hahaha...

Jemput lawat dan like page kedai online saya Zaitunrofie Muslimah Shop di facebook ya...TQ ^^

Thursday, April 4, 2013

RAYA..RAYA..RAYA

Assalammualaikum,

Excited benor pilihanraya ni sebab lama sangat menunggu ibarat bulan jatuh ke riba..Dari sebulan ke sebulan sampai menginjak tahun 2013, tak jugak diumumkan bubar parlimen. Eventually, yesterday is the day..alkisah nak cukupkan 4 tahun dia angkat sumpah rupanya. Tapi muka macam kelat sikit masa announce pembubaran tu..risau kott!! hehe...Yang tak tahannya bila si dia tu sempat lagi berkempen disuruh bagi mandat..Barang lama ni kalau selalu pakai naik cemuih la wei tak ada perubahan..sembang ja kemaih tapi hasil dok macam tu jugak..

Pilihanraya kali ni merupakan peluang kedua saya mengundi, tempat mengundi DUN TOKAI, PARLIMEN PENDANG..dengar kata Mat Sabu bertanding di Parlimen Pendang..wahhh sure sengit nih..Tapi saya dok berkira-kira macam mana nak balik mengundi ni sebab Tok Imam saya kena mengundi di Jerteh, Terengganu. Rugila kalau tak mengundi. Tapi kalau tak boleh jugak nak buat macam mana..terpaksalah cabut undi dulu di rumah nak balik mana..Predicted date untuk mengundi katanya 27/4 (Sabtu)..kalau bos Tok Imam baik hati, mugo-mugo dia bagi cuti lebih untuk staf yang duduk jauh ni haa..Boleh minta Tok Imam hantar Bidadarinya ni balik mengundi di Pendang lepas tu dia balik la Jerteh, kan...

Awatlah tak tukaq alamat IC awal-awal..kan dah susah..Tapi nak tukaq IC pun kena isi borang bagai, ambil masa jugak nak siap..tunggulah dok umah sendiri nanti tukar alamat di IC..jadi warganegara Selangor hakhak..Untunglar sebab tak payah bayar bil air..jimat duit teman yop!! Kalau nak terus dapat air percuma..bil air tak payah bayar, internet percuma yang bolek akses kat rumah, elaun surirumah..haaa taula kan nak undi mana..

Syeikh Said al-Sabouni pesan, kalau nak pilih pemimpin pilih yang beragama, bukan yang cakap berdegang2 nak pertahankan kalimah Allah tapi aurat tak tutup, berdegar2 cakap nak pertahankan syariat Allah tapi hukum hudud tolak mentah2, undi kita tu Malaikat Roqib dan Atid catat tau..pilih pemimpin yang selalu bawa perkara mungkar, konsert K-Pop, pakai rantai, tak tutup aurat, rosaklah masa depan anak-anak kita nanti..jawablah di hadapan Allah SWT nanti..kalau pilih pemimpin yang betul2 amalkan Islam dalam diri dan keluarga serta orang disekelilingnya, nescaya sejahteralah hidup dan akhlak anak cucu cicit kita di kemudian hari dengan rahmat agama Allah disemarakkan..Takbir!!! Allahu akbar!!

Study baik2 sebelum mengudni nanti, jangan silap undi, jangan buat undi rosak, VOTE WISELY for the sake of ummah and Islam..Pray for the victory of Islam..