Tuesday, February 19, 2013

SYNDROM TAK PEDULI

Assalammualaikum,

Lama aih tinggal blog ni. Fuhhh...fuhhh...tiup buang habuk. Bersawang-sawang.

Wahai adik kakak, hari tu ketika media arus perdana sibuk menayangkan puak-puak Zionis Israel mengganyang rakyat Palestin, maka berderu-derulah mesej-mesej, newsletter, foto-foto yang menyeru seluruh umat Islam memboikot jenama barangan yang memberi dana langsung kepada Israel. Facebook pun sampai crowded dengan mesej boikot. Ada pihak lekat flyers di dinding-dinding seperti McD. Tak kurang juga yang edarkan flyers di depan pintu masuk McD. Harmoni sungguh rasanya.

Ni dah berbulan-bulan isu Palestin senyap sat, maka berbondonglah manusia yang kelaparan menyerbu semula McD (ataupun pakat mulalah membeli semula barang-barang kegemaran mereka yang wangnya disalurkan kepada Israel). Amboi, orang kita kalau tak makan McD rasa tak boleh hidup kot no. Kecik-kecik dulu mak ayah depa suap burger Prosperity dah kot. Afdlin Shauki yang artis kebabom tu pun boleh boikot McD (saja bagi contoh artis maklumlah artis tu kan ikon..whatever!!).

Memang kita ni ramai yang menghidap penyakit "Syndrome Aku Tak Peduli"..asalkan bukan aku yang kena dan bukan ahli keluarga aku yang kena. Hangpa nak berperang, peranglah..yang penting aku kenyang...Sama juga dengan isu semasa contohnya politik. Ramai yang tak ambil tahu dan tak ambil cakna soal pemerintahan negara. Apa pemimpin buat, ke mana duit rakyat dilaburkan, apa benefit yang rakyat dapat?

Sudah-sudahlah dengan penyakit syndrome aku tak peduli ni, bila ada yang berjuang untuk hak rakyat dah kena kutuk pulak padahal untuk sapa perjuangan tu? Untuk kita, anak, cucu, cicit, piut kita la weii di masa depan nanti. Bak kata salah seorang pemimpin negara, bila rakyat tak peduli soal politik semasa, maka lahirlah pemimpin yang berbuat sesuka hatinya.

Selingan hari Selasa...PEACE YO!..Berjihad di Palestin dah la penakut, berjihad dengan McD pun tak boleh, hangpa memang POYO...


No comments:

Post a Comment