Thursday, June 21, 2012

DIA SUDAH KE ALAM SANA...

Assalammualaikum,

Innalillahi wa inna ilaihi ra ji'un...

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...

Zarina Tardan...

Saya mula mengenalinya semasa di tahun pertamanya di USM Kampus Kejuruteraan. Dia seorang yang pendiam, cakap bila perlu tapi kadang-kadang suka bergurau. Seorang yang serius melakukan kerja, pandai dalam pelajaran dan dalam proses menyiapkan tesis masternya dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. 

Meski usianya muda beberapa tahun dari saya tetapi kami mudah rapat kerana sikapnya yang selalu senyum. Kalau ada masalah, dia tak zahirkan masalah itu di wajahnya. Saya semakin mengenali karakternya ketika sama-sama mengikuti usrah di USM dulu. 

Dia seorang yang berbakat dalam penulisan dan kepimpinan. Pernah menjadi Pengerusi Helwani PMI, calon MPP dan aktif dengan aktiviti Pusat Islam dan Nisa' kawasan Parit Buntar. Banyak kenangan manis bila diingat semula. Tak pernah sekalipun dia kecilkan hati saya, bahkan sahabat-sahabatnya yang lain. Semuaorang senang bergaul dan bersahabat dengannya.

Jumaat lalu, dia mengalami kemalangan di bulatan berhampiran Queensbay, Pulau Pinang ketika bersama adiknya menunggang motosikal. Sebuah kereta dikatakan tidak memberi isyarat untuk membelok lalu melanggar motosikalnya. Mereka berdua terjatuh dari motosikal. Adiknya hanya mengalami kecederaan ringan manakala dia cedera parah di kepala kerana topi keledarnya tertanggal ketika kejadian berlaku. Disebabkan itu, dia mengalami pendarahan dalam otak. Semasa kemalangan, dia menangis di tempat kejadian dan kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang.

Doktor terpaksa melakukan dua kali pembedahan kerana pendarahannya tidak berhenti dan dia koma. Beberapa hari selepas itu, saya cuma tahu dari sahabat-sahabat yang lain bahawa denyutan jantungnya semakin lemah, masih koma dan kritikal. Sahabat-sahabat dan ahli keluarganya sudah mula membaca Yasin untuknya dan mengajar kalimah syahadah. 

Petang tadi, melalui seorang sahabat juga diberitakan bahawa keadaan jantungnya masih lemah dan dipasang alat bantuan pernafasan. Otak kirinya disahkan 'brain death'. Namun, Allah SWT ternyata lebih sayangkannya. Malaikat Izrail datang menjemputnya pada jam 4.45 petang tadi di hospital. Jenazahnya telah disembahyangkan di USM Induk dan malam ini jenazahnya dalam perjalanan untuk disemadikan di kampung halamannya di Johor. 

Kematian tidak mengenal usia. Harinya telah tiba tetapi giliran kita mungkin bila-bila masa akan menyusul. Sedia atau tidak kita pasti akan menemui Allah yang menciptakan kita. Semoga pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik. Semoga Allah SWT berikan kekuatan dan ketabahan buat ahli keluarganya untuk menghadapi pemergiannya bertemu Rabbnya. 

Kehilangannya amat dirasai. Sahabatku, semoga kau ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman.  Sekiranya ada kesalahanku padamu, maafkanlah daku. Semoga kita bertemu di syurgaNya.....

Al-Fatihah buatmu sahabatku, Zarina Tardan a.k.a Sifrulmind Dzar...tiada lagi komen dan gurauanmu di blog ini...

Kini, hanya blognya yang bakal mengubat rasa rindu padanya....Di Kala Hati Mencari Ketenangan


4 comments:

  1. aslmkm... jika x silap ini anak kpd pn zaiton rofie, dulu di kik th 78 - 79?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam,

      ya, saya anak zaitun rofie, mak saya ex-kik tp x igt tahun berapa..betullah tu kot...kawan dia ker?

      Delete
  2. salam kak.. sy satu batch dgn zarina and pernah duduk satu aras dgn dia ms undergrad dulu.. even tak rapat sgt, tp sikap arwah yg suke tsenyum buat kita sejuk hati tengok dia..
    mksd akak masa die eksiden die menangis tu, kiranya die masih sedar eh? die koma lps operation tu ke?
    thanks akak utk maklumat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..dia sedar lg masa eksiden tu..tp bila ke hospital dia pengsan pastu koma lepas operate...sedekahkan al-fatihah buat dia yer...

      Delete