Wednesday, March 6, 2013

PRAY FOR SABAH#1

Assalammualaikum,

Tadi terbaca artikel di akhbar Kosmo. Tak sangka ada jugak cerita lawak pasal Sabah ni.

1# Nur Misuari, dia ni pemimpin MILF yang selalu digelar militan Islam di Filipina, dia bagi amaran pada pihak Malaysia supaya tentera "Sultan" Jamalul Kiram tu tidak dibunuh..

2# Kedutaan Malaysia di Filipina diserbu dengan para pendemonstrasi yang menuntut supaya Malaysia tidak menyerang tentera Sulu...

Dah nampak macam Malaysia pulak yang menceroboh padahal siapalah yang datang negara orang degan senjata selepas beratus tahun tiba-tiba kata Sabah tu tanah mereka. Memang lawaklah...Nenek moyang siapa yang gadaikan Sabah tu pada British?

Ini macam kes Israel dengan Palestin. Sudahlah Israel tu menceroboh tanah Palestin, dihalau dan dibunuh rakyat Palestin supaya dapat menubuhkan negara Israel. Bila ditentang, rakyat di tanahair sendiri dilabel sebagai pengganas. 

Sepatutnya, Nur Misuari dan para pendemo tu pergi nasihat si Sultan Kiram tu supaya berundur dari Sabah. Bukan pihak Malaysia yang cetuskan dulu isu ni. Di Sabah tu ramai keturunan Sulu tetapi masing-masing harmoni dan aman tinggal di Malaysia. Kenapa pulak rakyat dari Filipina nak menuntut Sabah yang sudah sekian lama jadi sebahagian dari Malaysia? 

Hope that it will end soon. 



No comments:

Post a Comment