Assalammualaikum,
Rasa tak tenang dengan kes pencerobohan di Sabah ni. Sekarang sudah merebak ke Tawau pulak. Kasihan sama rakyat di Sabah. Buat teman-temanku di sana, bertabahlah menghadapi ujian dari Allah SWT ini. Semoga ketegangan ini segera tamat. Takziah buat perajurit yang terkorban. Andai langkahmu ke medan juang itu untuk memperjuangkan agama dan kebenaran. InsyaAllah gugurmu sebagai syuhada. Allah lebih tahu kedudukanmu di sisiNya kelak.
Kerajaan Sulu itu adalah kerajaan Islam. Mengapa harus berperang sesama saudara seagama yang sama-sama mengucapkan dua kalimah syahadah. Sama-sama menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Sama-sama solat 5 waktu dan lain-lain. Kita satu iman, satu akidah. Sepatutnya di saat umat Islam Sunni dan Syiah bertelagah di Syria mengorbankan ribuan nyawa, di saat umat Islam di Palestin sehari-hari bermandi darah, di saat umat Islam Rohingya di Myanmar dihambat dengan peluru dan umat Islam di segenap tempat dituduh sebagai pengganas, diinjak-injak dan dipijak-pijak oleh golongan zalim, ita seharusnya bersatu membangunkan daulah Islamiyah.
Hanya kerana tanah yang tak seberapa di dunia yang sementara atas nama pangkat di dunia sahaja, sehebat mana pun kita bermain senjata, pasti tak akan dapat membalas pukulan Malailat Munkar dan Nakir di alam kubur kelak. Walau bergelar "Sultan", "Presiden", atau "Perdana Menteri", sampai ajal akan dibenam ke dalam tanah juga...
Semoga Allah SWT tunjukkan kebenaran yang sejelas-jelasnya dan jatuhkan pihak yang salah dan menangkan pihak yang benar. Buat saudara segama yang terpesong dari kebenaran, semoga Allah SWT palingkan hatimu ke pangkal jalan.
LETS PRAY FOR SABAH AND ALL MUSLIMS
We will pray in agreement with you for a resolution to the conflicts in Sabah.
ReplyDeleteThanks :)..Hope that it will end soon InshaAllah
Delete