Thursday, June 28, 2012

IKAN PEKASAM BELANTIK, SIK


Assalammualaikum,

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Ada sesiapa yag suka makan ikan pekasam. Haaa....ada kan. Kalau orang biasa duduk di kampung, terutamanya belah-belah utara ni ikan pekasam tu dah jadi hidangan wajib la. Kalau ada ikn pekasam, makan nasi pun boleh bertambah-tambah. Tak percaya? Cubalah...


ikan pekasam kak nah

 ikan pekasam yang belum dimasak

Sesiapa yang suka makan ikan pekasam, bolehlah membuat pesanan kepada saya. Hubungi 019-5704541 atau 019-5904541 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan..

Ikan pekasam ni dari jenis ikan lampam. Datang dari Belantik, Sik. Walaupun dah jadi pekasam tapi ikannya tetap segar. Boleh disimpan dalam peti ais selama bertahun-tahun, tak rosak InsyaAllah (berdasarkan pengalaman). Berat satu paket ikan pekasam adalah 200 g (ada 3 ekor ikan dalam satu paket) seperti gambar di atas. Ikannya tak masin sangat dan tak masam sangat, just nice. Kalau nak lagi sedap, goreng ikan ni bersama bawang besar yang dimayang dan lada (cili api lagi best...sedapp)...Makan dengan nasi panas. Fuh, sepinggan nasi pun tak cukup.

Saya dulu tak pernah makan dan tak suka ikan pekasam sebab bau dia yang kuat. Tapi, sejak saya makan ikan pekasam ni rasa dah jatuh cinta pada rasanya. Belum cuba, belum tahu weii. 

Ikan ni kalau makan masa sahur bulan puasa nanti memang sedap. Rasanya yang sikit masin dan masam tu akan boleh membuka selera anda. Tunggu apa lagi, pesan sekarang....Berbaloi-baloi...

Thursday, June 21, 2012

DIA SUDAH KE ALAM SANA...

Assalammualaikum,

Innalillahi wa inna ilaihi ra ji'un...

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...

Zarina Tardan...

Saya mula mengenalinya semasa di tahun pertamanya di USM Kampus Kejuruteraan. Dia seorang yang pendiam, cakap bila perlu tapi kadang-kadang suka bergurau. Seorang yang serius melakukan kerja, pandai dalam pelajaran dan dalam proses menyiapkan tesis masternya dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. 

Meski usianya muda beberapa tahun dari saya tetapi kami mudah rapat kerana sikapnya yang selalu senyum. Kalau ada masalah, dia tak zahirkan masalah itu di wajahnya. Saya semakin mengenali karakternya ketika sama-sama mengikuti usrah di USM dulu. 

Dia seorang yang berbakat dalam penulisan dan kepimpinan. Pernah menjadi Pengerusi Helwani PMI, calon MPP dan aktif dengan aktiviti Pusat Islam dan Nisa' kawasan Parit Buntar. Banyak kenangan manis bila diingat semula. Tak pernah sekalipun dia kecilkan hati saya, bahkan sahabat-sahabatnya yang lain. Semuaorang senang bergaul dan bersahabat dengannya.

Jumaat lalu, dia mengalami kemalangan di bulatan berhampiran Queensbay, Pulau Pinang ketika bersama adiknya menunggang motosikal. Sebuah kereta dikatakan tidak memberi isyarat untuk membelok lalu melanggar motosikalnya. Mereka berdua terjatuh dari motosikal. Adiknya hanya mengalami kecederaan ringan manakala dia cedera parah di kepala kerana topi keledarnya tertanggal ketika kejadian berlaku. Disebabkan itu, dia mengalami pendarahan dalam otak. Semasa kemalangan, dia menangis di tempat kejadian dan kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang.

Doktor terpaksa melakukan dua kali pembedahan kerana pendarahannya tidak berhenti dan dia koma. Beberapa hari selepas itu, saya cuma tahu dari sahabat-sahabat yang lain bahawa denyutan jantungnya semakin lemah, masih koma dan kritikal. Sahabat-sahabat dan ahli keluarganya sudah mula membaca Yasin untuknya dan mengajar kalimah syahadah. 

Petang tadi, melalui seorang sahabat juga diberitakan bahawa keadaan jantungnya masih lemah dan dipasang alat bantuan pernafasan. Otak kirinya disahkan 'brain death'. Namun, Allah SWT ternyata lebih sayangkannya. Malaikat Izrail datang menjemputnya pada jam 4.45 petang tadi di hospital. Jenazahnya telah disembahyangkan di USM Induk dan malam ini jenazahnya dalam perjalanan untuk disemadikan di kampung halamannya di Johor. 

Kematian tidak mengenal usia. Harinya telah tiba tetapi giliran kita mungkin bila-bila masa akan menyusul. Sedia atau tidak kita pasti akan menemui Allah yang menciptakan kita. Semoga pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik. Semoga Allah SWT berikan kekuatan dan ketabahan buat ahli keluarganya untuk menghadapi pemergiannya bertemu Rabbnya. 

Kehilangannya amat dirasai. Sahabatku, semoga kau ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman.  Sekiranya ada kesalahanku padamu, maafkanlah daku. Semoga kita bertemu di syurgaNya.....

Al-Fatihah buatmu sahabatku, Zarina Tardan a.k.a Sifrulmind Dzar...tiada lagi komen dan gurauanmu di blog ini...

Kini, hanya blognya yang bakal mengubat rasa rindu padanya....Di Kala Hati Mencari Ketenangan


Monday, June 18, 2012

ALLAH BERSAMAMU..

Assalammualaikum,

Pada 12 tengahari hari Ahad (semalam), seorang sahabat baik saya menghantar mesej memaklumkan salah seorang sahabat baik kami (junior 2 tahun), pelajar Master Kejuruteraan Elektik dan Elektronik terlibat dalam kemalangan di bulatan berhampiran Queensbay, Pulau Pinang. Keadaannya dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang, berlaku pendarahan dalam kepala dan koma. Perkembangan untuk hari ini, sudah 2 pembedahan dilakukan kerana darah masih mengalir dalam otaknya. Semoga Allah SWT kurniakan kekuatan dan ketabahan buatnya untuk menghadapi masa-masa sukar ini. Sesungguhnya, dia Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

Semoga sahabatku , Zarina Tardan akan kembali sedar dan pulih seperti sediakala. 

Dia merupakan orang selalu memberi komen dalam blog picisan ni.

Syafakillah, sahabatku. Allah SWT bersamamu......

Tuesday, June 12, 2012

Assalammualaikum,

Sunyi suasana rumah hari ini. Dua orang penceria suasana, penyelerak mainan dan barang-barang, anak-anak saya yang manja tak ada di sisi kerana dihantar pulang ke kampung di Pendang, Kedah.

Biar rumah kemas berpanjangan, diri tidak letih melayan kerenah anak-anak tapi hati rasa kosong bila mereka tiada. Semoga hari-hari yang terselit rasa rindu dendam pada mereka akan cepat berlalu dan kembali merangkul mereka dalam pelukan.

Teringat kata-kata Abang Long sebelum ditinggalkan bersama Maktok, bapa dan ibu saudaranya, "Ibu, janganlah pergi kerja..". Kak Ngah pula langsung tak berkata-kata. Kalau pun berkata-kata, kalimat yang sering disebutnya adalah " Mana Abi?".

Tapi di sana mereka lebih seronok dilayan bagai putera dan puteri. Sebut apa saja yang dikehendaki pasti ditunaikan. Itulah mereka cucu kesayangan Maktok. 

Saya tak risau sangat bila berjauhan dengan anak-anak yang berada di kampung kerana mereka ditinggalkan dengan orang yang dipercayai dan sayangkan mereka setulusnya. Makan, minum dan pakai mereka pasti terjaga. Namun, masih menghitung hari untuk mengambil mereka semula nanti. Baru sehari berjauhan, Ibu dah rindu sangat pada Abang Long dan Kak Ngah. Mujur ada 'baby' yang temankan Ibu dan Abi di sini. 

Semalam Abi tanya, "Mana lagi sedih, jauh dari anak ker jauh dari suami?".

Jauh dari suami sedihnya lain, jauh dari anak-anak sedihnya juga lain. Masing-masing ada nilai tersendiri dalam hati. 

Tuesday, June 5, 2012

BIAR PAPA ASAL BERGAYA?

Assalammualaikum,

Biar papa asalkan bergaya..
Duit poket tak cukup tak apa...
Hutang berjela...
Buat-buat lupa...

Tiba-tiba pulak teringat lagu Senario ni. Adeh...

Sejak-semenjak tinggal di bandar Kajang ni, saya pun dah makin faham tabiat orang bandar.Pastilah banyak bezanya kalau nak dibandingkan dengan di kawasan luar bandar kan.

Pertama, dari segi pemakaian. Dulu semasa tinggal di Pulau Pinang, Sungai Petani, Pendang, pandangan fesyen tu biasa-biasa saja. Ada juga yang bergaya terutamanya sesetengah pelajar di tempat saya menuntut ilmu dulu tapi biasa kalau bergaya lebih-lebih memang sah la kena kutuk kaw kaw dengan mata yang memandang. Fesyen tak kena tempat. Bila dah tinggal sendiri di bandar yang dekat dengan KL ni, macam-macamlah fesyen pelik yang saya lihat. Ni gara-gara obses dengan fesyen atau artis. Apa artis pakai semua nak ikut. Sampai dah naik pening kepala tengok. Encik suami pun kadang-kadang geleng kepala. Mujur isterinya berfesyen di rumah sahaja. Yalah, orang sekarang pentingkan fesyen dan pandangan orang daripada sunnah, syariah dan pandangan Allah. Bukannya tak tahu hukum tapi terlalu taksub nak bergaya kerana pengaruh media massa.

Kedua, dari segi teknologi seperti handphone. Di sini, geng-geng Bangla, Indon dan seangkatan dengannya tu pun dah ramai pakai handphone touch screen tak kira jenama apa. Saya rakyat Malaysia ni mampu pakai handphone biasa jer. Diorang lagi kaya hehe...Even, my students (tuisyen) pun pakai Blackberry, iPhone, Galaxy. Umur baru 12 tahun dah pakai Galaxy kot, sentap jantung cikgu. Gaji ribu riban mak ayah diorang ni. Adeh, jangan anak-anak saya pun nanti macam tu. Makan nasi dengan kicap jer lah hari-hari. Anak saya pun dah pandai main game Angry Bird kat handphone mak sedara dia jenama Galaxy harga ribu-ribu tu. Malas ibu nak pakai handphone canggih-canggih ni kalau anak pun dah mula nak main game. Mengabiskan duit jer. Saya sangat berkira duit untuk membeli handphone canggih-canggih yang harga lebih dari 200 ke atas, harap maklum. Lainlah kalau encik suami yang belikan hehehe...(ceh, teringin jugak). Lebih baik pergi makan kat kedai sedap-sedap. Telefon ni asal boleh mesej dan telefon dahlah, syukur alhamdulillah. Tak canggih pun tak apa. Ada orang tengok handphone pun tak pernah. Teknologi oh teknologi..kalau dikejar memang lingkuplah duit. Last-last, duit nafkah kat isteri, anak-anak, mak ayah di kampung yang terbengkalai sebab nak bergaya punya pasal. Itu tak cerita bab kereta lagi...adoiii..

Ketiga, penggunaan kad kredit. Tak payah cakap banyak, orang bandar memang suka guna kad kredit. Ate, orang kampung takkan nak pakai kad kredit pergi pasar. Tak pasal-pasal kena hambat balik. Pergi hypermarket, stesyen minyak, kedai makan, semuanya dibayar dengan kad kredit. Kad kredit kalau dijadikan budaya boleh merana jiwa dengan hutang-piutang, bayaran servis dan macam-macam kos tersembunyi di sebaliknya. Adik saya terpaksa bayar hutang berpuluh ribu sebab kad kredit. Itu pun dia guna untuk tempah/beli tiket kapal terbang dari Sarawak balik ke Semenanjung dan sebaliknya.

Cukuplah saya senaraikan tiga perkara tu melalui pemerhatian yang dilakukan. Hidup di mana-mana pun yng paling kita ikut resmi ikan. Biar pun berenang di laut masin tapi daging tetap tawar. Hidup mesti ada pendirian. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Kalau gaji sebesar kancil janganlah berbelanja sebesar gajah. Kalau kita kaya sekalipun, ingat Allah tidak memberi harta supaya kita menunjuk-nunjuk. Hiduplah sekadarnya dan sentiasalah mendekat kan diri denganNya.

Kalau dulu semasa pakai kereta Wira rajin juga ke surau/masjid solat berjemah, dengar kuliah ilmu, sekarang bila dah pakai Nissan Livina kenalah lebih rajin lagi ke masjid, kuliah agama supaya kita tak menjadi orang yang kufur nikmat.

Orang yang bersyukur Allah akan tambah lagi nikmat tapi orang yang kufur azab Allah sangatlah pedih....renungan bersama.

CUBAAN...CUBAAN


Assalammualaikum,

Masa mula-mula create blog ni, bukan main excited nak taip macam-macam maklumat dalam kepala hotak ni tapi dah lama-lama ni rasa malas menjalar ke seluruh urat jari-jariku. Banyak cerita nak taip tapi bil mengadap blog jer terus hilang mood. Nak buat sesuatu memang senang tapi nak keep on doing it atau istilah yang sesuai istiqamah untuk menaip di blog ni memang sangat susah rupanya. Saya ni menulis diari pun kejap tulis, kejap tidak. Lama-lama diari tu berhabuk, bersawang dan sebagainya.

Back to title. Dah 2 hari sejak semalam dok gigih cuba buat sendiri seluar anak terunaku ini. Dia dah semakin membesar dan tinggi jadi, seluar-seluar pun dah jadi kecil dan singkat. Untunglah anak daraku sebab dapat seluar-seluar abangnya. Saya pernah tengok kat blog-blog cara-cara nak jahit seluar (maksudnya bikin seluar sendiri) terutamanya untuk budak-budak. 

Tak susah sangat pun. Saya ambil kain pelikat suami yang tak pakai dah lalu dengan gigih dan bersungguh-sungguh gunting zap zup zap zip, ikut contoh seluar jeans dia yang lama. Ambil jarum peniti, bentukkan design seluar seperti contoh kemudian ambil jarum jahit dan benang terus jahit. Saya tak ada mesin jahit jadi, gigih lah menjahit dengan tangan sampai naik lenguh jari-jemariku. Bila datang semangat nak buat sesuatu, laju jer. Kalau ada mesin jahit lagi best ni nak menjahit segala mak nenek. Mulalah berangan nak design itu ini. Biasalah bila semangat datang kan. Semua benda nak buat.

Hari ni dah siap pun seluar anak saya tu walaupun finishingnya tak berapa kemas. Jahit pun ikut suka jer. Tak apalah janji siap. Yang penting saya tahu bukannya susah pun nak do-it-yourself....Imagine sikit-sikit, tambah kreativiti, walahhhh jadilah..InsyaAllah. Dengan izinNya juga, alhamdulillah.

Dah mula berangan nak buat baju raya sendiri tapi kalau tak ada mesin jahit mau cramp jari-jariku. Terpaksalah simpan duit nak beli mesin jahit huhuhu....Mudah-mudahan. Istiqamahlah hendaknya.