Saturday, September 29, 2012

BELANJAWAN 2013...

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, tumpang seronok dengan kakitangan kerajaan dapat bonus sebulan setengah. Kalau yang ada anak ramai bolehlah guna duit tu untuk beli kelengkapan dan keperluan keluarga. Tapi, saya tak dapat apa-apa dari belanjawan ni sebab surirumah jer. Yang dapat hanya kenaikan gula 20 sen. Suami saya pun tak dapat apa-apa jugak sebab pekerja swasta. Selepas ni kena tingkatkan lagi penjimatan belanja keluarga sebab nak menampung harga barang yang dijangka naik. Harga barang kalau dah naik manalah nak turun semula. Jadi, kita sebagai rakyat biasa ni kenalah ikat perut, kena banyakkan minum air masak sebab takut dapat diabetes. Pekerja swasta, sila tingkatkan mutu kerja. Mungkin kualiti kerja tak setanding kakitangan kerajaan sebab tu tiap kali belanjawan diumumkan pekerja swasta hanya dapat 'air liur' saja. Sabar jer lah. Cukai tetap kena bayar kan. Ada orang kata pekerja swasta ni selalu dapat bonus 5-8 bulan setiap tahun. Agaknya yang pakai kereta mewah, rumah besar-besar tu semuanya pekerja swasta la yer...

Malas nak komen banyak-banyak. Sebagai seorang surirumah yang menganggur, saya tak layak nak komen pasal belanjawan ni. Bukannya ada orang nak dengar. Setakat gula naik 20 sen tu apalah sangat....Negara lain lagi mahal gula...Bersyukurlah...

Allah Yang Maha Memberi Rezeki...



Thursday, September 6, 2012

8 BULAN....

Assalammualaikum,

Bulan ni kandungan saya dah mencecah usia 8 bulan..just a month and a few days to go before delivery. Sangat teruja dan berdebar-debar jugak. Walaupun yang ini masuk kali ketiga bersalin tapi masih rasa takut dan seram.....Mudah-mudahan sakit tak lama dan dipermudahkan bersalin nanti.

Saya bercadang nak bersalin di Kedah sebab nak berpantang di sana. Kat sana ramai pengasuh nak jaga Abang Long dan Kak Ngah. Kalau bersalin dan berpantang di Kajang, harap pada Abi sajalah nak buat semuanya. Payah...payah...Tak terjaga nanti orang dalam pantang, anak-anak dan kerja. InsyaAllah, hujung bulan ni atau awal bulan depan boleh dah balik kampung. Kesian tinggal Abi seorang di Kajang nanti.

Semalam, tiba-tiba teringat. Rupa-rupanya saya belum pack barang-barang baby dan ibu ke dalam beg. Sungguh-sungguh lupa. Dulu, perut masuk usia 7 bulan saya dah siap berkemas barang-barang yang berkenaan dan letak dalam satu beg kecil. Diusung ke hulu ke hilir beg tu. Nampak gayanya hari ni kena packing barang dah. 

Sekarang, tengah mencari-cari nama nak letak pada baby nanti. Nama tak perlu panjang tapi harus mempunyai maksud yang baik. Dah trauma dengan nama panjang-panjang ni. Punyalah lama ambik masa nak isi apa-apa borang nanti. Pengalaman sendiri....

Doakan saya selamat bersalin ya..boy atau girl kenalah tunggu sebulan lagi...supriseeee...

Monday, September 3, 2012

ANDAI KU TAHU...

Assalammualaikum,

Baru dapat tahu seorang kawan saya akan terbang ke Scotland tak lama lagi untuk sambung pelajaran peringkat PhD. Seorang kenalan lagi pun akan terbang ke Jepun untuk tujuan yang sama tapi dalam bidang yang berbeza. Seronok mendengarnya. Ada lagi seorang kawan yang baru terjebak ke alam penyelidikan di USM, peringkat Master. Rasa bersemangat semula nak sambung belajar bila ramai kawan dah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. 

Tahun lepas beberapa bulan selepas konvokesyen, saya hampir-hampir menjadi pelajar PhD tapi sebab sibuk dengan perkara lain dan melengah-lengahkan masa, proposal projek tu diserahkan kepada pelajar lain. Tak ada rezeki. Aduhai...Kalau nak minta kerja dah tentulah orang tak pandang sebab sijil Master pun dah berhabuk. Menganggur sampai setahun dengan tak ada pengalaman kerja. Setakat pengalaman mengajar tuisyen tu adalah. I am quite choosy actually regarding jobs...Al maklumlah, ada suami dan anak yang kena jaga. Kerja-kerja engineer ni kadang-kadang tak tentu masa, cuti entah ke mana, kerja sampai malam...saya tak boleh survive dalam persekitaran macam ni. Kalau boleh nak lah kerja yang flexible masanya dengan keperluan. Sebab itu saya dah mula berjinak-jinak dengan bisnes. InsyaAllah, mudah-mudahan bisnes ni diberkati dan beroleh keuntungan. Tak perlulah saya susah-susah nak cari kerja yang sesuai lagi. Sambil kerja cari duit boleh jaga anak, jaga suami. Tapi, untuk permulaan bisnes pun kecil-kecil lah dulu. Sambutan pun ibarat baru nak panas enjin motor. Ambil masa jugak kan. Sekarang pun tengah mencari dan menunggu stok barang jualan yang dah ditempah untuk masuk kedai.

Jadi, sambung belajar tu adalah pilihan yang terbaik kalau dah tak boleh nak masuk industri selain menjadikan bisnes sebagai kerja sambilan. Lagipun, belajar ni hanya memerlukan minat, ketekunan, usaha, dan of course duit. If I am lucky, I can manage my own time schedule, for sure. So, boleh seimbangkan tugas sebagai ibu, isteri, dan pelajar. Itu salah satu keistimewaan menjadi pelajar Ijazah Tinggi. Tapi, banyak pengorbanan juga yang perlu dilakukan. Disebalik pangkat Doktor Falsafah tu, banyak jerit perih yang perlu dikerah. Ingat senang nak habiskan 4/5 tahun penyelidikan untuk meraih gelaran Doktor tu? Senang saja nak penuhkan tujuh tempayan dengan air mata macam cerita Puteri Gunung Ledang tu. Sakit jiwa dan raga, hanya Allah yang tahu. 

Apa pun pilihan kita, istiqarah itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita pastikan keputusan yang dibuat adalah juga yang terbaik. Tapi, for sure, jangan jadikan peluang menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi untuk menjadi seorang yang sombong takbur, suka merendahkan orang lain, bangga dengan pencapaian sendiri dan lain-lain sifat mazmumah. Ingat!!! Ilmu tu bukan milik kita. Kalau hari ini Allah beri kita kefahaman tentang sesuatu tak mustahil esok Dia boleh tarik kefahaman itu semula dari kita. Saya memang tak suka dengan orang yang suka berbangga dengan ilmunya dan dalam masa yang sama merendahkan orang lain macam dialah yang paling hebat. Sedihnya, segelintir ahli akademik kita yang dipanggil Dr, Prof dan sebagainya gelaran memiliki sifat seperti ini. 

Ahli akademik dahulukala seperti Khwarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Razi, al-Farabi dan ramai lagi, ilmu mereka berkembang dengan meluas ke seluruh dunia. Bahkan buku karangan mereka diterbitkan dalam pelbagai bahasa. Mereka juga tidak hanya fokus pada satu bidang tapi mahir dalam pelbagai bidang. Malahan, arif dalam ilmu agama. Semuanya kerana asas taqwa yang diletakkan kepada Allah SWT dan sifat rendah diri dan tidak tahu yang disandarkan secara total kepadaNya. Akhirnya, mereka dimuliakan dengan ilmu kurniaan Allah SWT itu oleh seluruh ilmuwan dunia. Ilmu mereka berguna sampailah ke hari ini. 

Ya, itulah ilmuwan yang kita perlu jadi bukan sekadar menyambung pelajaran, dapat duit elaun atau biasiswa tiap-tiap bulan, buat penyelidikan, baca jurnal-jurnal, viva, konvo, dan dapat kerja yang bagus. Sambung belajar juga bukan disebabkan kita tak nak menganggur. No...no...no...Ianya lebih lagi dari itu. It's about educating yourself and others about Allah SWT, His creation, how to be a good servant to Him and obey His orders. Meletakkan asas taqwa dalam diri supaya ilmu yang diperolehi menjadi jambatan untuk kita mengenali pemilik ilmu...

Kalaulah melaksanakannya semudah memperkatakannya.....InsyaAllah. Pray for me my friends...I'm searching my true goals...