Thursday, September 8, 2011

AIDILFITRI 2011


Sebelum balik kampung tiga hari sebelum raya tempoh hari, kami sekeluarga keluar dari rumah pukul 5.00 pagi untuk pulang ke Kedah dengan harapan kereta kami saja yang meluncur di jalan raya. Sepanjang perjalanan dari Kajang ke Shah Alam melalui lebuhraya NKVE (betul ker?), jalan lancar saja tanpa kenderaan yang banyak. Sebaik saja masuk ke lebuhraya PLUS, berderet-deret lampu merah (lampu brek kereta di bahagian belakang) sepanjang jalan. Apabila nak berhenti solat Subuh di R&R, MasyaAllah punyalah ramai manusia. Alhamdulillah, jalan tak sesak sangat cuma bergerak perlahan saja. Tapi, tak sangka kereta kami tersangkut dalam kesesakkan di Pekan Pendang. Selalu tengok saja di TV kesesakkan warga KL (dan yang sama waktu dengannya) pulang ke kampung di musim raya. Tahun ni merasalah juga kesesakkan jalan raya di musim perayaan walaupun sepanjang jalan saya tidur...hehe...cik abang yang memandu pun asyik terlentok-lentok saja semasa memandu...aduiii...

Raya ke-3, kami pulang beraya ke Jerteh pukul 7 pagi. Rancangan asal nak bertolak pukul 6 pagi tapi biasalah bila syaitan dah terlepas dari kurungan. Berat mata nak bangun. Perjalanan baik-baik saja walaupun tersangkut dalam traffic jam di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan dan Jerteh, Terengganu. Berpeluh-peluh penumpang dan pemandu di dalam kereta. Tambah pula cuaca panas terik di luar...dugaaaaannn.

Raya ke-6, kami pulang ke Kajang semula bersama rombongan kereta dari arah pantai timur menuju ke KL belaka. Punyalah ramai rakyat KL ni. Masuk saja negeri Pahang, bertambah lenguh kaki suami saya menekan pedal minyak, brek dan clutch silih berganti. Pukul 4.30 pagi bertolak dari Jerteh, pukul 6 petang baru sampai rumah di Kajang. Wah, tahun pertama kami turut serta menjadi mangsa tersangkut dalam traffic jam. Tahun-tahun lepas menghala ke arah utara saja. Kalau bertolak awal-awal pagi selalunya tengah hari dah sampai. Menguji kesabaran pemandu sampai sempat cik abang yang memandu berkata,

"Nanti kita beli kereta auto lah...", sambil memandang kereta idaman yang lalu di sebelah. Silau mata.

Balas saya, "kalau kereta auto pun tetap tersangkut dalam traffic jam juga, apa kata kita beli jet ker helikopter ker..sat saja sampai rumah".

"Kalau macam tu kena tunggu abang jadi PM dulu la".

OK. Dua ayat di atas hanya tambahan saja untuk menyedapkan perbualan.

Apa pun, kata seorang Ustaz dalam rancangan Tanyalah Ustaz sepanjang Ramadhan tempoh hari, seorang anak yang pulang ke kampung untuk menziarah ibu bapanya dapat pahala sepanjang perjalanan. Seorang anak yang bercakap dengan ibu bapanya juga mendapat pahala seperti berzikir. Kepada ahli keluarga di perantauan yang pulang ke kampung dan menggembirakan hati ibu bapa dan ahli keluarga, well done! Raya akan datang jangan serik lagi nak balik kampung. Banyak dapat pahaal tu..bukan setakat duit raya!!!

Eid Mubarak to all...



2 comments:

  1. salam eidulfitri...

    hari ahad tu kak kay bertolak malam ku 9.30 mlm dh sampai kul 12.30 mlm... tak jam alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri,

    konon-konon kalau balik awal tak la tersangkut jam rupa-rupanya semua orang pakat keluar awal pagi-pagi buta jugak sebab takut jam...last-last yang keluar petang dan malam yang tak jam..haha

    ReplyDelete