Tuesday, June 12, 2012

Assalammualaikum,

Sunyi suasana rumah hari ini. Dua orang penceria suasana, penyelerak mainan dan barang-barang, anak-anak saya yang manja tak ada di sisi kerana dihantar pulang ke kampung di Pendang, Kedah.

Biar rumah kemas berpanjangan, diri tidak letih melayan kerenah anak-anak tapi hati rasa kosong bila mereka tiada. Semoga hari-hari yang terselit rasa rindu dendam pada mereka akan cepat berlalu dan kembali merangkul mereka dalam pelukan.

Teringat kata-kata Abang Long sebelum ditinggalkan bersama Maktok, bapa dan ibu saudaranya, "Ibu, janganlah pergi kerja..". Kak Ngah pula langsung tak berkata-kata. Kalau pun berkata-kata, kalimat yang sering disebutnya adalah " Mana Abi?".

Tapi di sana mereka lebih seronok dilayan bagai putera dan puteri. Sebut apa saja yang dikehendaki pasti ditunaikan. Itulah mereka cucu kesayangan Maktok. 

Saya tak risau sangat bila berjauhan dengan anak-anak yang berada di kampung kerana mereka ditinggalkan dengan orang yang dipercayai dan sayangkan mereka setulusnya. Makan, minum dan pakai mereka pasti terjaga. Namun, masih menghitung hari untuk mengambil mereka semula nanti. Baru sehari berjauhan, Ibu dah rindu sangat pada Abang Long dan Kak Ngah. Mujur ada 'baby' yang temankan Ibu dan Abi di sini. 

Semalam Abi tanya, "Mana lagi sedih, jauh dari anak ker jauh dari suami?".

Jauh dari suami sedihnya lain, jauh dari anak-anak sedihnya juga lain. Masing-masing ada nilai tersendiri dalam hati. 

No comments:

Post a Comment