Friday, January 4, 2013

UPDATE FB??

Assalammualaikum,

Tengah dok online FB, terbaca satu status. 

"Dgr ceramah UAI kat mustika HD td... ustaz ckp berdosa post pasal suami or isteri...mcm puji psgn kite kat wall ...sbb nk bgtau sume org...yg psgn kite tu baik sgt...mcm kite sorg je yg kawin..klu btl die baik puji dpn die dh la..xpyh post kat wall bg satu dunia tau psgn kite je baik...wink3...sape mkn cili die rs pedas...xgtu...huhuhu"

Adeh, memang terasa pedas sampai ke usus bukan setakat lidah jer. Sejak-sejak FB, twitter dan yang seangkatan dengannya ni wujud, semua perkara kita boleh tahu. Isu semasa (lagi cepat dari suratkhabar), isu rumahtangga, isu anak-anak, hal peribadi...tut tet tut tet...semua kt FB. Benda yang personal pun boleh jadi public.

Saya memang setuju sangat dengan status kat atas tu walaupun ada kalanya saya pun gatai jugak nak update status hal-hal suami isteri ni . Kita kena sedar yang FB tu bukan personal diary, semua benda nak cerita. Kadang-kadang boleh jadi medan perbalahan bila ada orang suarakan rasa marah, tak puas hati, bengang dengan orang lain melalui FB. Ada juga yang cerita pasal suami isteri dan kadang-kadang hal dalam kelambu pun dibuat status jugak. Naik geli pulak bila baca. 

Ada pulak golongan muslimah (tudung labuh, berniqab) dok post pasal cinta, merayu-rayu, ayat-ayat jiwang, mengharapkan 'putera idaman' datang meminang. Aduhai, kalau dah jodoh tak ke mana la dik oii...Tak perlu nak post ayat-ayat cinta di FB, jodoh tu pada Allah bukan pada Mark Zuckenberg si pengasas FB tu. Minta doa sungguh-sungguh pada Dia.

Tak kurang juga yang sibuk berdoa di FB. "Ya Allah, permudahkan hari aku..", sebagai contoh doa. Padahal, dia taip kat FB. Ni namanya Mazhab FB...Kalau betul nak berdoa, ambil wudhuk, pakai telekung kalau perempuan, kalau lelaki pakai baju tutup aurat, berdiri tegak-tegak di atas tikar sejadah kemudian angkat takbir, solat. Habis solat berzikir sikit kemudian doalah sepuas-puasnya. Apa-apalah kita ni...Kalau ditegur karang marah..

Cakap pasal tegur ni, memang banyak sesi tegur-menegur di FB ni...ada yang lantang, ada yang gurau-gurau, ada yang menyakitkan hati, ada yang berhikmah. Tapi, kalau tak kena gaya memang boleh berperang. Berbalah soal salaf, khalaf, Syiah, Sunnah, bab-bab agama. Pakat keluar hadis, quote ustaz ni, ustaz nun, habis yang baca pening kepala. Kalau nak tegur hal-hal agama yang berlainan pendapat silalah terjah inbox dia. Tak pasal-pasal menyesatkan umat la kome ni bila thread post panjang berjela-jela dengan komen-komen kome jer. Tak payah tunjuk pandai kalau setakat berpandukan hujah2 ustaz google, ustazah FB, syeikh maulana blog...Baik kome pergi berjihad di Palestin sana. Kalau setakat belajar agama melalui pembacaan, kuliah agama ustaz seminggu sekali, tolonglah jangan bertelagah sesama Islam soal agama ni. Syeikh-syeikh yang bertalaqi dengan ulamak-ulamak pun tak berbalah macam kome tau. 

Haha..banyak pulak membebel hari ni. nak buat macam mana, hati orang perempuan ni terletak di mulut@jari kalau menaip. Padanlah yang selalu dok update FB tu banyaknya spesis saya. Simpan dalam hati rasa tak boleh duduk, nak cakap kat orang depan-depan takut kena sembur, taip kat FB pun jadilah, akhirnya satu dunia tahu..hehe..

Sempena tahun baru ni, jom la kita menanam azam untuk berubah. Kurang-kurangkan kontroversi yang tak membawa manfaat (ada ker kontroversi yang bermanfaat???)..Update sekadar sajalah, tak perlulah selongkar cerita-cerita peribadi, rumahtangga, keluarga yang bakal menyalakan api cemburu dalam hati sape-sape nanti. Kalau dapat rezeki lebih, ucap syukur pada Allah SWT, tak perlu nak heboh satu dunia. Kalau buat solat sunat tahajud, dhuha dan sebagainya pun tak perlu nak heboh kat FB, twitter dan blog. Hilang pahala dan nampak sangat tak ikhlas beribadat. Benda-benda macam tu kita rahsiakan dari manusia tau. 

Saya bukannya dah sempurna baik tapi berusaha nak jadi baik. Apa yang saya bebel tu sekadar nasihat (rasa macam tua sangat dah dok nasihat-nasihat ni)...Apa yang saya taip di atas applicable kepada twitter dan blog juga. Nak buat apa pun berpada-padalah yer..Pesanan untuk diriku yang hina-dina ini jua..


2 comments:

  1. salam... sampaikan salam saya pada suami puan.. kawan lama kat matrikulasi Taj

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..oh insyaAllah..terima kasih kerana melawat blog yang tak seberapa ni..

      Delete